Sunday, February 27, 2011

Banyaknya TERPAKSA dalam hidup.


Terpaksa bangun awal pagi untuk sampai lebih awal ke pejabat. selalu awal juga. tapi hari ini lagi kene awal sebab hari ini iols jadi bidan terjun. ngeh ngeh ngeh...

Walaupun tugasan itu iols terima dalam terpaksa rela...kene angguk tanda setuju walaupun hajat asal jawapan iols ialah gelengkan kepala. kalau tidak...markah SKT iols...mencanak2 turun la uols! Kesian kan?

Pepagi buta terpaksa pot pet pot pet kecih satu rumah mengejutkan anak2 untuk ke sekolah. Liat sungguh anak anak dara ku itew.

Terpaksa pula berlari ke sana ke sini untuk memastikan anak2 siap cepat. Kalau tidak mau termenung theyols di dalam bilik air. Sikat rambut pun sempat berhangan hangan. hish...ikut perangai sapa la tuh?

Dalam kedinginan pagi terpaksa memandikan juga si kecik Iman tu walaupun Iman menangis mengigil kesejukan. kesian Iman. Nanti ummi belikan coklet ye..

Terpaksa menempuh traffic jamm setiap hari. Padahal memang semua jalan jalan utama, (jalan2 tak utama pun sama) di Meru tu memang jammed giler. Seksyen 7 dan seksyen 1 Shah Alam ni lagi la..ha ha

Terpaksa tekan pedal minyak hampir cecah lantai walaupun papan tanda tulis 110km/jam ajer. hu hu..
Al khonon sesekali teringin nak layan highway...tetiba terpaksa memijak pedal brek sahaja sebab kereta dihadapan nih dok asyik main main brek dah la duk lane kanan. hampeh tul!

Dan selalu juga terpaksa menahan sabar sebab kereta dihadapan bergerak macam semut. ni selalu kat seksyen 7. Hello! kalau nak makan hangin bukan ini waktunya ye adik manis.

Dikelilingi orang yang pelbagai watak kadang kala terpaksa senyum. Senyum. dan senyum walaupun hati di dalam...panas panas...tetap berpegang pada kata2 Smile will make u happy! dengan syarat senyuman itu ikhlas jangan senyuman plastik.

Kriuk kriuk kriuk...perut berbunyi. Terpaksa menahan lapar seketika sebab boss ada dalam bilik. Tambahan iols kirim makanan pada Incik2 yg baik hati lagi budiman. Sib baik theyols nak belikan. ntah2 theyols pun terpaksa belikan sebab iols buat muka kesian.

Banyak nyer perkara terpaksa dalam hidup kau nyiah. Maknanya kau tak ikhlas la ye? Buat kerja dalam keterpaksaan?

Kadang kadang kita terpaksa untuk kebahagiaan orang lain dan juga untuk jaga periuk nasi kita dek noon. Terpaksa bukan bererti tidak ikhlas. Tuntutan demi tuntutan harus diteruskan, harus dilangsaikan dengan cepat dan tepat. Di situ lah istilah terpaksa memainkan peranan. Hakikatnya kita tetap akan buat perkara2 tersebut cumanya dalam keadaan dan situasi yang bukan terpaksa. Lebih santai dan lemah lambat mungkin. Sebenarnya terpaksa itu baik untuk kita. Tak percaya?

Terpaksa menjaga makan minum demi kesihatan dan sentiasa awet muda. ha ha poyo!
Terpaksa menabung...barang singgit dua demi masa depan anak2 dan keadaan terdesak.
Terpaksa melupakan hasrat untuk berfoya foya sesuka hati memandangkan tanggungjawab dan tanggungduit yang besar.
dan banyak lagilah contoh!

Amboi! panjangnya macam nak jawab paper pengetahuan am plak. udoh udoh la ye. Sebelum tu cuba kira ada berapa banyak perkataan terpaksa dalam n3 nih. ngeeeeee....

peace with love... :D

5 comments:

Prince Halilintar said...

biase la cah..inilah ragam kehidupan penuh dgn warna warni...yg berangan2 anak dara cah tu mesti ikut ummi die kan??haha

apple hijau said...

@ Prince ~ ragam yg kadang2 buat kita ketawa sendiri...

Angan angan...macam lagu Raja Ema tuh...lalalalala la la..

shida mj said...

salah sorang yg mengelilingi cah pagi tadi akak lah..ekekekek..terpaksa melayan kan...byk betul yg terpaksanya..huhu

apple hijau said...

@ shida mj ~ eh tak lah! ke situ pulak k.shida nih...tak de k.shida sunyi lah iols kak oii duduk dalam aquarium ni..ha ha..

Fiqas said...

Cah, banyak benda yang bermula dengan Terpaksa, dan akhirnya menjadi sesuatu yang sebati dan pengakhiran yang ikhlas ... :)

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...