Friday, December 31, 2010

andai itu mahu mu

andai itu yang kau mahu....
aku tidak pernah lupa
tidak pernah pula aku berjanji
jua tidak aku pernah memaksa
andai itu mahu mu
aku menerimanya
dengan rela hati
tanpa rasa benci
cuma
aku mahu kau tahu
bahawa aku selalu sedar
pelangi itu akan pergi jua...
kau juga harus selalu ingat
langit kan tetap berwarna biru...

terima kasih wahai sahabat ku...
kasih dan sayang ku
sedamai biru langit
cinta dan janji mu
seindah warna warni pelangi

aku dan kau harus faham itu!

by: zmj @ 31dis2010, 6:02pm

p/s: selamat menyambut tahun baru 2011. moga tahun mendatang ini akan memberi lebih kebahagiaan, kejayaan, ketenangan dan keredhaan Illahi kepada semua rakan2 dan sahabat2. Kita ketemu lagi di tahun 2011 InsyaAllah...

~Adios!~

Thursday, December 30, 2010

Den yang Gilo!

As salam...

Selamat bercuti esok kepada semua pengunjung belog ini. Bagi yang tak dapat cuti atau dapat cuti tapi terpaksa kerja....kerja sampai pencen tak abis!!!! heh!

Ibu bapa yg belum beli persiapan sekolah anak2 sila berbuat demikian dengan segera. Yang hantar anak2 di kampung sila ambil anak masing2. Jelaskan yuran sekolah anak2 anda dengan segera sebelum kehabisan duit. Kepada ibubapa yang anak2 masih belum bersekolah sila habiskan duit anda sebelum 2 Januari 2011 di shopping2 complex seluruh negara yang menawarkan potongan sehingga 70%. ha ha ha...Gilo!

p/s: penghujung 2010 ni tetiba kehilangan mood plak nak hupdate. Sesekali jadi gilo apo salah eh...

~Adios!~

Tuesday, December 28, 2010

Si Gagah Perkasa - Warded!

As Salam....

Alkisah...entri kali ini sepatutnya kisah lain tapi disebabkan kejadian yang berlaku tadi...nak cerita juga la. Dugaan di penghujung tahun 2010.

Si Tero (N) ~ si gagah perkasa ku itew masuk hospital. Mungkin kerana dia mendengar perbualan CAH & big apple sedang mengusha nak mencarikan dia 'adik'. Dia pun terkejut lalu jatuh sakit. Tambah tambah pula kami akan bersamanya ketika urusan2 family sahaja. Ada ke patut dia bertindak begitu menyakitkan dirinya sendiri.Huh? ha ha.. Sungguh tidak berperikemanusiaan kenderaan langsung! hehehhehe... Bila dia masuk hospital...CAH & big apple pun turut merasai kesakitannya jugak la wey.... Apa tidak nya tersembur air liur CAH bila dengar doktor sebut harga ubat ubatan si gagah perkasa tu tadi. Umang aiii....terus tak lalu makan nih..

pssssttt...kalau dapat bonus macam 'org minyak' tu ker..ahli2 NUBE (kesatuan pekerja2 bank) tu ker....best juga kan? Lagi best kalau dapat jadi macam penaung PERMATA tu...huhu! Tak perlu fikir kesusahan. No hal punya. Ini??RM500?? Beli Nina punya barang sekolah pun tak lepas! ngehngehngeh... 

Apa2 pun Alhamdulillah... "kebahagian,kekayaan bukannya datang daripada bapak. Rezeki datangnya dari Allah SWT" ..betul juga kata si Syawal ni eh.. Adalah tu sebab musabab Allah kata org keje Gomen tak boleh bagi bonus lebih2. Nanti habis semua HARGA barang naik MELAMBUNG2. AIR pun depa jual untung berjuta2. Lagi satu depa ni kalau banyak duit akan mudah lupa diri terus jadi sahabat syaitan -semua nak dibelinya. Membazir!

Haku dah jauh merepek nih..

p/s: baru berhangan2 nak tukar henpon baru...keto den pulak sakit...uwaaaa....

~Adios!~

R.I.N.D.U...

Saat ini aku sangat rindu
rindu pada dia yang entah di mana
ingin ku seru wajah itu
agar dia selalu menjelma di minda

Tika ini aku sangat rindu
rindu pada dia yang hilang dari mata
ingin ku laung nama itu
agar dia tetap hadir di jiwa

rindu pada rasa - manis masin masam
rindu pada bentuk - bulat atau segi 4sama

aku sangat rindu
rindu sangat aku
sangat aku rindu
rindu aku pada CARROT CAKE!

huhuhu!

psssssttt...uols ingat iols ni rindu siapa? hehehe...kalau nak order kek ini kene fikir dulu sebab nanti hanya cik apple hijau dan big apple saja yang beriya iya makan sedangkan 3princess cuma suka pada acara potong memotong sahaja. kesedapan kek karot ini sudah terasa rasa di lidah iols ni..errmmmm...

~Adios!~

Monday, December 27, 2010

Jalan2 makan hangin siri2@Disember2010

As Salam....

Mahu tak mahu. Boleh tak boleh. Suka tak suka. Kene juga tepek gambar jalan jalan makan hangin siri 2 @ disember2010 ni. Kami bertolak dari rumah menuju ke Lumut pada hari Rabu(pagi). Tiba di hotel check-in lebih kurang jam 3petang. Layan je la ye...

Baby sayang babah...membodek babah.. tu la keje dia...

Kuda ku lari gagah berani...tak de sape nak layan dia.. kakak2 layan tido lagi bagus.

Acara tarik tali di perigi buta... Tu dah bosan tahap gaban la tu...

Jump! jump! jump!

Tempat berkubang.

Nina menunjukkan aksi akrobatiknya yg tidak menjadi. ha ha..

Hari ke 2 @ Teluk Batik, Perak.
Macam2 ragam dan gaya 3princess ni dan big apple jugak.

Main pasir ni acara warm up jer...
mula2 kata tak nak mandi pantai...
khonon! dah mandi tak nak balik...

Duyung yg dah jadi manusia..terpaksa guna pelampong untuk swimming.

Swimming pool - pantai - ais krim - coklat. Pantang!..jumpa. he he he...

Dah pukul 2 petang. Lapar lapar lapar lapar...

Untuk julung julung kalinya..mempersembahkan...biskut chipsmore!hehehe...

Sepetang @ Lumut Waterfront..
Nina berangan jadi princess di dasar laut boleh menunggang ikan.

Babah pulak berangan kapal kat belakang tu dia yang punya.

ABC special ini dimakan bersama char kuew tiaw.
Pic char kuew tiaw tak sempat nak snap laju jer masuk mulut.

Semalam @ Lumut ~ survey harga
Angin malam di Lumut. Disimbah sinaran lampu2 neon.

Hari ke 3 @ Lumut ~ shopping buah tangan
Babah...mana satu nak beli ni??

Cepatlah...kata nak beli baju..

Agak2 duit ummi ngan babah ni ada lagi tak?
Beg sekolah dan kasut sekolah Barbie belum beli lagi ni.

On d'way to Pahang Darul Makmur @ Genting Highlands
Nina: Babah, lama lagi ker nak sampai rumah nenek ni?
Baby: dah tak larat nak tengok Upin Ipin dah ni Ba..

Kita minum dulu!

Berakhir edisi jalan2 makan hangin 3hari 2malam di Lumut dan Teluk Batik siri cuti2 malaysia2010. Meneruskan perjalanan ke Felda Chemomoi, Pahang merentasi Genting Highlands...Adeeeeeh sakit pinggang den.

p/s: begitu cepatnya masa berlalu meninggalkan kita. Kita yang selalu lupa dan leka pada dunia. Alhamdulillah masih boleh bercuti bersama keluarga.

~Adios!~

Sunday, December 26, 2010

C.O.U.N.T.D.O.W.N

Assalamualaikum.....

Boleh ke ini saja intro dan n3 Cik Apple Hijau kali ni??? ha ha

Lama sangat cuti sampai tak tahu nak tulis apa da.... CAH kehilangan kata kata? atau ketiadaan idea? atau mungkin juga sudah lama tidak membaca novel? heh!

Kira punya kira punya kira....CAH ada 3 hari penuh sahaja untuk menyelesaikan kerja kerja yang terbengkalai sebelum tibanya 2011 yang pastinya akan lebih mencabar...fuuuuh!

psssssttt....Tahniah untuk pasukan Malaysia. Kegembiraan hari ini tidak memungkinkan kita akan memperolehi kegembiraan hari esok. Kemenangan hari ini juga tidak menjanjikan kemenangan terus terusan menjadi milik kita. Kecekalan, kesabaran, kekuatan fizikal dan mental, berusaha, berdoa dan bertawakkal ....semoga impian kan terlaksana! Walau siapa pun kita. walau apa pun bangsa kita. walau apa pun agama kita. walau apa pun pegangan politik kita. Kita akan tetap bersatu menyokong dan menjulang Negaraku Malaysia!! tetiba bersemangat patriotik plak..he he he.. Siapa kata rakyat Malaysia tidak bersatu?

~Adios!~

Thursday, December 16, 2010

Aktiviti Sebelum Tidur

Inilah aktiviti yang dibuat dek tuan puteri kecik sebelum beradu. Warna warna, katanya. Tak nak mewarna atas meja nanti bertabur semua pensel warna. Dia malas nak kutip la tu.

Layaaann...
Penuh konsentrasi..khonon!

mewarna ke menconteng nak oii?

Ta daaa... Ini lah hasilnya. Kerja tak siap ni namanya. Suka hati kau lah...

Ini dah start boring la ni...dah tersasar jauh dah pensel warna tu.

 Apa plak yg digeramkan ni???

O ooo!! Ummi...nak kencing! ah sudah.. ha ha

Lagi satu aktiviti utama nya ialah membelek2, merenung2 ala ala membaca buku kegemarannya. Aktiviti yg ini tak boleh nak snap sebab...ummi si penglipur lara ini akan turut serta terlelap selepas membaca buku sambil menguap tak sudah2..heh!

p/s: Sape nak tolong setlekan aktiviti ummi setiap malam sebelum tido? cuci pinggan mangkok, lipat kain dan gosok baju?

~Adios!~

Wednesday, December 15, 2010

Jalan2 makan hangin siri1@Disember2010

Assalamualaikum dan salam 9 Muharram...Puasa ker? tahniah bagi yang berpuasa. Yang tak puasa...esok masih ada...10 Muharram.

Kesibukan membuatkan haku kehilangan idea idea jiwang..ha ha...memandangkan lama tak post n3 meh la kita layan gambar 3princess ni..

Ta daaaaa....
Baby Iman dengan rambut baru nyer..hehehehe...
cuba tengok kat tangan dia tu ada apa? hahahahha anak sape la tu?

babah aka big apple n 3princess



Kuda ku lari gagah berani...lari lah...kuda ku... heheh! i loike that song.

Kami bukan berada di I-City kami berada di Sunway Lagoon.

Cuba tengok gaya 3princess tu. Ummi nyer pun tak tau mana diorang ni dapat idea buat gaya cam tu. Budak2 zaman sekarang...

p/s: Poyo jer tajuk kat atas tu. Siri 1 ~ macam lah lepas ni ada siri 2 siri 3..huhuhu..

~Adios!~

Sunday, December 12, 2010

Happy Monday...hopefully

Waaah...speaking London pepagi ni..heheheh.

Berakhir sudah hujung minggu yang menyakitkan, memenatkan, membosankan...bla bla bla...

Di pagi Isnin yang sejuk di dalam terik di luar tetiba teringin pulak nak tengok wayang. Maka, CAH pun text la suami terchenta...

"Teringin nak tengok wayang la bang...Hantu Kak Limah Balik Rumah...bawak anak2..macam best jer...hahaha gilo!"

Masa dia dpt text ni kompem dia kata..isteri dia ni normal ke dah tak normal...tetiba ajak tengok wayang!siap nak bawak anak2 lagi tu. heh!

Apa tak nyer...mak tak pernah jejak kaki kat panggung wayang nyah oii..walaupun sekali...betapa 'suci'nyer mak ni..ha ha ha..

Balasan text dari big apple..."Kak Limah jadi hantu, kat mana tu?"

Aisey....kojo jo tau eh suami den nih... semuo eh dio tak tau.

So, apa kesudahan cerita CAH ni? dapat pergi tengok atau hangan hangan ajer...

p/s: walaupun tak happy sangat kita kene buat2 happy supaya kita akan happy sepanjang hari..Happy Always..ha ha!

~Adios!~

Saturday, December 11, 2010

Hajat tak sampai...

sedih.

sakit hati.

rasa nak menangis pun ada.

tak kisah lah orang nak kata apa. Macam budak2 atau tak matang atau apa2 ajer lah...

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......sedih siut! hambik kau keluar perkataan yg tak sepatutnya!

p/s: korang ingat senang ker nak dpt tiket free harga RM73/person x 5 ???? kalau nak harap duit sendiri memang tak de laaa.... it's FREE okey. Free! tak tau nak salahkan sapa. Adalah tu hikmahnya ~ Pujuk hati sendiri. Penat lah asyik nak pujuk hati sendiri jer....

~Adios!~

Friday, December 10, 2010

salam malam

Apa mimpi post n3 malam2 ni?

walaupun mata ku sudah mengantuk. Badan pun sudah keletihan gara2 berfoya foya tengah hari tadi bersama otai2...ku gagah kan jua nak menaip nih...

Sebenarnya amat jarang CAH beronline di malam hari. ape lagi blogwalking ler...meninggalkan jejak jejak bertapak kat blog2 mereka2 yg ku sayang...hik hik hik.. mereka sgt baik dan rajin menziarah Butterflies & Flowers nih..terharu. Ada yang  bagi award lagi...kelazzz gitu. Tapi malang nyer masih belum berkesempatan nak ambik. Nanti CAH ambik yer...

Malam ini cuma si kecik jer yang ada. Kakak berdua tu tidur di sekolah sebab salah satu program bengkel ialah sesi qiamullail. Biarkan. Biar kakak bedua tu belajar rasa susah. Kalau di rumah semua nak ada depan mata. Panties pun suruh ummi carik letak depan mata. huh! memang sangat manja anak2 ku itew..seperti ummi nyer juga...perasan!

Tinggallah si kecik tu main sorang2 dia...

bye...nak tidur dah... assalamualaikum & love all of u!

p/s: rindu awak!

~Adios!~

Thursday, December 9, 2010

10.12.2010 ~ Happy Birthday Sayang

Uish...sambut birthday lagi ker? Ate udah anak daranya 3 kan?

Happy birthday untuk Qiqin. Anak sulung ummi yang gendut tu. 10.12.2001 - 9 tahun. Kalau ikut bulan Islam 3princess semua cukup umur bulan Ramadhan dan Syawal hari tu. Ni kira bulan orang puteh nyer la pulak. Masa Qiqin cukup umur 2 tahun dapat adik, si Nina yang kuat menangis tu. Lahir dalam bulan Disember. Kalau tak silap hari mereka lahir pun sama kot hari Isnin. Tu yang macam kucing ngan tikus tu...

Semoga k.Qin belajar dengan lebih tekun lagi. Jadi kakak yang dapat memberikan tauladan yang baik dan berguna kepada adik2. Rajin solat dan rajin mengaji. Doakan ummi dan babah juga adik2. Berjaya di dunia dan akhirat. Amin...

Seiring dan sejalan... baby, babah and k.Qin.

Dari pandangan mata seorang ummi k.Qin memang kakak yang baik dan selalu mengalah dengan adik2. Walaupun kadang2 ber'hangin' macam ummi dia jugak..

Happy birthday juga untuk cik Nurul. Didoakan cepat2 la naik pelamin.. heh!

p/s: Wahai nenek kebayan yang arif lagi bijak berfirasat...kiranya anak hamba yang ini pun "boleh jadi ketua satu hari nanti..dan ckp dia org boleh pakai..." sebab... 10 => 1 + 0 = 1 juga jumlahnya.(belajar math plak) hik hik hik...tak begitu nenek kebayan?.. Hamba berharap benarlah firasat nenek kebayan itu dan menjadi kenyataan.

~Adios!~

Tuesday, December 7, 2010

Penghijrahan

Salam Tahun Baru Hijrah...

Dalam kesibukan sempat gak hupdate belog...

Agak sibuklah jugak. Biasalah hujung2 tahun ni banyak benda dan perkara nak kene settle. Sebelum Cuti-Cuti Malaysia. Sebelum tahun 2010 menutup tirai nya. Sebelum tukar ke pejabat baru..heheheh! Ate udah namanya tahun baru hijrah teman pun nak juga berhijrah. Mudah mudahan dipermudahkan Allah. Amin...

Kepala dah start berdenyut kembali. Walaupun begitu tengah hari ini nak pergi berfoya foya untuk meringankan kepala otak ni. Bertambah berdenyut lah nanti.

Azam Tahun Baru...

1. Nak pindah ofis! lari ke Puncak Alam. huhuhu...
Kalau tak dapat pindah...
2. Sambung belajar..heheh! malas dah kerja nak penat belajar pulak..
3. Bemuhasabah diri selalu...


Aku yang telah merasa keliru
Aku yang tak tahu mana nak tuju
Sampai bila harus aku menjadi bisu
Kamu yang mahu mencintai aku

Kamu yang mahu mencintai dia
Haruskah cinta ini jadi begitu
Tak perlu kau merayu
Pergilah bersamanya
Biarkan ku sendiri
Tak perlu kau menyakiti
Kini ku bebas tanpa bayangmu lagi
Bebas ‘tuk berlari
Mengejar impian aku
Yang terkunci
Walaupun tanpamu di sisi
Aku kan berlari
Teruskan berlari

Dan kini semua telah terbukti
Tanpamu ku masih ada di sini
Mengejar impian yang hampir pasti
Kamu yang mahu mencintai aku
Kamu yang mahu mencintai dia
Haruskah cinta ini jadi begitu

Tak perlu kau merayu
Pergilah bersamanya
Biarkan ku sendiri
Tak mahu kau menyakiti

Gelap sudah menjadi terang
Pandangan semakin jauh
Jauh meninggalkan kamu
Terus ku terus berlari
Kan ku capai bintang itu
-berlari Tomok-

p/s: dalam diam ada sayang. dalam benci ada rindu. dalam mimpi ku ingin lari... walaupun aku dah penat!
sayang itu tidak pernah hilang. benci itu tidak pernah ada. rindu itu tidak pernah padam. mimpi itu tidak pernah wujud. lari itu hanya membuatkan aku tercungap cungap...haha apa aku mengarut nih..

~Adios!~

Sunday, December 5, 2010

hadoi...sakit kepala lagi

musim cuti sekolah begitu sinonim dengan majlis kenduri kendara. Itu belum campur majlis pertunangan atau cukur jambut atau berkhatan.

Fuuuh hari ini sajer CAH pergi 3 buah rumah di sekitar sini sini sajer. minggu lepas pergi kenduri jiran selang 2 buah rumah dan juga kenduri di Melaka. Rumah pak usu adik bongsu arwah bapa mertua. Minggu depan jiran betul2 sebelah rumah dan 2 3 rumah lagi...di ikuti dengan minggu hadapannya lagi dan lagi dan lagi hingga cuti sekolah berakhir. adeeeeh...

CAH ni bukan nya apa..bila pergi majlis2 macam ni bila balik rumah terutamanya petang dan malam..lepas maghrib jer kompem dah tergolek sebab sakit kepala.

1st, sebab kurang minum air. CAH akan kurang minum air sebab air kat kenduri2 ni selalunya air sejuk/ais dan manis. Kan CAH dah bagitau CAH ni cerewet.. air sejuk/ais tidak elok utk kesihatan. psssst..padahal takut kembong. hahah..

2nd, sebab cuaca panas tahap gaban. Memang tak boleh kene panas terlebih sikit. Selagi tak telan ubat memang tak bangun. Walaupun sebenarnya CAH ni takut makan ubat. psssst..itupun dok telan ubat demam 3princess yg jenis cecair tu jer. heheh.

3rd, penat melayan kerenah 3princess. Bergaduh? itu sudah pasti. Berebut tempat duduk dalam kereta? itu sudah tentu. Walaupun Si Tero(N) itu sudah cukup besar! psssst..Lepas ni suruh babah beli lori 3tan tu pun ok gak. ekekek..

4rd, letih menunggu big apple balik kerja kemudian baru pergi ke rumah kenduri. Dapat suami yag kuat bekerja pun satu hal juga. Bekerja melebihi 12 jam sehari! 7 hari seminggu! Orang kata pergi nampak bulan balik pun nampak bulan! psssst..that is my Big Apple.hmmhm..

p/s: sapu badan dengan lotion mustajab khonon nak ramping macam nora danish..huhuh!

~Adios!~

Thursday, December 2, 2010

Lagu Gatal..hihihi

Apa sudah jadi?

Dari lagu ala ala islamic/nasyid...
Menjemput Bidadari ~ Seismic

BERTUKAR!!!

ke lagu ala ala gatal...
bunyi jer macam gatal
cuba dengar betul2
tak gatal pun

Trouble is a Friend by Lenka ~ carik la sendiri kat 4shared tu yer dahling2 sekelian...tak pun uols bukak jer la belog ni..ngeh ngeh ngeh...

p/s: kredit to cik nurul. kidnapped lagu henpon dia. cik nurul, sila tukar kagu henpon anda ye...muahahahhaha. kacang lupakan kulit sungguh!!
~Adios!~

Otai? dah tak otai daaah...

Panas di luar...sejuk di dalam...

Fuuuh...berpeluh!

Beberapa hari ini keOTAIan ku dalam pemanduan dan meletakkan kenderaan dalam kotak parkir yang ku semai sejak 14 tahun lalu tercabar dan tercalar!

Sedih gila. Tak pernah terjadi haku gagal dalam bab2 memakirkan kenderaan ni. Tak kira jenis parkir pun! huhuhu.. berlagaks! sila weeerk sekarang..

Time ni lah haku terhengat kan kekasih lamaku yang kecil comel lagi bulat iteww. Rindunya sama dia. Tapi nak buat camna jodoh kami tak panjang. Cinta tidak kesampaian...uish..lain macam pulak bunyi nyer ni..hikhikhik.

Kanda, walaupun kanda gagah perkasa tetapi dinda masih teringat2 dan merindui kekasih lama dinda itu. huk huk huk...

*Kanda - Si Tero (N) ~ kegagahan nya memang tidak boleh disangkal lagi. Tapi tak larat seeh nak masuk parking lot yg comel2 especially parking lot bawah tanah tu.

**Kekasih lama - Thunder! Thunder! Thunder Caaaat... Lambang thunder cat ajer dek noon. 2 pintu plak tu. Comel. Cute. Bulat jer belakang dia. Rindu sangat2 sama dia! Si Hitam manisku Neo.

p/s: Rindu yang tidak pernah terlerai... Adakah aku hanya bertepuk sebelah tangan?? dah tak de makna nyer dek nooon..

~Adios!~

Wednesday, December 1, 2010

Penangan MPH!

Orang kata kalau dah berjanji kenelah tunaikan... Layan jer la gambar ye..

ups! sori... kene telengkan kepala...

Kisah Haiwan Makkah tu dah beli lama dulu masa join Konvensyen Kaunseling bulan Oktober (kalau tak silap) tapi dok sorok kat ofis dulu. Tak boleh bagi awal nanti tak baca buku sekolah plak ~ untuk Qiqin.

Puteri Kemilau Cahaya. Buku bersiri. Sedang dalam proses untuk mengumpul tajuk2 lain dalam siri ini ~ untuk Qiqin juga.

Koleksi Cerita Dongeng Terkenal ~ untuk Nina. Mencari buku untuk anak dara yang seorang ini lah yang paling susah. Berpusing2 dalam MPH nak mencari buku yang sesuai. Nasik baik jumpa. Inipun last copy. Ada rosak sikit dpt diskaun 10% SAHAJA...tak kisah la labi...

My Baby ~ ofcoz untuk baby Aisyah Iman. Ummi & Babah pun suka tengok buku ni. hikhikhik...sweet ajer..

Buku untuk Ummi??? 3 buah buku. 2 buah buku ala ala motivasi. 1 novel : Cinta Sufi ~ RAM. dah lama berangan nak beli novel ni.

Dukacita dimaklumkan...ketiga2 buku tersebut satu pun BELUM habis dibaca tapi dah berangan nak beli 3buah novel lagi!! uwaaaa...senarai menunggu panjang berjela kau..haha! novel pun novel la nyiah...dalam novel pun ada ilmu gitu.. layan blues bak kata sifu Hani.

moral of the story: Kalau parents suka pergi kedai buku jangan marah kalau anak2 pun suka buku!

~Adios!~

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...