Thursday, February 3, 2011

Cebisan Kehidupan


Salam 'alaik...

Selamat bercuti semua..Amboi...balik kampung eh? Big apple senyap jer..CAH pun senyap jer la. Lagipun banyak kenduri kawin dan big apple pun kerja Sabtu ni.

Dalam semua orang sibuk bercuti, berjumpa dengan sanak saudara, bergembira... CAH terima text dari best fren malam tadi. Terkedu seketika. Besarnye dugaan yang dia terima.

Okey, start the story... CAH ada 2 orang kawan baik dari zaman sekolah. Ros and GG. Masa tu kami sama sama masuk form 6.  Dua tahun berkawan tidak habis di situ saja. Kami terus membesar bersama sama. Makan sepinggan tidur sebantal itu perkara biasa. Carik kerja sama sama. Outing bersama. Berpoya poya bersama. Beli baju bertunang sama sama. Nak shopping baju nikah pun sama sama. Bukan takat itu jer.

Kau nak pinjam tak kerusi aku masa nak nikah nanti?
Eh aku nak pinjam langsir kau hari tu untuk majlis aku nanti boleh?
Kau pakaila tudung aku masa nikah nanti.
Majlis potong kek kau tu nanti kek aku sponsor tau.
Bunga telur kau nak berapa ratus? kitorang sponsor.

Yeah..begitulah kami. Melampau tak?

Kalau Ros menangis...yang lagi dua ni kompem meleleh air mata. Kalau GG ketawa...yang lagi dua ni pasti terkekek kekek juga. If i got problem? Yang lagi dua tu la yang jadi mangsanya menadah telinga. Begitu lah juga sebaliknya. Family? don worri. they know each other. Emak bapak tok nenek pak sedara mak sedara adik beradik anak beranak semua kenal. Alhamdulillah..

Dan hari ini...Ros menangis lagi. Kompem kompem CAH yang ratu air mata ni pun nangis juga. GG pun ratu air mata gak. heheh! Ros pregnant anak ke4. Dah 7 bulan masuk bulan ke 8. Ros kata mengandung kali ni lain macam sikit. Naluri seorang ibu... pergi check up walaupun belum waktunya.

"Alfatihah untuk baby ku yang masih dalam kandungan. Mungkin esok hari lahir dan hari pengkebumiannya."
Text from Ros malam tadi.

Sehingga kisah ini ditulis Ros masih lagi di labour room. Dan airmata ku pun mula nak keluar semula. Moga Ros & Fadhil kuat menghadapi semua ini. :((

Beberapa tahun lalu...lebih kurang 7-8 tahun la jugak...GG pun mengalami peristiwa yang sama. Anak ke 2. Bleeding yang teruk mengakibatkan GG dimasukkan ke ICU. Doktor menasihatkan GG untuk tidak mengandung lagi. It's okey dear, U already got Alia, rite? Alhamdulillah sekarang semua okey.

Ya Allah, besarnya dugaan Mu terhadap sahabat sahabat kesayangan ku ini. Engkau tabahkan lah hati hati mereka untuk menerima ujian Mu ini. Kuatkan juga hati ku untuk berhadapan dengan mereka nanti. Bagaimana harus ku tahan airmata ini.

Ingatlah wahai sahabat2 ku..
Allah tidak akan membebani hamba-Nya melainkan kesanggupan hamba-Nya untuk menempuh ujian itu,ujian yang diberi oleh Allah adalah untuk mengangkat martabat. Bersabarlah...sesungguhnya Allah amat menyayangi kita sebab itu diberi ujian yang berat ini..(untuk diri sendiri juga.)

Sekian, secebis kisah benar.

peace with love..
~Adios!~

9 comments:

Prince Halilintar said...

sangat bersimpati pada kawan2 cah tu..harap mereka byk bersabar dan tabah mghadapi ujian dariNya..

izzatul atiqah azhar said...

sedihnya :(

semoga kawan2 cah tabah menghadapinya ...

apple hijau said...

@ Prince & Atul ~ moga sy pun tabah juga...tahan airmata bila jumpa diorg tu..hihi..

Adnazthie said...

Al Fatihah buat bunga syurga tu CAH...semoga kita semua sentiasa tabah dan sentiasa redha dengan setiap dugaan yang dihadapi..

shida mj said...

simpati kat kawan cah itu..semoga beliau tabah

Fiqas said...

takziah dan alfatihah buat baby tu.. disyurga dia menanti...

apple hijau said...

@ k.mila, shida mj & Fiqas ~ terima kasih semua...bertuah mereka tu kan dah ada tiket 'disana'...

eraerzarusli said...

syukur, sebab awak ada kawan2 sebegitu. syukur juga, ada tempat utk kawan2 mengadu dan di adu.

kita takde.. i'm alone..

sampaikan takziah utk Ros, ye..

sampaikan tahniah juga. Dia dah ada panglima menunggu di pintu syurga!

apple hijau said...

@eraerzarusli ~ uwaaa...sedihnya ayat2 awak tu... i'm alone tu yg paling sedih.. u still have me dear n ofcoz the blog,rite?

Ros pasti menghargai semua ucapan dan kata2 semangat dari semua orang di sini. TQ.

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...