Monday, September 27, 2010

senyum seindah suria...

senyum ada macam macam senyum.

ada senyum ikhlas tapi jauh.
ada senyum paksa rela.
ada senyum kambing gurun.
ada senyum sumbing sengih.
senyum skima pun ada.
senyum stereotaip pun ada.

contoh nya senyuman seperti mereka ini...dari bapak ke mak ke anak sama jer gaya nyer...heheheh...

lepas ni kene senyum iklan colgate pulak.

~Adios!~

dah dapat jawapan kepada soklan-statement cepumas a.k.a membunuh.

Salam & hello eberi bodi...

cik apple hijau dah dapat jawapan kepada soklan-statement cepumas yang berikut:

1. bila nak pregnant lagi? kan U belum dpt baby boy..
2. tak nak cuba lagi ke kot dapat lelaki pulak.
3. suami kau tak kisah ke anak semua girl?
4. kau tak nak anak lelaki ker??
5. anak 1st lelaki, nanti 2nd nak anak pompuan pulak la. takkan lelaki lagi. kan?

hamboi hamboi hamboi soklan-statement....membunuh! hahaha...tapi tak kecik hati pun...tak kuasa mak nak kecik kecik hati ni nyah. mak yang gila nanti nyah oiii! Semua itu kan kuasa Allah Yg Maha Mengetahui, kan? Kekadang penyoal penyoal ni lupa pada Kekuasaan itu. Maafkan lah mereka....ahaks!

Nak tau apa jawapan kepada soklan-statement iteww?? jeng jeng jeng....

1. Saya suka beli gaun!
2. Saya memang suka tengok, pegang pegang dan beli baju budak perempuan.
3. Baju, kasut, stokin budak perempuan semua lawa lawa.
4. Aksesori untuk budak perempuan (getah, cekak, sepit rambut etc.) peeeerrrgh...fashionable dan sunggggguh menggeramkan. cute jer semua tu.
5. Budak pompuan boleh pakai gelang tangan, rantai leher, gelang kaki... (walaupun haku tak mampu sebenar nya emas mahal giler weeyy..)

Hah!waktu bercakap tu buatlah gaya selamba. Gerenti orang yang buat soklan-statement cepumas a.k.a membunuh tu bengang dengan kepoyoan cik apple hijau.

Miahahahahhahaa....hambik kau! Gatal mulut lagi...

Agak agak ada gaya anak bedah tak my3princess ni? hahahaha..

~Adios!~

Thursday, September 23, 2010

gEmURuh...



Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh - Faizal Tahir

p/s: kisah disebalik lagu... bersambung...

~Adios!~

acara potong kek. lagi.

Salam...

Warga PPS ni memang sentiasa meriah. Sebab?
sebab... orang orang nya suka buat acara potong kek.
sapa pulak punya beday hari ni?
jeng jeng jeng...

Jom ikut cik apple hijau ke tempat biasa. Pantry la... mana lagi.

eeh...kita tengok kek dulu la. nyum nyum...dilices mabeles trabeles!

Ya ampuuun...yang kat belakang tu kenapa tu?

amboi amboi amboi kak zaidar...

alamak! gambar kurang memuaskan plak. terkejut kot sebab beday boy memberi pose yang sungguh menawan. (ala releks la Jan..)

dah.... merenung masa depan pulak ke? baru je potong kek. dah jangan difikir fikir umur yang makin banyak tu. old at aged, young at heart. ha ha ha... (gambar tak berapa clear jgk la)

untuk beday boy (bukan boy tu untuk kanak2 rebina ker?)
selamat hari lahir.
moga sentiasa dalam keberkatan usia
dan kemurahan rezeki.  
naik gaji.
boleh belanja lagi.
dan boleh cepat kawin. hik hik hik


~Adios!~

dah ok. kot.

hari ni dah ok kot.
tiga empat kali dok klik klik
dah tak keluar dah
hantu jentayu.com tu...

alhamdulillah
boleh lah terus memegang title blogger tegar
eerrrrrr....blogger tegar?
miahahahahaha...
apa apa ajer lah labi

terima kasih pada En. Yimz yang banyak membantu.
terharu rasanya.. huk huk huk...
terima kasih daun ubi ye Yimz.

musykil musykil...
mana pergi si budak Nuar ni.
memang nak kene WakSuQun ni...
oh! tau tau...
dia bzzzzzzzt
mengalahkan sang lebah
bzzzzt bzzzzt.....
hi hi hi (melalut plak)

~Adios!~

Monday, September 20, 2010

some. one. hacked. my. blog.

uwaaaa...tolong la... bila klik pd URL http://pu3ofmine.blogspot.com/ ni dalam masa 2 saat terus gi laman sesawang JENTAYU.COM.

tak caya?cuba. try. test.

ada orang telah mengkocar kacirkan blog ini...

huwaaaaaa....

Nuar! tolong lah...
eerrrr....
kenapa Nuar?
siapa Nuar?
Nuar ialah...dot dot dot
tungggggguuuuuuuu....

p/s: sungguh jahat orang iteww...

~Adios!~

Friday, September 17, 2010

anak dara kecik ni!

Jam 3.25 petang...hari Isnin - 13 september 2010 negeri Pahang Darul Makmur.

Aisyah Iman baru terjaga dari tidur...

Ummi : Adik bangun jom. Adik nak makan tak? kita nak balik rumah ummi ni. makan dulu ye..
Ecah : nanak akan. nanak alik umah ummi...

Ummi : jomla makan. nanti lapar.
Ecah : Ecah nanak akan...

Ummi : Jom la...makan. pastu mandi basuh rambut..adik nak balik umah ummi tak?
Ecah : Ecah nanak akan. Ecah nanak alik umah ummi. Ecah tak uka...

Ummi : Adik tak nak balik rumah ummi ke?
Ecah : Ecah nak alik umah Mamat jer. Ecah nanak alik umah ummi. Ecah tak uka....
(dia dah mula naik kan suara dah..)

alahai....anak dara kecik ni! sabar sabaaarr...

setengah jam kemudian...

Ummi : Adik nak makan tak? Jom makan. Ummi suap ye..
Ecah : Nak nak nak. nak akan! Yahooo! Ecah nak alik umah ummi. Kak Qin, Nina, Ecah nak alik umah ummi...

anak dara kecik ni kalau kita tak bagitau awal2 yang kita nak balik meru nanti bila sampai rumah meru dia terkejut (lagi lagi kalau bangun tido) dibantainya melalak tak nak masuk rumah. satu hal nak memujuknya. aduyaiii...anak anak.

Inilah dia anak dara kecik yang macam ragam tu.

petunjuk (macamana boleh pelat anak haku sorang ni ntah)
alik = balik
akan = makan
umah = rumah
uka = suka
Mamat = kezen Ecah yang memang duduk ngan nenek (MIL) kat kampung.
umah ummi = rumah meru la...


p/s: tang "Ecah tak uka" tu yang haku tak tahan tu....ada ke tak suka nak balik rumah sendiri.

~Adios!~

Thursday, September 16, 2010

PeNuh

Salam Syawal yang masih hangat...

Kehangatan beraya ziarah menziarahi masih ada
dan open open house pun kian terasa bahangnya.
Walau pun begitu ramai juga yang sudah mula bekerja.
Bekerja dalam suasana mood cuti.
Sunyi di sana dan sepi di sini.
Lompong lompong belaka. haha

Ah! semua itu tidak lama.
orang benua belah sana kata...
back to normal!
Awal minggu hadapan penuh lah tu....
bukan takat opis penuh.
jalan raya pun penuh.
parking lot pasti pasti penuh.
kedai makan apatah lagi.
sekolah penuh.
universiti pun penuh.
bank pun penuh.
balang kuih pun masih penuh.
atas meja laaagi penuh (meja haku la tu).
semua penuh la.
agak agak mana yang tak penuh?
cuba teka. 
ntah!
haku pun tak tahu.
hik hik...
POKET ajer yang tak penuh..(haku jugak).

~Adios!~

Azam lepas raya

Salam syawal...

best tak raya tahun ni? apa punya soklan da... lupakan pasal raya kejap. nak cerita pasal azam. hehehe...kalau ikut tajuk n3 ni cerita pasal azam. suka suka hati jer nak pasang azam lepas raya. bukan azam tu biasa awal tahun ker? ha ha suka hati aku ler minah..

tak nak cerita panjang panjang  sebab...

lepas raya ni nak buat n3 pendek pendek. eerrrrr...boleh ker? hal maklum, jari jemari ku ini kalau nak 'membebel' boleh tahan jugak panjang lebar nyer. lagi lagi kalau tengah 'hot' atau meluah perasaan. fuuuh!berpinar bijik mata nak membacanya.  ha ha ...udah udah kang panjang pulak n3 haku ni.

hiiiish!macam2 la kau ni apple hijau. kita tengok ajer la nanti. mcm tak konfiden jerk.

p/s: teringat pulak iklan dulu dulu tu...menulis beribu ribu perkataan dengan kilometricooo!

~Adios!~

Tuesday, September 14, 2010

Syawal hari ke-6

Salam raya....

ek eleh...raya dah dekat seminggu baru nak letak lagu raya. apa da.... ha ha ha... haku baru terjumpa lagu ni la... Sepasang kurung biru ke hapa ntah. ala boleh la raya kan sebulan. kira ok la tu kan? kan? kan? hihi

tak dapat sepasang kurung merah jambu dapat sepasang kurung biru pun jadi lah... haku nak jugak kurung merah jambu tu. sutera merah jambu. ah!giler betul!

tak pe lah korang layan jer la lagu ni. minggu depan aku tukar lagu lain. tak de mood lagi nak cerita pasal raya. lain kali la erk.

~Adios!~

Tuesday, September 7, 2010

posting nangis nangis

Salam semua...

Mesti memasing dah terbayang kampung halaman (ntah2 dh sampai kampung). Sibuk bercerita tentang persiapan terakhir hari raya. tak lupa juga yg bercerita nostalgia raya dulu dulu. Begitu la...

Dikesempatan ini haruslah cik apple hijau membuat posting nangis nangis ni. Ye la nak mintak maaf kene lah sedih sedih. Ucapan ini khas untuk semua:

1. kawan2 opis - atei udah hari hari kerja bersama. sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula kalau tergigit cili of coz lah pedas! huhu...

2. kawan2 blogger dan followers - teruskan perjuangan mu. raya tu raya la juga jgn lupa hup date belog. sifu, selamat hari raya sifu... sila berkenalan dengan sifu i che pearl .

3. kawan2 FB - lama betul tak buat statement poyo kat FB tu. mana2 yg tak terbalas kata kat fb tu paham2 la ye. rambang mata.

4. kawan2 sekolah rendah - ada ker yg bukak belog haku ni? ingat lagi ke kat haku? lepas ni rajin2 lah bukak belog haku ni ye. eerrrrr...raya ni buat gathering raya tak? jangan biarkan Meru sepi di Aidilitri ini.

5. kawan2 sekolah menengah - haku teringat zaman2 kita semua naik bas sekolah. dan duduk kat hostel. adeeeeh...

6. kawan2 kolej/dip - yang ini memang sorang dua jer yang terjumpa balik. yang lain tu tak tahu manalah pegi nyer. miss u guys n ladies.

7. anak anak buah ku sekelian- raya tahun ni acik raya kat Pahang (turn sana) so bila datang rumah nenek tu (rumah mak haku ler) pandai pandailah bawak diri. kuih muih semua dah acik beli makan la apa yang ada jangan segan buat macam rumah sendiri. cuma nya....kurang meriah lah sikit sebab acik tak ader...miahahahha..

8. sepupu sepapat ku sekelian - lebih kurang macam kat atas ni jgk ucapan nya tambah sikit jer...nanti haku balik meru haku bagilah duit raya kat anak korang tu...itupun kalau ada lebih la...hikhikhik

9. pengunjung2 blog yang tersesat di hari raya - jemput lah datang lagi ke belog i ni. heheh!

10. my lovely frenz - Roshafiza (nama penuh lagi kau) dan GG. Nanti raya kita jumpa kita snap snap yer hehehe nak letak muka korang kat belog i ni...boley?

hmmmm...ramai jugak kawan haku ni ye. hehehe..

Kepada mereka semua haku ucapkan:

Selamat Hari Raya
selamat pakai baju baru, kasut baru, kete baru, henpon baru, rumah baru, gelang emas baru, serba serbi baru la kan?
Maaf mana mana yang terlebih dan terkurang
Halal kan yang termakan terminum.
Terasa terusik itu semua biasa.
Jangan disimpan di dalam hati.
Berhati hatilah di jalan raya.
Semoga kita bersua kembali dan sambut raya sama2 di sini. Kalau ado rezoki den buek lah openhous kalau tak do den ontok ontok yo la (tak do openhaus la tu..) ekekekkeke.. 

eh udah udah la ye..aku nak balik ni kain baju tak kemas lagi malam ni nak balik kampung.

~Adios!~

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...