Thursday, June 23, 2011

Bijak kah?

Bismillah...

Hari ini ceq kerja halfday. Kerana itu ceq agak kekalutan hari ini kerana ada arahan semasa yang belum settle. Ditambah pula ceq bertugas di Bilik Gerakan Peperiksaan pada minggu ini. Peperiksaan Intersesi Jun 2011 sedang berjalan. Walaupun tugasan di bilik Gerakan sudah pun ceq selesaikan tapi letih juga la melayan. Kejap kejap ke Aras 1. Kejap kejap ke Aras 16. Bisa kurus sih begini...

Tepat jam 1 petang ceq dah stand by nak balik. Encik Musang Berjanggut seperti biasa akan melewat lewatkan ceq dengan bahasa2 yang sangat puisinis. ceq pun bukannya suka2 nak ambik halfday. ceq sangat sayang mahu meninggalkan pejabat lebih lebih lagi kalau Encik Musang Berjanggut ada di pejabat. ha ha. Tapi ceq tak peduli. Hari ini ceq tak dak masa nak layan Encik. Bye bye Encik Musang Berjanggut. Esok kita jumpa lagi naa. heh heh!

musang berjanggut hok versi lama :) musang berjanggut kat ofis ceq pun lebih kurang sama...kih kih kih

Owh lupa pula nak beritahu, ceq halfday sebab hari ini ialah hari menandatangani kad prestasi di sekolah anak2 ceq. Suami ceq ambil turn sebelah pagi untuk anak sulung - tahun 4. Sebelah petang ceq lah pulak - tahun 2. Prestasi anak2? Alhamdulillah. Walaupun bukan yang terbaik tapi masih dalam lingkaran emas. ceq sudah cukup bersyukur. Kalau dipaksa2 takut lain pulak jadinya. Budak2 la ni main psikologi ja. Silap sikit  boleh terus jadi psiko.

Bertugas di Bilik Gerakan Peperiksaan ada macam2 cerita ceq dapat. Salah satu cerita pasal 'toyol'. Ada saja 'toyol' yang ditangkap walaupun pada exam short course! hebat betul budak2 la ni naa. Sekolah tinggi tinggi tapi akal tak dak. Awat lah sampai menipu, meniru ni dek noon?? Kalau pun lupa hukum hakam kasihan lah pada emak dan ayah. Terdesak sangat gayanya. Masa buat kerja tu tak hingat apa. Dah kena tangkap, masuk 'court' barulah nak menangis merayu bagai... Malu kat mak pak lah. Malu kat kawan2 lah. Malu kat 'marka' lah. haish!

Hang pa ghasa lah kan pasai apa depa jadi lagu ni? hang pa pikiaq la naa... 

hok ni desperate housewife..hok meniru tu desperate apa plak?

p/s: Ilmu dunia mudah untuk dipelajari tetapi ilmu keimanan? Sebab itu ramai bijak pandai yang tidak berakhlak. Memberi aib, jatuh menjatuh permainan hidupnya. Biarlah menjadi orang 'kebanyakan' asalkan masih lagi bijak mengawal perilaku. Berusaha untuk tidak menyakiti hati orang lain. Daripada menjadi orang 'bangsawan' yang tidak berpendirian.

Salam sayang
dari haku yang sekadar di pinggiran... :D

4 comments:

ajumohit said...

alhamdulillah kak, seronok dgr anak dpt keputusan baik dlm peksa

Safiah Ibrahim said...

ye ke.. separuh hari jep?


tadi jaga exam gak.. belah petang..



p/s.. ehe.. musang berjanggut.. tut.. tut.. tut..

fiqas said...

lega bila prestasi anak2 agak baik.. biar tak cemerlang janji tidak corot..

apple hijau said...

@ aju ~ alhamdulillah...boleh la :)

@ cik fia ~ musang berjanggut...ekekekekkekekeke

@ fiqas ~ suka lah dgn "biar tak cemerlang janji tak corot" he he..

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...