Tuesday, April 27, 2010

Diet jangan tak diet...hahahahhaha

Lately, telingaku sering diasak dengan perkataan DIET. Orang tu nak diet. Orang ni nak diet. Si A ni nak diet. Si Z tu pun nak diet! hmmm..ramai betul orang nak berdiet ni ye...Suka suki jer nak diet.

Cerita pasal orang diet ni nak tergelak pun ada. Bukanlah nak mengejek. Jauh sekali. No! no! no! I dulu pun gemuk jugak lah. Tak caya? berat i dulu kalau tak cecah 60kg tak sah. Makan tido jer kerjanya . Balik sekolah dah penat makan lah dulu kan? Dah kenyang pi bantai tido sampai pukul 5.00. Mana tak bulat macam anak gajah!ngeh ngeh ngeh...

Macam macam ragam orang berdiet ni ye. Beratus ratus ('ntah 'ntah beribu!) duit habis untuk beli minuman diet dan ubat ubat diet. Tapi yang pasti bila berdiet mereka tidak mahu makan nasi. Langsung! (Ni ajaran sesat mana korang ikut ni?) Atau pun makan nasi dalam kuantiti yang....buat tahi gigi jer! (Lagi gila). Tapi dia punya lauk pauk ayam daging ikan sayur 3 4 jenis! umang aiiii.... I nengok pun ngeri!

Ada juga yang menggantikan nasi dengan makanan lain contoh roti, biskut, sepegeti, mee hoon atau makanan karbohidrat yang lain tapi penuh berlemak (tanpa disedari). Apa guna diet kalau makan roti (yang putih biasa bukan yang wholemeal) sampai 7 8 keping + air manis (milo/teh tarik la senang cakap) = baik tak payah diet Minah oiiii!!!!

I ni bukanlah pakar dalam bab makan makan ni tapi sedikit sebanyak kenalah ambik tau jugak kan? Bukan ke breakfast itu lebih penting? Bukan ke diet itu maknanya makanan seimbang? Makanan kita perlu ada nutrien, karbohidrat, protein, segala macam mak nenek punya zat, natrium bla bla bla...

Cakap banyak pun tak guna nak tahu lebih lanjut serve la internet...maklumat ada di hujung jari anda kan. Gunakan kemudahan yang ada sebaik mungkin, bley?

Moral of the story :
Buat baik berpada pada buat jahat sikit sikit sudah la
Orang diet awak pun nak diet orang kurus awak macam tu jugak...
hahahahha...apa da...

2 comments:

shida mj said...

nab apa rahsia boleh kurus..hehe 60kg tu bukan senang nak kurus.. diaorg tu kena belajar ngan nab...

apple hijau said...

ntah la k.shida...dah tak kuat tido kot....hahhaha. dulu kuat tido!

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...