Tuesday, August 17, 2010

tidak beradab

Salam pagi rabu yang dingin membeku...

Pagi yang sejuk. Tengahari...tidak tahu lagi. hmmmm...apa punya intro lah. Sebenarnya aku tidak berniat untuk menaip entri hari ini. Cadangnya hari ini ingin melayari web2 automobil yang dah lama aku tinggalkan. Tapi insiden insiden orang tidak beradap memanggil manggil aku untuk menaip dengan pantas. (sementara idea masih ada).

Masa aku kecik kecik dulu ada satu subjek kat sekolah agama ustazah ajar iaitu subjek ADAB.  Dari adab makan ke adab masuk masjid ke adab dalam kelas @ pejabat juga adab masuk tandas. Segala macam adab ada. Dewasa ini aku lihat ramai yang tidak beradab. Contoh yang selalu kita lihat dijalan raya ialah potong que. But, no no no...aku bukan nak cerita pasal pemandu pemandu jalan raya di malaysia ni yang kebanyakan nya SENGAL!

Yang aku nak cerita ialah orang yang suka potong que orang lain. Contoh: Aku sedang bercakap dengan B. Tetiba datang C terus bercakap dengan B. Tak de salam tak de signal dan tanpa mengambil kira aku yang tengah bercakap dengan B. Sungguh kurang sopan dan kurang ajar bagi aku. (Bukan menyampuk. Aku tau bezakan antara potong que dengan menyampuk. Menyampuk pun kira tak beradab sebenarnya).

Begitu juga ketika sedang engaged di telifon. Dengan selambanya dia datang dan bertanya macam macam. Hello Cik Kak, tak nampak ke orang tengah bercakap di telifon? Bukan setakat kuli kuli batak yang tidak beradab, bos bos yang bossy pun begitu. Belajar tinggi tinggi tapi tak de ADAB!

It's simple man, dalam ofis kita hanya perlu mengamalkan adab bekerja bukan kene ada macam macam benda nak buat macam nak masuk masjid solat sunat iktikaf bagai. Belajarlah menghormati orang lain InsyaAllah orang juga akan menghormati kita. Susah sangat ker? Kalau lah aku jumpa balik buku tu memang aku dah fotocopy dan bagi kat semua orang! Tak kiralah diorang pandai baca jawi ke tidak, aku bagi jugak. huhu...

p/s: Ini hanyalah luahan rasa yang tidak puas hati yang dah lama di pendam juga setelah memerhati tingkah laku orang sekeliling.

~Adios!~

5 comments:

shida mj said...

sian cik apple hijau..sape org tak beradab tu

apple hijau said...

ekekekekke...biarlah rahsia

Prince Halilintar said...

cik apple hijau..sori la kalau Prince ade wat begitu..manelah tahukan..:)

apple hijau said...

Eh bukan la...bukan blogger2 sekelian. Prince lagi la bukan. Prince ni orang nya hormat kat orang lain... kering tekak dok puji ajer...ekekekke

sariah said...

Cik apple hijau kalau biarlah rahsia ni hanya utk Dato Siti je...
Apakah cik apple hijau telah meminati Dato Siti...oh no..no..

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...