Thursday, August 5, 2010

Kongsi Bersama Ilmu yang Sedikit Ini

Salam Pagi Jumaat uols...

Big apple pernah menguji cik apple hijau dengan soalan begini. Dia nak test isteri dia tau ke tak tau. aiyaaak Laling...
Jadi, di hari jumaat yang mulia ini cik apple hijau saje nak berkongsi ilmu. Cik apple hijau ambil dari segmen soal jawab web JAIS.

Layan....

"Kucupan Terakhir Buat Jenazah


Soalan :

Ciuman terakhir buat jenazah
' Dari Allah S.w.t. kita datang dan padaNya kita akan kembali'
Setelah disempurnakan mandi jenazah maka dipanggillah ahli keluarga yang terdekat untuk menatap dan selalunya akan mencium dahi yang meninggal itu..persoalannya.. siapa yang boleh menyentuh/menciumnya... kerana ada suara-suara dibelakang yang mengatakan mayat itu didalam keadaan berwudhu'..maka sekiranya isteri,anak menantu (lelaki bagi jenazah perempuan dan sebaliknya)dan yang bukan muhrim melakukannya maka terbatallah wudhu' jenazah berkenaan dan jenazah akan dikebumikan tanpa wudhu'.

Jawapan :

Sesiapapun tidak dihalang dari mencium jenazah. Tidak timbul persoalan wudhu' jenazah itu terbatal kerana apabila seorang anak adam itu telah meninggal maka hilanglah tanggungjawabnya.Walaubagaimanapun, sekiranya yang mencium itu bukan mahramnya, maka wudhu' pencium itu terbatal. "

Sekian, semoga semua mendapat manfaat dari ilmu di atas.

~Adios!~

4 comments:

Prince Halilintar said...

yup, saya pun pernah diberitahu mase belajar pengurusan jenazah dulu..thanks apple hijau kongsi ilmu..

apple hijau said...

you are most welcome Prince. oh, Prince ada belajar pengurusan jenazah? bagus tu...bertuah sapa dpt Prince ni serba serbi tau hehe...

sariah said...

Ape jawapannya...gua dah banyak ahli keluarga yg dah pergi dulu drp gua...kesemuanya dicium gitu...tapi bkn ciuman berahi; ciuman terakhir...abah gua dulu mak gua cium, adik ipar gua pergi jugak, adik gua cium jugak...nanti antara gua dgn pasangan gua, sapa nak cium sapa....hu3

apple hijau said...

sapa cium sapa itu tak apa lagi kak. yang lagi penting sapa nak DOA kan sapa ni...semoga ada yang mendoakan kita kan kak...waaaaa!

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...