Berikut adalah aktiviti hari ahad, minggu yang lalu. Sebenarnya bukan lah family day sangat pun cuma sekolah ini menggantikan nama Hari Sukan kepada hari keluarga. For me elok ajer sebab bila dah berjumpa dan berkenalan antara ibu ibu dan bapa bapa secara tak langsung mengeratkan silaturrahim. Walaupun sebenarnya masing masing sibuk melayan anak anak.
And again, yang hadir ke majlis ini cuma ummi & k.Qin saje. Nina masih lagi belum sihat (waktu ini) dan si kecik itu tak mahu bangun la pulaaaaak....
Stadium Sultan Suleiman Bandar Diraja Klang. Memang tiap tahun buat kat sini.
Untuk pelajar Tahfiz mereka ditempatkan di trek C sebab trek A dan B adalah untuk pelajar Taski.
Para guru adalah orang yang paling sibuk waktu ini. Caiyok cikgu!
Kak Qin berada dalam rumah unggu yang mewakili pasukan Saidina Uthman bin Affan. Rumah sukan yang lain ialah Biru, Hijau dan Merah/Pink yang masing2 mewakili Saidina Abu Bakar, Umar Al-Khatab dan Ali Abi Talib.
K.Qin menerima qiliran dalam acara Ping Pong! Go go k.Qin.
Relax jer k.Qin bawak bola Ping Pong dalam sudu.
K.Qin sedang menerima pingat. Pasukan Uthman menang Perak untuk acara Ping Pong!
K.Qin menunggu giliran untuk menerima pingat kedua melalui acara Baling Guli ke hapa ntah. hehe...tak hengat la..
Ready to go home walaupun majlis belum habis.
moral of the story: tiada pemenang atau pengalah dalam sesuatu pertandingan. Mengaku kalah sebelum memulakan sesuatu itu lebih dahsyat dari tewas di tangan musuh!
~Adios!~
No comments:
Post a Comment