Wednesday, April 27, 2011

Kenapa ye?

Assalamualaikum wbt

Kenapa ye?
sejak kebelakangan ini belog ni macam...hidup segan mati tak mahu jer.
Kenapa ye?
sejak berpindah ke puncak ni macam...gone with the wind jer...apa yg datang menerjah CAH layan... just follow the chart.
Kenapa ye?
hurmmmm...

Ustazah kata... orang Islam tidak ada perkataan KENAPA. Bila soalan kenapa diajukan maka ia akan merujuk kepada perkara yang telah berlalu. Perkara yang telah terjadi. Segala perkara yang telah berlaku itu bukankah didatangkan oleh Yang Maha ESA. Bukankah setiap yang didatangkan oleh Allah SWT itu adalah baik?

Lumrah bagi kita sebagai manusia ini bila berlaku perkara baik ke atas kita dan kita suka akan sesuatu itu maka kita akan kata ia memang baik untuk kita. Dan, bila sesuatu perkara buruk yang tidak kita suka berlaku pada kita maka dengan itu kita katakan apa yg berlaku itu memang tidak baik. Ingatlah! apa yang Allah SWT turunkan kepada kita semua adalah baik untuk hamba2Nya. Cuma kita yang tidak 'nampak' kebaikan-kebaikan itu. (self reminder)

Fuuuh! faham ke? Macam pusing pusing pulak ayat kat atas tu eh. Hal-maklum, dah lama tak buat karangan esei bahasa Melayu..he he. Di sini kat opis baru ni setiap hari Jumaat dari jam 10.30am hingga 12.00noon diadakan program tazkirah bagi sesiapa yang mempunyai kelapangan dan tidak ada perkara urgent adalah sangat2 digalakkan untuk menghadirinya. Jadi apa lagi kalau rasa2 tensi jer duk opis tu baik layan ustaz ngan ustazah bercakap, betul tak?

Ustaz kata... zikir itu terbahagi kepada 2 bahagian.
1. Zikir Khususi
2. Zikir Umumi
(Macam kursus2 kt UiTM ni la. Ada kursus bentuk umum, khusus atau ICT. )

Zikir khususi ialah mengingati-Nya dengan cara direct kepada Dia contohnya beristighfar, mengucapkan Allahu Akbar,Subhanallah dan zikir2 yang biasa kita ucapkan tu lah.

Zikir umumi pula mengingati-Nya dengan cara menghadiri program2 tazkirah, kelas agama, halaqah,khutbah dan yang seangkatan dengan nya.

Begitu lah kisahnya. Jadinya untuk mengubat hati dan merawat tekanan elok lah kita sentiasa mengingati Nya dengan join the club of tazkirah. Mencari hiburan al khonon nya lah. heh!

Walaupun sudah jauh dan terpisah dari kawan2 yang kita sayang...selalu ingatkan diri sendiri "Barang yang paling kita sayang itulah yang kita beri pada orang". Bukan barang yang dah tak suka baru nak bagi orang. Maknanya.. sebab sayangkan mereka lah kita tinggalkan mereka. Dalam ertikata lain... saya pergi bukan sebab saya dah tak suka atau dah benci, gituh... :)

Sebagaimana Saidina Abu Bakar yang sanggup menyerahkan harta bendanya demi membantu perjuangan orang2 Islam. Begitu juga Saidina Ali bin Abu Talib yang sanggup mengganti Rasulullah di perbaringan ketika orang2 kafir Quraisy ingin membunuh Nabi SAW.  Semua ini kerana rasa kasih dan sayangnya kepada Pesuruh Allah itu dan sayangkan agama Islam. Ku korbankan segalanya kerana cintaku padamu...cam tu lah. :P

Sahabat2ku, perjuangan ku dan perjuangan mu belum selesai. Harus diteruskan. Cabaran yang datang tempoh dengan hati yang terbuka. Yakinlah bahawa apa yang Allah telah aturkan itu adalah baik untuk kita. Berusaha, berdoa dan bertawakkal... semoga semua dipermudahkan Nya.

hah! hambek kau panjang berjela n3 haku kali ni. Tak tahu bila berkesempatan nak menulis lagi..sehingga itu smile always and be happy. kalau ada yang akan berpindah atau baru pindah ke ofis baru macam saya... "what the caterpillar calls the end of the world, the master calls a butterfly" eerrr...ada kaitan ke? hehe...best of luck and go go chaiyok!

Twin tower paling tinggi buat masa ini FSK & FPTP. Nanti saya ambil gambar view dari Aras 16, FPTP @ Puncak Alam ni ye... tunggu line clear... :D. TQ Mr Google :)

salam sayang
dari haku yang sentiasa rindu kamu,kamu dan kamu!

*KENAPA itu harus ditukar dengan BAGAIMANA. wallahu 'alam...

from Puncak with love... :D

20 comments:

shida mj said...

semua yang terjadi ketentuan Allah..
katakanlah apa saja.. sesungguhnya kitaorg di sini tetap merindui cik apple hijau di sana..

Prince Halilintar said...

ahalah..prince rindu gan penulisan cah..lame xupdate blog dah..thanks info ni cah..bagus2..dpt tambah ilmu..hehe

Cik Fia said...

lama xjmpa kak..
pas jaga xam,jpe ye


eh, kat mana tazkirah tu

a.samad jaafar said...

tazkirah yang baik.. rasa mcm kat blog ustaz azhar plk hihihi..

t kasih berkongsi penyubur iman..

saya baru saja selesai membaca kisah saidina abu bakar karya Pak Latip..berair mata membaca kehebatan imannya..

apple hijau said...

@ shida mj ~ owh..potong kek tak ajaaaak...he he.. rindu kt cah yg mulut riuh tak reti diam tu eh..pot pet jer.. ahaks!

@ prince ~ alamak! ada org rindu penulisan cah...gulp! yg baik kita kongsi bersama yg buruk kita simpan baik2 dlm peti hati kita..:D

@ cik fia ~ ye la lama tak jumpa...jg xam elok2 jgn kasi 'toyol' berleluasa...:D

tazkirah selalunya kat aras 12 no bilik lupa plak...

@ yop mad ~ terima kasih yop. saya sampaikan apa yg sy dapat. moga2 dpt lah saham di sana nanti.

mcm best jer buku tu yop. teman nak cari la jgk...kalau tak silap keluaran PTS kan? dh lama aim buku2 tu..:)

nukilanaffiza... said...

wah...senyap2 tapi sekali n3 berjela...anyway rindu apple hijau dan thanks sudi lagi singgah di opis kami nih...

AngahSayang2314 said...

hanya masa yg dapat menentukan segala2nya...sukar tuk berkata apa2 tul tak kak???

apple hijau said...

@ Fenn ~ rasa mcm nak duduk lama lagi kt ofis lama ku itu tapi....i malu..ha ha..

@ angah ~ ye la angah. gud luck angah ditempat baru nanti. bila pindah ye?

AngahSayang2314 said...

akak thanks....tak tahu bila la..lagi nak bergongjeng2 kat blog kan???

cik sakdi said...

yelah,, kenape merujuk benda yang dah lepas, tapi cikgu cakap kene rajin bertanya. hehe nice info :)

♪..aq[daN]pUteraku..♪ said...

rindu akak jgk!!

apa,kenapa bgaimana...semua tu sllu kita putarkn, kn sis?sdh sebati dlm hdup ;)

Mohamadazhan hjDesa said...

cantik bunganan tu =)

kurangkan kenapa..teruskan berealiti =)

toyolkiut said...

takzirah buat TK tumpang sama berfikir..
seronok jg ye berada d puncak tu..

Abu Luqman said...

selamat maju jaya

apple hijau said...

@cik sakdi ~ tq ye sudi dtg sini..:D

@Anna ~ hidup kita ni penuh dgn soalan,kan?

@Azhan ~ tq cikgu azhan.. :)

@TK ~ puncak yg damai dan tenang tapi cabarannya pun boleh tahan...

@ abu luqman ~ terima kasih.. :)

raihana said...

boleh jadi kita membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kita dan boleh jadi kita menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kita.Allah mengetahui sedang kan kita tak tahu..
=)

apple hijau said...

@raihana ~ tq raihana. sangat2 setuju! :)

shameel Iskandar said...

adakalanya kita perlu bertanya juga kenapa? sebab utk dijadikan post mortem ke arah kebaikan.Apatah lagi keabikan ke arah memperkasakan iman.

Baguslah jika sentiada ada ruang dna peluang menghadiri majlis atau kela pengajian agama. Ia juga sebahagian drp zikir krn hakikat zikir ialah menginagti Allah.

apple hijau said...

@shameel ~ betul juga ye..dgn niat utk penambahbaikan apa salah nya kan..TQ shameel :)

Fadzli Amir said...

Thanks Follow....BAGAIMANA nak bagi rajin sikit yek...hehehhe

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...