Thursday, January 31, 2013

...kehidupan...


saya kebosanan petang ini. padahalnya esemen saya berlambak2. tapi hari ni saya nak rehat. tak nak tengok buku! tapi lain pula jadinya. cuba lelapkan mata. tak lena lena. akhirnya saya bangun makan roti, goreng naget, makan cecah sos minum air halia panas2 sambil menonton TV3 debunga lalang...not bad. layan je la kan. dah katanya tak nak bukak buku. drama dah habis bukak FB pulak. naik turun naik turun mata nengok FB. Ah bosan juga. buka blog pulak. tak de idea. gugel gugel pulak. cari resepi kek karot. sedapnya kek karot....tetiba ada rasa nak makan kek karot lagi. hmmmm...bosan lagi!akhirnya saya buat n3 ni.

sebenarnya saya sangat penat. penat hari rabu semalam masih belum hilang. kelas dari 8.30am-1.30pm. rehat sejam (itupun kalau boleh dinamakan rehat. berebut masa untuk makan dan solat). sambung lagi 2.30pm-6.30pm. sedangkan PC pun boleh heng inikan pula otak manusia. subjek semua tough2 belaka. huh! saya penat. saya stress hari itu. ditambah dengan sakit kepala saya. penat itu terbawa2 hingga hari ini. sakit kepala saya masih lagi setia. rasa macam nak telan sepapan pil tahan sakit tu! walaupun sebenarnya saya takut makan ubat tapi bila sakit....ditambah jauh dari orang2 tersayang...uwaaaaa.. :(

dan saya tidak sabar menunggu hari jumaat. ah! jumaat...saya harus bertemu dengan lecturer saya yang sarkastik itu. sebelum itu wajib bertemu miss yang garang tapi baik hati untuk menghantar outline termpaper pula. petang, clas note taking. susah rupanya note taking ni...haisssshh.. kemudian baru boleh balik...jumpa anak2 dan suami. cuti hujung minggu yang ditunggu2 setiap hari..heeee... semoga perjalanan saya dilindungi Allah swt dan selamat sampai. Ameen...

cukupla saya merepek petang yang bosan ini.

p/s: i am happy when u r happy..

note: nikmati kehidupan dengan sebaiknya. jangan disia2kan kehidupan yang indah ini. Allah swt with us.

No comments:

kawan. oh. kawan.

Dalam dunia ni kita ada macam-macam jenis kawan. ada kawan menangis sama-sama. ada kawan makan sepinggan tidur sebantal. ada kawan yang ...