Monday, June 28, 2010

cont'd..

Aku ingin bangun dari mimpi yang lama. Lama sekali…
Aku ingin berjaya seperti dia, dia dan dia….
Aku juga ingin mengecapi kepuasan dalam hidup yang sementara ini…
AKu ingin menebus kekalahan ku dulu lewati…

Adakah waktu lagi untuk aku?
Adakan keberanian itu milik aku?
Adakah malu itu akan terus membontoti aku?
Adakah ini hanya angan angan yang akan hilang ditelan masa. Lagi?

Bukan aku tidak berjaya. Berjaya yang setakat begitu begitu saja.
Bukan aku tidak bahagia. Bahagia dikelilingi keluarga dan rakan rakan saja.
Bukan juga aku tidak gembira. Gembira pada perkara biasa biasa saja.
Bukan aku tidak bersyukur. Bukan. Bukan. Bukan.

Akan berjayakah aku??


p/s: keazaman, cita cita dan impian itu tidak perlu diperagakan. Biarkan ia berada dalam hati dan minda. Semoga Allah merestui. Amin!


~Adios!~

5 comments:

ARNSHAH said...

Anda pasti boleh berjaya. Kerana anda yang saya kenal dulu mempunyai karisma unggul dalam diri.

apple hijau said...

amboi puji melangit!

aku yang TEWAS
jatuh terduduk
tak bangun bangun lagi
sekian lama
lupa erti
KEBANGKITAN!

~Adios!~

ARNSHAH said...

Sesungguhnya kejayaan selepas tewas itu lebih bermakna kerana berjaya dengan apa yg di uji. . berbanding kejayaan tanpa ujian dan kegagalan.

apple hijau said...

hahahha..kau ni ada ada ajer.
macam ni lah kau jer la jadi mentor aku. tunjuk ajar ku sifu!heheheh....

ARNSHAH said...

boleh, itu pon kalau ko sudi. . .

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...