Monday, February 14, 2011

Aliran Perubahan

Salam álaik...

Salam menjelang Maulidur Rasul...

Hari ni CAH kene halfday. Sebab? nak hantar anak yg sulong (Qiqin) gi sekolah agama dia. Pihak sekolah menganjurkan program motivasi pelajar. Wajib bagi pelajar tahun 4,5 dan 6 SRI Al Firdaus Klang. Qiqin relax jer nak tidur kat sekolah. Ummi pulak yg over. hu hu...

Mujur juga masa cuti sekolah bulan disember hari tu Qiqin dan Nina join program bacaan Al-Quran yang mana setiap hujung minggu kene tidur dan berqiamullail di sekolah. Sekurang kurangnya Qiqin sudah ada pengalaman macam tu. Lega la sikit...

Dalam tentatif program, agenda untuk ibubapa pun ada juga. Jam 8.00 hingga 11.00 malam - solat hajat, bacaan Yaasin & solat Isyak berjemaah. Layar malam pun ada. Tapi yang ni CAH tak gi ler... Yang ni babah/big apple je pergi. go go chaiyok babah.. ha ha..

Bukan senang babah nak join tau kakak (panggilan Qiqin kat rumah) babah tu tau la kerje dia..Non-stop! Sok pun babah kene gi johor sampai hari Jumaat. Silap2 hari Sabtu baru balik sebab majlis perasmian tu hari Sabtu. Tapi demi anak anak kene lah curik masa sikit,kan babah? he he..

Dah besar rupanya anak CAH ni ye. Dulu dengar jer anak orang gi camp, gi motivasi, gi sana, gi sini. Sekarang anak sendiri pulak. Ya! sebab anak2 dah besar dan makin membesar lah kita sebagai ibu dan bapa harus berubah sama.

Berubah menjadi yang lebih baik. Berubah menjadi yang lebih pantas. Beubah menjadi yang lebih bijak. Berubah menjadi yang lebih berani. Berubah menjadi yang lebih maju. Berubah menjadi yang lebih matang. Semua demi anak2.

Bagi CAH...kalau kita tidak mahu anak2 menghampakan harapan kita sebagai ibubapa begitu juga harapan anak2 kita tidak mahu ibubapa yang mengabaikan mereka. Berubahlah demi kebaikan bersama. (Penuh makna..ngehngehngeh)

Sekian.

Salam sayang
dari haku yang bergelar seorang ummi.. hi hi hi

peace with love... :)

6 comments:

Prince Halilintar said...

bagus betul big apple tu..hehe..cah, jadi x wat lempeng tadi?haha

apple hijau said...

puji big apple jer ke? tak adil nih..ha ha

lempengnya hangus mcm lagu exist... :P

sariah said...

Baguslah mcm tu CAH...sebagai ibu bapa kita banyak memainkan peranan demi masa depan anak2...yg paling best...nenek pernah dgar ceramah peranan kita sebagai PARENTS: CUMA smpai skg makna N je yg nenek ingat & pegang: N : networking -
maksudnya anak2 berusaha kita menggerakkannya. wowww....betul2 mcm nenek kebayan kan....

AngahSayang2314 said...

hehehe bagus...bagus... & betul3

apple hijau said...

@ nenek ~ dulu kita gi sesama kan ceramah tu? hehehe ngan generasi ke3 tu kan?

@ angah ~ hehehe... :)

Prince Halilintar said...

wow..apabila nenek kebayan mule berkate2..haha

hangus ke?tu la sedap cah..ranggup..hehe

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...