Adooooi....sakit kepala dibuatnya bila cuti sekolah ni. My3princess tu la...sapa lagi kalau bukan diorang bertiga tu! Hal-maklum aje la kan cik apple hijau ni duduk kawasan kampung. Pokok pokok walaupun tak banyak tetap ada. Parit longkang keliling rumah. Kawasan/laman rumah luas. Ape lagi?
Anak anak cik apple tu nama aje PRINCESS! tapi diorang punyer lasak....umang aiiii...sepupu sepupu diorang yang jantan jantan tu pun tak buat benda benda macam tu! Pokok mana yang tak dipanjatnya. Parit longkang tu jer sekarang dah besar besar ni kureeeng sikit nak masuk. Main tanah main pasir sudah semestinya. Cik apple tak tahu macamana diorang boleh main benda benda macam tu lagi.
Dulu, masa cik apple hijau kecik kecik walaupun duduk kampung tapi cik apple hijau tak main benda benda gitu. Tak caya? Betuuuul. Cik apple hijau tak main panjat panjat pokok. Tak berkubang kat parit longkang. Cik apple hijau geli ngan cacing, ulat dan benda benda kotor. Cik apple hijau ikut sikit sikit jer agak agak tak tahan cik apple hijau cabut lari balik rumah. Tak lasak macam princess yang tiga orang tu! Iman pun sama!join d club.
Cik apple hijau selalu membebel dengan princess berdua tu.
"Ummi dulu budak kampung juga tapi kaki Ummi tak lah teruk macam kaki korang ni!"
"Hish...malu betul lah anak dara kaki ada 'duit duit 10sen ni! Cuba tengok kaki Ummi ni, jangan kata duit 10sen duit 1sen pun tak de." (iyer ker ummi?)
Tapi budak budak apa dia kesah...sok dah besar panjang baru la sibuk nak melawa...
Ini mesti ikut perangai big apple a.k.a babah sebab MIL selalu cerita pasal big apple masa kecik kecik. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke pinggan.
moral of the story: Anak anak, mainlah puas puas masa kecik kecik ni ye. Enjoy lah zaman kanak kanak ni. Sok dah besar dah tak boleh nak main main. Banyak benda nak kene fikir, nak kene buat...
...kerana kita semua adalah sama. Warna2 indah sang rerama dan wangi harum si bebunga akan hilang bila sampai waktunya, begitulah kita...
Sunday, June 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hebat ke
"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...
-
"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...
-
Salam Ramadhan.... YA. Begitu lama tidak dihupdate ini belog. HADOI. Selalu berhenti di pertengahan jalan. HAMPEH. Tulis tak abis. PENUH....
No comments:
Post a Comment