Monday, June 28, 2010

Keyakinan!

*Sambungan dari ‘Apa yang perlu ada pada seorang blogger’. Isi kandungnya amatlah tidak sesuai untuk entri yang bertajuk sedemikian. Disebabkan blog ini ana yang punya....sukahati analah mau letak tajuk dan cerita apa..


Keberanian itu amat penting. Kalau takut sampai bila pun kita tidak akan ke mana mana! Takut di sini bukanlah seperti kita takut pada hantu jembalang atau pencuri perompak. Bukan juga takut akan polis bila berbuat salah. Takut di sini aku definisikan sebagai rasa tidak yakin, malu, segan, silu, atau apa saja yang seumpamanya. Perkara inilah yang akan membantutkan segala cita cita dan impian. Mungkin sudah lumrah, sikap dan sifat pemalu, penyegan dan penyilu itu adalah sikap segelintir orang orang Melayu. Huh!

Aku sering gagal. Aku sering kehilangan. Aku juga sering kalah! kerana sikap dan sifat ini. Malu. Segan. Silu. Sering melepaskan peluang yang ada didepan mata. Akhirnya aku juga yang gigit jari. Terkebil kebil melihat kejayaan, kebahagiaan, kegembiraan orang lain yang berani merebut peluang tanpa rasa malu, segan dan silu! Takut tidak tentu pasal! Sungguh. Aku begitu.

Self confident! Itu lah sebenarnya yang aku ingin katakan. Adakah sikap dan sifat ini perlu dididik? Perlu dilatih? Perlu dibina oleh ibu bapa, guru dan sebagainya? Atau… ia memang sudah ada dalam diri sejak azali? Cuma, kita(merujuk kepada aku) yang tidak pernah mahu cuba mempraktikkannya? Takut pada bayang bayang sendiri!

p/s: aku tidak mahu berada dalam kekaburan lagi…meskipun pandangan ku memang kabur…hihihihi
To be continued…

~Adios!~

No comments:

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...