30.10.2026 Jumaat
Isnin cuti sempena Jubli Perak Sultan Selangor.
Selasa - cuti.
Rabu. Keje. Mood swing.
Sebab tu saya tak suka cuti. bila masuk kerja memang akan menimbun kerja. Penat. Stress. Energy drained.
Khamis. Mood ok sikit. Layan saja.
Jumaat. Alhamdulillah Ya Allah. Rasa itu masih ada tapi terkawal.
Cuma nya ada yang menekan2. Boleh tak kita kerja dalam suasana yang rileks tanpa menekan2.
Sedikit sebanyak emosi terganggu. Tak suka!
Masa mula-mula pindah sini sikit lagi nak anxiety. Dia punya menekan dan cara dia suka menakut2kan.
Itulah antara sebab rasa tak selesa dan tak suka di sini.
Dan... sorry to say, zarah2 vibe negatif banyak berterbangan di sini.
Someone told me.. di sini toksid. Saya tak cakap apa. as usual saya angguk2 dan diam saja.
Jangan bersuara walau kita ada perkara nak luah. Sangat bahaya!
Begitulah keadaan sejak berpindah dari setahun yang lalu. TIDAK ADA 1 hari pun yang saya rasa suka, gembira, bersemangat untuk ke tempat kerja 😭
Sampai bila?
tiada jawapan. Hanya DIA yang Maha Tahu.


