Monday, April 18, 2011

nasik lemak oh nasik lemak...

Assalamualaikum wbt...

Seminggu tanpa khabar berita. Sejak menjadi orang puncak ni macam tak de rasa nak menulis plak. Eceh ceh ceh...poyos sungguh!

Hari ini rasa terpanggil nak menulis dan memberikan pendapat. Walaupun sedar pihak2 berkuasa yang berkenaan tidak membaca hasil nukilan cikapplehijau nih. owh...itu tidak menjadi hal yang penting isi hati sudah diluahkan.

Isu terkini pasal nasik lemak buah bidara. Cikapplehijau sangat tidak setuju jika nasik lemak tidak dibenarkan dijual di kantin2 sekolah. Alasan mereka mengelakkan obesiti di kalangan anak2/murid2 sekolah.

Sekarang, ce tengok ce tengok nasik lemak yang dijual tak kiralah di kantin sekolah ke di warung tepi jalan ke di kedai mamak ke di kafe2 low class atau di kafe high class ke atau pun di hotel2. Bila dah tengok cuba rasa. Ada rasa lemak santan kelapa pure macam zaman dolu dolu tak?

Kalau nasik lemak yang dijual kat kantin sekolah telur rebus kerat berapa? Ada kacang? ikan bilis? Wa berani jamin maa..nasik yang dikatakan lemak tu ala ala nasik putih yg wa masak kat rumah maa... Telur rebus belah lapan!

Bagi cikapplehijau alasan untuk membendung obesiti, nasik lemak menjadi mangsa...itu sungguh tidak adil. Kalau minuman berkarbonate atau makanan yang terlebih garam galian senang cakap jajan jajan tu memang patut dilarang lah. Makanan segera pun sangat tidak menyihatkan walaupun ia mengenyangkan contohnya KFC, McD (walaupun i peminat McD) sobs!

Cikapplehijau pernah meninjau makanan2 yang dijual dikantin sekolah anak2 cikapplehijau. Memang tak de jual makanan2 yang dilarang ni. Dan, memang hari2 cikapplehijau tanya anak2 "hari ni beli apa kat sekolah?" "hari ni makan apa kat sekolah?" kalau dia kata beli keropok leko saje mulalah bising sebab keropok lekor tu tak kenyang. "kenapa tak beli nasik lemak?" "kenapa tak beli makanan berat?" pot pet pot pet... he he he

Sudah la. Tak nak cerita panjang2 macam orang jawap paper pengajian am STPM plak nanti. Conclusion nya, masalah obesiti tidak boleh selesai hanya mengurangkan jualan nasik lemak sajer. Semua pun memainkan peranan. Ibubapa dan guru2 juga masyarakat keliling semua ada fungsi tersendiri dalam usaha menggalakkan pemakanan seimbang. Didikan awal bermula dari rumah.

p/s: anak dara CAH lebih suka bawa bekal ke sekolah sebab dia tak suka berebut rebut di kantin. dan lagi katanya....kawan2 sekolah nya selalu puji masakan ummi nya. ngeh ngeh ngeh...lagi satu dia nak kumpul duit sendiri untuk membeli barang2 yang dia hajati. barang2 yang ummi dan babah tak akan nak layan. if u want it, kumpul duit then u get it yourself. Sesekali anak2 kene diajar untuk merasai susahnya mencari duit dan belajar erti kesusahan.

Sekian, from Puncak with love... :D

3 comments:

Prince Halilintar said...

wahh...berwajah baru lah blog cah...cayalah!!

psl isu tu..ade baik buruknya..yg penting pernan yg dimainkan oleh sume pihak..klu xjual di sek pon tapi klu bdak2 n g beli bende2 yg xfaedah spt coklat pun same gak kesannya..

jadi, sediakan lah bekal utk anak anda sendiri..hehe..masak2 sedap2 macam cah..haha..mee goreng satu!!!

AngahSayang2314 said...

wahhh cantikkk lorrr berwajah baruuuu

apple hijau said...

mee goreng satu siap!!! khas utk Prince..heh heh

@ Prince & Angah ~ tetiba bosan ngan warna hijau yg striking tuh... duduk kt puncak ni kan tenang jer tu yang belog pun terikut sama....ahaks!

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...