Friday, September 3, 2010

Kuih! Kuih! Kuih!! Siri Beraya #2

Salam untuk pembeli pembeli kuih raya juga tokey tokey kuih raya...heheh!

Tak nak cakap banyak kita cuci mata layan gambar aje ye... Senario biasa di PPS bila Hari Raya hampir menjelma.
Salah seorang pengedar tunggal. Orang Johor tapi ambik stok dari Perak. hihihi...pokoknya sedap. Kan? Ada gaya Cik Sue jadi tokey kerepek keropok.

Pengedar tunggal yang ini memang champion dalam apa jua bidang yang diceburi. Wakil dari Nogori Sembilan.

Adeeeh...berkodi kodi kuih uols ni.

Mak ai...seb baik Datin dah pindah. Ada port nak letak kuih muih kerepek keropok ni semua. Kalau tidak pasang payung la korang kat tepi air terjun tu...haha (gurau je tau)

Kerepek ubi fresh dari kilang. Terlaris..

My lovely batang buruk. Sapa datang rumah i harap maap kuih ini tidak ada dalam senarai untuk hidangan tetamu. Pulun sendiri.

Blueberry tart. New addition. New arrival. apa apa ajer la. nyum nyum nyum...tahun ni i punya tema purple jadi kuih pun kene la purple. Poyo! ha ha...

chocolate chip. delicious.

oat almond cookies. mabeles.

Ni pun sedap. Lidah buaya namanya. kecik kecik comel tapi manis macam i. ups!

Kuih orag jawa. Tapi la ni orang bukan jawa pun dah pandai makan. Rempeyek kacang tanah dan kacang dal. Terbaeeeek...

Lagi satu makanan fofuler orang jawa. Rempeyek ikan bilis. Makan dengan nasik pun sedap.

Keropok kacang dal. Rangup krak kruk hingga tak sedar dah habis sebalang.

Yang ni... lupa nama dia apa. sebab i tak oder. Tapi kompem sedap. Menjadi rebutan kanak kanak rebina pastinya.

Maruku. Kuih 1Malaysia.

Hadoi! udah udah la tu. Tak larat nak snap lagi dah. Kalau ikutkan ada macam macam beratus lagi cookies dan kerepek yang ada dijual di PPS ni. eeerrrrr....PPS ni pejabat ker pusat jualan kuih?? hikhikhik...

~Adios!~

2 comments:

zainalalieff said...

blueberry tu macam cool je.

apple hijau said...

hihihi...sempat lagi ni kalau nak carik dimana2 pusat penjualan kuih.

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...