Sunday, April 10, 2011

walau siapa pun kita

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Sejak berpindah tempat kerja ni mood dan idea pun seakan pindah sama. Kadang kadang buka blog sendiri pun bohsan sebab tak de entry baru. draft memanjang. publish nye tidakMaafkanlah saya... :)

So!? Kisah hari ini?

Hari Ahad biasanya banyak kenduri kawin. Majlis kenduri kawin sekarang ni tak kira musim. Musim hujan ke musim kering ke musim daun getah gugur ke kalau dah sampai seru nya adalah majlis nya,kan? Bila dah dijemput dan tiada halangan wajiblah menghadirkan diri.

Hari ini sepupu saya mengadakan majlis walimah untuk kedua anaknya. Sorang lelaki dan seorang perempuan. Dua pasang pengantin la kiranya nih. Tetapi saya tidak sempat untuk datang awal sebab anak dara yg berdua itu tamat kelas karate sajer udah pukul 1.00pm. Tambahan little princess diserang sakit mata dan badan nya panas sajer. Bila kakak berdua itu pulang dia pulak tertidur. Makanya jam 2.30 barulah kami keluar rumah.

Sebelum saya bercerita lebih panjang lagi (hah! hambik kau sekali dpt menulis berjela2 panjang nya) saya nak bercerita susur galur orang tua saya. Arwah abah saya adalah anak bongsu daripada 4 org adik beradik. Dan saya juga anak bongsu daripada 7orang adik beradik. Kakak saya yang sulung sudah mempunyai cucu. Kiranya saya pun dah jadi nenek la,kan? Nek De.. he he.

Kalau kakak sulung saya sudah mempunyai cucu...mari kita bayangkan anak sulung kepada kakak sulung arwah abah saya pula. hurmmm...anda dapat bayangkan? Berapakah umurnya sekarang?
Ya. Anda tepat! walaupun umurnya tidak tepat (haku pun tak tahu) tapi saya pasti anda mengatakan pastinya beliau itu juga sudah punya cucu dan juga cicit. Betul?

Emak pula, walaupun bukan anak bongsu tapi emak adalah anak ke3 akhir daripada 7orang adik beradik. Anak sulung kepada abang sulung emak juga sudah bercucu dan bercicit. (Ate, deme semua ni kawin cepat. hu hu hu...)

Setakat ini anda faham? Bagus. Itu baru Mukadimah jer dek noon.. :P

Majlis Walimah siang tadi ialah dirumah sepupu saya dari belah emak. Memandangkan kami datang lewat maka boleh lah beramah tamah dan bermesra juga berpelukan. Walaupun masing masing bermastautin di bumi selangor tapi pada acara2 sebeginilah baru kami boleh berjumpa. Hari Raya? tak pernah jumpa dek noon...al khonon saya nih isteri dan menantu mithali 'sebelah sana' jer la yg menang... :(

Bila umur sudah banyak dan sepupu2 pun sudah punya anak2 bujang dan anak2 dara yang manis...cerita kami hampir serupa. Kisah anak2. Kisah keluarga 'sebelah sana". Kisah itu dan ini yang jalan ceritanya sama. Di sinilah keakraban kembali terjalin. Sementelah sepupu2 saya sudah tidak punya ibu dan ayah lagi. Jadi, selalunya emak dan seorang lagi pakcik (abang kpd emak) akan menjadi tempat rujuk. Dari situ juga kami semua bertaut semula.
Sebenarnya hubungan kami semua baik. Tidak pernah ada kata2 dusta antara kami. Mungkin kerana jarang2 berjumpa membuatkan pertalian persaudaraan itu kan menjauh. Ditambah dengan sikap saya yang selama ini agak pendiam dan pemalu (owh tolong lah! ha ha) berasa sedikit tersentuh dengan kemesraan ini.

Betul lah kata pepatah Air dicincang tak akan putus. Saudara tetap saudara walau jauh mana pun kita pergi. Walau jarak usia kita jauh berbeza. Walau siapapun kita di mata masyarakat. Bukankah sesama Islam itu bersaudara? Dan, bukankah Tidak sempurna Islam seeorang itu sehingga dia menyayangi Islam yang lain? (Muhasabah diri sendiri juga).

Terlebih sudah... Cukup2 lah dulu ye kain baju sekolah ada 2 bakul nak kene gosok ni.

Salam sayang
dari haku yang tetiba kembali formal ~ saya? he he...

peace with love... :D

8 comments:

white rose said...

salam kak...
lama xdtg sini...
akak sehat?

xpe, air dicincang takkan putus...
macam2 gelora dalam alam keluarga ni...

✿....rossa alina....✿ said...

suke btol ble tau cite pasal saudara mara ni..hihihi..


:)

Prince Halilintar said...

prince pun semalam gi kenduri jgk..dengan kenduri la sanak sedara mara mgkn dari jauh dpt bertemu dan beramah mesra so ikatan persaudaraan bertambah erat..

cian kat princess cah..tak baik lagi eh sakit mate die..prince doakan die sembuh cepat eh..insyaallah,amin..

Fiqas said...

sy pun ramai sepupu sepapat yang bila berjumpa ditempat kenduri keluarga, ma dan abah kenalkan.. kalau tak , tak cam.. jarang sekali jumpa.. kenduri mcm ni lah menyatukan keluarga jauh..

nukilanaffiza... said...

hmmm...pasal susur galur ni seronok bila di baca...selalunya memang waktu kenduri kendara baru dapat berjumpa...

sama la ngn saya...heheheh

apple hijau said...

@ WR ~ tq WR jenguk sy di sini :)
layaaan jer la utk kebaikan bersama..

@ Alin ~ saudara ku saudara mu jua...ngeh3x

@ Prince ~ meragam jer sejak tak sihat ni...sabar aje la :D

@ Fiqas ~ kenduri = makan2 = berjumpa = mesra2 = suka suka suka :P

@ Fenn ~ kita serupa...ha ha ha

AngahSayang2314 said...

ye la akak sunyi & sepi yer...kan tak lama lagi pun angah mungkin macam akak kot

shida mj said...

begitulah asam garam berkeluarga..
air yg dicincang takkan putus.

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...