Wednesday, September 21, 2011

keluh kesah siri 1...

Assalamualaikum...

Masa berlalu begitu cepat. Dua minggu berlalu tidak terasa. Walaupun begitu...saya masih dan terus menghitung hari. Berdebar debar gituh...heh heh!

Sudah 2 minggu juga pelajar2 baru dan lama mendaftar dan memulakan kelas untuk semester ini. Keadaan masih lagi kucar kacir. Sepatutnya di zaman berteknologi tinggi beralaf baru bertaraf global ini tidak terjadi perkara2 remeh yang memeningkan staff dan pelajar2 juga. Owh...what de?

Sikap pelajar juga kadang kala menjengkelkan! Macam2 ragam dan gaya. Ada yang baik, sopan, terlampau, haru, biru, gedik, manja, gerun, ...huuuuh! tidak terlafaz dek kata2. Dilayan kita sakit...tak dilayan carik penyakit namanya. Bersabar ajer la. Layaaan ajer la pro kata nya..padehal... ?? :P

Cuma kadang2 terfikir sendiri...kalau lah cara anak2 bangsa ku ini ini tidak berubah, tidak diubah, tidak pernah mahu berubah...sampai bila bila pun bangsa ini tidak akan berubah! huh!bersalfasah pulak...(rosak bahasa! falsafah la) :(

p/s: Minggu ni Puncak dah ala ala kat Cameron Highland. Bangunan FPTP ni dah macam hotel Equatorial dah dr jauh...huhuhu!

Sekian, salam sayang dari Puncak...dengan kata2...kerja biar ikhlas!

Saturday, September 10, 2011

kisah kau dan aku..

Bismillah...

Sana sini masih lagi berkisahkan raya. Jalan raya, balai raya pastinya sesak sebab sana sini ada open house, open table...

kisah 1
Walaupun raya masih terasa di serata Malaysia tapi apakan daya bila tugasan lebih memerlukan perhatian. Syukur semua berjalan lancar di hari pendaftaran pelajar untuk semester September 2011 - Januari 2012. Proses persediaan bermula sejak bulan puasa lagi. Tu pasal lah i lama tak hupdate dek noon. Bizi gituh... :P. Alang2 masih dalam mood raya makanya kami pun bertugas dengan baju raya...

lihatlah betapa memasing ceria dengan baju raya, tudung raya, kasut raya, seluar raya...raya raya raya...kaya raya jer yang tak...ha ha. Lega bila satu bab sah settle. Ada byk bab lagi lepas nih...harap2 semua berjalan lancar juga.

kisah 2
Dolu dolu...masa dok Kayangan majlis hari raya ofis disambut dah nak hujung hujung syawal. tunggu line clear baru buat. La ni kat Puncak lain plak caranya. Awal2 dah buat majlis. Bukan nya apa...hal maklum nextweek sem baru dah mula. Bila class dah mula semua orang dah bizi. Makanya majlis sambutan raya fakulti pun di awalkan... Temanya Merdeka Raya.

Hamboi2...melaram korang yer...

Mantan Dekan...Fakulti OM dah kawin dengan fakulti Business...sob sob..sedey...kami dah bukan sebuah fakulti lagi. Lepas ni tak de Fakulti Pengurusan & Teknologi Pejabat lagi kat UiTM. uwaaaa!!!

Booth Aras 16 (ofis kami ler) menghidangkan ubi rebus dan sambal ikan bilis...bersama air kopi asap berkepol kepol..

juga...laksa johor d'boom yang menjadi rebutan para tetamu...memang mabeles!

Booth2 para lecturer yang mewakili setiap level...15, 14 dan 13. Macam2 acara diadakan (masuk 1 acara ~ bidan terjun you). makanan memang macam2 dan tak larat nak rasa semua!

kisah 3
Puasa sudah. Raya pun sudah. apa lagi?? kenduri kawin lah pulak... Dalam perancangan kita yang bernama manusia memang tidak boleh melawan rancangan Allah swt.

Hari ini adalah majlis walimahtul urus rakan sepejabat CAH masa dok PPS dulu, Nurul Hidayah. Kami semua akan berkonvoi dari Shah Alam ke Sg Siput, Perak sebanyak lebih kurang 10 kereta. Walaupun big apple tak boleh ikut CAH dan anak2 telah kompemkan kehadiran. Hal maklum...rakan rapat, kan? Antara yang hadir ialah Prince Halilintar, Fenn, Acap, kak Shida...huh! semua tokey2 belog nih.

Memandangkan cikapplehijau tak dpt pergi ke majlis itu...

untuk Nurul yang dikasihi....
Selamat pengantin baru.
Ketahuilah olehmu bahawa doaku sentiasa mengiringi mu.
Semoga kebahagiaan, kedamaian itu kan jadi teman mu. 
Semoga mimpi indah kan jadi milikmu.
Semoga kesabaran dan kesetiaan selama ini terbalas jua.
Semoga tidak ada airmata kesedihan lagi.
Tabahlah dalam mengharungi dunia baru mu.
ape2 pun...sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri...huhuhu!

nurul (tudung coklat) bersama cik wawa, officer PPS (sori, not available hehe..)

kisah 4
Nak tau kenapa kami tak jadi gi kenduri kawin si Nurul tu?

@klinik.
Sebab duniawi... little princess demam! Mata yang layu. Suara langsung tak keluar. Dok berkepit ngan babah jer (sebab dia tau ummi dah tak larat nak kokong dia).
Sebab hakiki... dan Allah jua yang Maha Mengetahui! Setiap apa yang berlaku ada hikmah nya yang tersendiri. Terima lah dengan hati yang terbuka.

kisah 5
Badan dah letih. Mata pun dah nampak bantal jer. Mengomel pun dah panjang ni...apalagi?? Selamat tido.  Anak2 pun dah tido. Malam ni semua menyempit2kan bilik ummi memasing ambik peluang sebab babah tak de. Ops! sebelum lupa...maaf ye rakan2..tahun ni sy tak buat open haus atau pun open table...tahun depan lah ye...tunggu rumah sendiri InsyaAllah.

Salam sayang
dari haku yang hasyik memasang hangan2...

Wednesday, September 7, 2011

tak sedar

Assalamualaikum...

dalam diam yang tak diam ni rupa2nya bulan dah berganjak jauh. Bulan Ogos ditinggalkan dengan 1 n3 jer...ish ish ish....apa nak jadi dengan cikapplehijau ni ye?...:P

mesti ramai yang rindu ngan cikapplehijau ni kan? kan? kan? ala...ngaku jer la...heheheh.... udah2 la tu..perasan tak abis2..:D

sebab dah lama sangat tak tunjuk bakat terpendam ni... memang betul2 terpadam jadinya idea2 bernas cikapplehijau ni...sampai tak reti nak tulis apa :P

tak sengaja. tak sengaja tak hupdate. boley?

sambutan hari raya yang memenatkan. pulang ke Inderapura... merantau seketika ke bumi hang tuah... owh...keletihan akal dan fikiran! *gambar2 raya pun belum abis transfer ke panji semerah ni.

dunia pekerjaan...InsyaAllah tinggal 2 bulan lagi sebelum tibanya November. Enjoy yourself! enjoy kerja2 anda! dan enjoy melayan peél orang! set dalam minda "hari esok lebih mencabar dan lebih memerlukan kekuatan!" so, just ignore benda2 tak penting tu.

apa lagi nak cerita? family...3princess...makin cantik dan ayu macam ummi dia. hah? eh! tak lah. main2 jer...sihat wal a'fiat alhamdulillah... babah? lepas raya ni perut dah normal kembali macam2 dolu2.dah tak sebuk kata seluar longgar..ngeh3x.. dan dah gian nak gi memancing... :(

princess polka dot...

salam sayang
salam aidilfitri
salam kemaafan
salam penuh keikhlasan...

p/s: berazam kembali aktif berbelog... :)

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...