Hari ni 13 Mei 2010, my two princess start their Mid Year Exam. Sekolah pagi punya means Sekolah ABIM or sekolah Agama. Tak tahu lah princess ummi yang dua orang tu dari pengamatan seorang Ummi princess berdua tu tak minat sekolah pagi/sekolah agama. Tak tahu lah kenapa. Nak cakap susah...agak lah..budak budak mungkin kot rasa susah dengan tulisan Jawi dan bahasa Arab nyer. Ummi yang basic sekolah Arab ni pun kadang kadang ambik masa bila tengok homework bahasa Arab princess Qiqin n Nina tu..ngeh ngeh ngeh.. Lagipun sekolah agama diaorang ni lain macam sikit silibus nyer.
Walau apa pun, Qiqin n Nina good luck both of you! Ummi dan Babah selalu dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak anaknya. Dan, seperti biasa kalau result best adalah present nyer walaupun tidak lah semahal mana kadang tu hadiahnyer cuma makan McD dan pergi playground jer. Itu adalah sebagai satu penghargaan dan dorongan untuk terus maju dalam pelajaran.
p/s: Tak de pulak gambar sekolah pagi ni. Nanti ummi ambik gambar sekolah Qiqin n Nina tu ye..
...kerana kita semua adalah sama. Warna2 indah sang rerama dan wangi harum si bebunga akan hilang bila sampai waktunya, begitulah kita...
Wednesday, May 12, 2010
Aku dan Diri ku...ngeh ngeh ngeh
Perkara : Menghadiri Taklimat
Tarikh : 12 Mei 2010 (Rabu)
Masa : 9.30 am - 12.00 noon
Tempat : Di Salah Satu Dewan dalam UiTM
Aduyyaaaii...macam manalah nama aku boleh naik ni? hish...taklimat cenggini pulak tu. Disebabkan rasa tanggungjawab aku hadirkan diri jugak lah.
10.00 am - bermula taklimat
10.08 am - huwaaagh....(menguap)
10.26 am - k.mai...ngantuk la.... (cakap ngan kawan kat sebelah)
10.40 am - bila nak habis ni? (cakap dalam hati)
10.46 am - Nab, ko faham tak? (k.mai tanya)
Langsung!Tak faham....kih kih kih...(mengekek berdua)
10.55 am - huwaaaagh...(menguap lagi)
11.05 am - Jakel...Gulatis...Ariani...SACC...Komplex PKNS...
(hahahahha kepala otak dah merayau sekitar Bandaraya Shah Alam ni!)
11.24 am - toleh kiri kanan sambil tengok baju, tudung, kasut, handbag orang yag ditoleh...muahahahaha
(ada ke patut!)
11.30 am - makan KFC ke?McD? ke A&W? Pizza ok jugak atau Seksyen 6 banyak choice...tak pun kat Komplex PKNS tingkat atas sekali tu...hehehehehe....(kepala otak sekali lagi merayau mencari tempat makan yang best)
11.45 am - hah! dah dekat nak abis ni... hehehehe...
11.52 am - ish....lambat plak nak sampai pkul 12.00 ni..
11.55 am - mata ku dah layu.....huwaaaaa!
12.00 noon - huhuhuhu! akhirnya abis jgk taklimat ni....
Legaaaaaa......
p/s: Kalau macam ni lah gaya nyer ko hadiri sesi taklimat baik buang jauh jauh perasaan nak sambung belajar tu Cik Nab Oiiii!!!! Ada hati nak sambung belajar konon! hahahahhahahaha.....

Apa Nak Jadi Ni???
Aku dilanda kemalasan untuk meng'hup-date' blog ku ini.....begitu banyak cerita yang ingin dikhabarkan tapi...aku tak de mood! Macam mana nak bagi mood menulis ni datang balik? Idea ada mood yilek!
Tunggu je lah sampai i ade mood erk...can cin cau...

Saturday, May 8, 2010
Tidaaaaaaak....!
Lihatlah apa yang telah terjadi pada meja jati kesayangan ku ini...Gerangan siapakah empunya angkara ini?
Di mana kan ku cari ganti serupa dengan mu....
Thursday, May 6, 2010
Ketentuan Illahi
Tidak ada KEBETULAN dalam Islam. Everything is fated. Only interchanged by God's will, effort and doa.
Ya. Dan ketentuan Allah itu datang dengan bermacam bentuk dan rupa. Samada kita rela ataupun tidak terpaksa mengharungi dugaan dan ujian tersebut.
Jangan dilupa kegembiraan, kebahagiaan, kekayaan, kejayaan juga adalah dugaan dan ujian dari Allah s.w.t. Yang pasti setiap kejadian Allah punya hikmahnya yang tersendiri.
p/s: hmmmmm....1malaysia & 1israel...satu kebetulan or what? heheheheh...

Tuesday, May 4, 2010
Sesekali Poyo Apa Salahnya...hehehehhe..
Ahaks! apa lah punya tajuk entry aku kali ni! Bukannya haper kadang kadang geram dibuatnya bila baca status orang orang yang POYO kat 'mukabuku' tu...huhuhu! 'Ntah apa la motif diorang tu berbuat begitu...suka hati diorang lah. Aleh aleh hari ni aku pulak nak poyo kat 'mukabuku',bley?
Hari ni bila nak hup-date blog Butterflies & Flowers ni tak boleh plak. Agak hangin suam suam kuku sikit la sebab tengah ada idea hehehe... Sifu Wan pulak bagi idea baeeeek punya, "pakailah berukben". Ha'ah erk apasal tak terpikir dari semalam. Ni Sifu Wan ngan Sifu Reza punya kerja lah yang dok menggodik godek PC opis ni. TQ Sifu!
Hah!hambek kau. 'Korang' main kasar erk? Tak pe tak pe....jeng jeng jeng....aku guna 'berukben' aku! muahahahahha....
Selepas berlagak minor poyo ni idea nak menulis tadi terus hilang....conclusionnya, aku memang tak boleh nak poyo. Allah marah terus ditarik balik idea aku tadi. Padan muka aku! Insaflah wahai ummah...
p/s: Berhati hati lah sebab sifat dan sikap poyo ni kalau tak dibuang jauh jauh akan berjangkit kepada anak anak pulak. Bapak borek Anak rintik...

Monday, May 3, 2010
Nasi Lemak Sambal Sorong Telur Goreng Mata Kerbau, Satu!
Kriuuukk...Kriuuukk...
Ala...perut dah berbunyi mintak di isi...
Mata memandang tanpa berkelip.
Aroma terus menerpa hidung.
Kecur air liur dibuatnya.
Tangan tanpa berlengah mula menyudu.
Mulut terus menganga minta di isi.
Dapat juga akhirnya Nasi Lemak Sambal Sotong Telur Goreng Mata Kerbau kat kafe hotel ni.
Ku kunyah perlahan lahan sekali.
Bukan kerana ingin menikmati keenakannya.
Bukan juga kerana ingin mengunyah 40 kali.
Juga bukan kerana ingin menghayati kehebatan masakan hotel.
Tetapi kerana....
Gigi geraham ku dah tak cukup korum....huwwaaaahhh!!!
Moral of the story: Jangan makan makanan yang keras seelok eloknya makan je lah bubur...ngeh ngeh ngeh.

Anak anak Melayu Kita...Di mana?
Kes A
Tempat : Stesen stesen Petrol
Pekerja : Warga asing - Bangladesh dan yang serumpun dengannya.
Kes B
Tempat : Kilang kilang Industri
Pekerja : Warga asing - Bangladesh, Indonesian dan yang sewaktu dengannya.
Kes C
Tempat : Tokey Restoran @ Warung makanan dan Kedai runcit
Pekerja : Warga asing - Indonesian, Bangladesh dan yang seiras dengannya.
Kes D
Tempat : Kawasan pertanian eg. ladang kelapa sawit
Pekerja : Warga asing - Indonesian dan yang sewarna dengannya.
Ini hanyalah beberapa kes yang sering saya lihat di sekeliling kita. Walaupun secara dasarnya kerja kerja yang dinyatakan di atas adalah bidang kerja yang tidak glamour (langsung!) tapi kalau dah semua warga asing yang buat....mana perginya anak anak muda melayu kita?
Well...kalau nak cakap semua anak Melayu kerja pejabat sedia maklum pejabat pejabat di kilang industri biasanya dimonopoli oleh pekerja berbangsa Cina atau pun India dan bangsa Melayu golongan minoriti sajer. Hmmm....mungkin berada di pejabat pejabat kerajaan. Boleh diterima tapi berapa banyak Jabatan kerajaan dan badan berkanun kat Malaysia ni? Tertampungkah? Itu pun ramai yang dah veteren, yang dah kerja berpuluh puluh tahun tunggu pencen 5 6 tahun lagi! Berapa peratus yang muda?
Persoalannya sekarang ke mana dan di mana anak anak melayu muda kita?
A. Pusat pusat Serenti
B. Penjara
C. Pusat pusat Pemulihan Akhlak
D. Tanam Anggur dan Berpeleseran
E. IPTA & IPTS
Risau sungguh bila melihatkan fenomena ini sementelah saya juga ada 3 anak dara yang sedang membesar. Fuh! berpeluh dingin kalau difikir fikirkan pasal anak anak ni. Sama-samalah kita sentiasa berdoa semoga anak anak kita sentiasa dibawah lindungan san kesejahteraan Allah SWT. Amin....
Menurut Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w bersabda dalam sepotong hadis yang bermaksud, “Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka kedua ibu bapalah yang mencoraknya sama ada menjadikannya Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.”

Thursday, April 29, 2010
Jeng jeng jeng....
Nanti kan kemunculan nya....
Apa?
Rahsia.... Tunggu jer la...
Hehehehhe...kene rajin bukak blog ini la nampaknya kalau nak tahu kisah selanjutnya.
Jangan marah....nanti kene jual!
Moral of the story: Jangan suka marah marah. Cool man...cool.... (mengingatkan diri sendiri jugak ni). 'ntah apa apa 'ntah...hahahhaha

Tuesday, April 27, 2010
Diet jangan tak diet...hahahahhaha
Lately, telingaku sering diasak dengan perkataan DIET. Orang tu nak diet. Orang ni nak diet. Si A ni nak diet. Si Z tu pun nak diet! hmmm..ramai betul orang nak berdiet ni ye...Suka suki jer nak diet.
Cerita pasal orang diet ni nak tergelak pun ada. Bukanlah nak mengejek. Jauh sekali. No! no! no! I dulu pun gemuk jugak lah. Tak caya? berat i dulu kalau tak cecah 60kg tak sah. Makan tido jer kerjanya . Balik sekolah dah penat makan lah dulu kan? Dah kenyang pi bantai tido sampai pukul 5.00. Mana tak bulat macam anak gajah!ngeh ngeh ngeh...
Macam macam ragam orang berdiet ni ye. Beratus ratus ('ntah 'ntah beribu!) duit habis untuk beli minuman diet dan ubat ubat diet. Tapi yang pasti bila berdiet mereka tidak mahu makan nasi. Langsung! (Ni ajaran sesat mana korang ikut ni?) Atau pun makan nasi dalam kuantiti yang....buat tahi gigi jer! (Lagi gila). Tapi dia punya lauk pauk ayam daging ikan sayur 3 4 jenis! umang aiiii.... I nengok pun ngeri!
Ada juga yang menggantikan nasi dengan makanan lain contoh roti, biskut, sepegeti, mee hoon atau makanan karbohidrat yang lain tapi penuh berlemak (tanpa disedari). Apa guna diet kalau makan roti (yang putih biasa bukan yang wholemeal) sampai 7 8 keping + air manis (milo/teh tarik la senang cakap) = baik tak payah diet Minah oiiii!!!!
I ni bukanlah pakar dalam bab makan makan ni tapi sedikit sebanyak kenalah ambik tau jugak kan? Bukan ke breakfast itu lebih penting? Bukan ke diet itu maknanya makanan seimbang? Makanan kita perlu ada nutrien, karbohidrat, protein, segala macam mak nenek punya zat, natrium bla bla bla...
Cakap banyak pun tak guna nak tahu lebih lanjut serve la internet...maklumat ada di hujung jari anda kan. Gunakan kemudahan yang ada sebaik mungkin, bley?
Moral of the story :
Buat baik berpada pada buat jahat sikit sikit sudah la
Orang diet awak pun nak diet orang kurus awak macam tu jugak...
hahahahha...apa da...

Monday, April 26, 2010
Satu Impian...
Korang ingat ape? den punyo impian ko? heheheh bukan lah...lirik lagu Juara Idola Kecil 2. Best lagu ni. I like!! Belum reti nak download tu bagi lirik jer...
Satu Impian - Dayana
Di sini aku mencari
Akhirnya aku temui
Kuntuman asmara berbunga di hati
Kau dan aku berjanji
Dan ternyata sudah bayang dicipta
Berbalas tanpa ada dusta
Menerusi hati
Berserak rasa
Sebalik udara
Inilah erti pengorbanan
Kasih yang kuberikan
Kisah hidup yang masih panjang
Kucari jalan kesudahan
Satu impian
Satu Impian - Dayana
Di sini aku mencari
Akhirnya aku temui
Kuntuman asmara berbunga di hati
Kau dan aku berjanji
Dan ternyata sudah bayang dicipta
Berbalas tanpa ada dusta
Menerusi hati
Berserak rasa
Sebalik udara
Inilah erti pengorbanan
Kasih yang kuberikan
Kisah hidup yang masih panjang
Kucari jalan kesudahan
Satu impian
Subscribe to:
Comments (Atom)
Hebat ke
"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...
-
Kalau ikut hati tidak ingin aku membantu kalau ikut hati kubiarkan saja membatu kalau ikut hati kudiamkan saja membisu kenapa ...
-
sungguh tidak bermaya. masih mencari kesesuaian. hati dan perasaan tidak berpijak di bumi nyata. Adakah kerana penghijrahan ini? atau ...