Monday, October 29, 2018

Hebat ke


"sebagai manusia kita ini tidak sempurna
ada saja yang kurang
tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan
dan bencian
terima lah seadanya
ingatlah selalu
Siapalah Kita Ini..."

Ni kakak nak cerita
kakak bekerja di sebuah universiti awam sebagai kuliketif sahaja

dunia pekerjaan kakak dikelilingi dengan orang2 bijak pandai orang puteh kata educated
kaya raya cantik lawa hensem semua ada

bijak pandai bukan setakat dalam pelajaran mereka juga sangat pandai memasak
jangan kata masakan melayu masakan western jepun korea thailand
cake pastri baulu kuih muih you just name it. setiap orang ada kepakaran masing2

kakak tak heran pun mereka pandai belajar pandai masak pandai serba serbi
kakak tak heran pun kalau golongan mereka ini berlagak membangga diri
tapi
kakak heran mereka tak pernah pun walau sekali memperkecil2kan apatah lagi mengutuk mengeji merendah2kan orang lain yang tidak pandai seperti mereka!

dan kakak bertambah2 heran bilamana yang tidak sekolah tinggi mana pun
yang hanya menjadi peniaga tepi jalan di pekan terpencil
yang menjadi tukang buat air di warung kopi kampung
yang menjadi tukang masak di asrama sekolah pedalaman
boleh menghina orang lain
boleh merendah2kan orang lain
boleh mengejek2 kekurangan orang lain

begitu lah...
apabila mereka lupa
bila kita hebat
akan ada lagi yang Maha Hebat!




p/s: Maafkan kakak. kakak tidak bermaksud mahu memperkecilkan mereka yang tidak sekolah tinggi yang menjadi peniaga makanan yang menjadi pembancuh air atau tukang2 masak kampung. tidak pernah sekali pun kakak memandang rendah mereka itu. ini adalah berdasarkan kisah benar yang kakak lalui. Bagaimana bijak pandai si educated yang sangat humble. dan bagaimana orang kebanyakan yang sangat tinggi lagak nya. bandingkan lah sikap dan perangai mereka. sungguh2 kakak kecewa.





Thursday, October 11, 2018

manusia dan doonia


Kalau ikut hati
tidak ingin aku
membantu

kalau ikut hati
kubiarkan saja
membatu

kalau ikut hati
kudiamkan saja
membisu

kenapa tidak dipaksa si alpa itu
kenapa kedu
kenapa kecut

kenapa aku yang dicari
kenapa harus aku yang dirayu
kenapa aku?

terdiam
tersedu aku
seketika
sakit hatiku
tiada siapa tahu

aku
memujuk diriku
dan hatiku
bahawa
inilah doonia
inilah manusia

hanya satu doaku
agar aku tidak mengikut jejak langkah buruk itu


**
aku yang selalu menjadi mangsa kemalasan dan ketidak bertanggungjawaban seorang ketua
sedang dia terus bersenang lenang menghilang tanpa sebarang tindakan
kesabaran ku kian menipis hari demi hari
menyampah tau tak?? menci!!!

Rindu dan Janji Manis


Sudah begitu lama
laman ini tidak ku jengah
lama sungguh
Rindu
sungguh aku rindu
tidak kesini bukan ku lupa
tidak pernah
hanya keadaan yang tidak mengizinkan
alasan bukan?

Alhamdulillah
hari ini aku kembali
menarikan jari jemari
di papan kekunci
satu persatu huruf kuketuk
dengan penuh berhati-hati
agar tidak terluka jari
dan juga hati
gedik bukan?

Bila lagikah agaknya
aku akan kemari
menabur kata-kata manis
janji tinggal janji
ingin terus menulis
tapi akhirnya
ku tinggalkan
sendiri sunyi sepi
munafik bukan?

Yaa Tuhan ku
Jauhkan aku dan keluarga ku
tergolong dari golongan
yang selalu beralasan
berperangai gedik
dan bersifat munafik
Yaa Rabb ku
bimbinglah kami
sentiasa dilandasan yang benar

Sekian.
hingga jumpa lagi
Insya Allah :-)


Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...