Tuesday, January 18, 2011

Duhai Hati...

Duhai hati..
sabar lah
tabah lah
tenang lah
kuat lah
kukuh lah

Duhai hati..
jangan berkata kata
alunkan kalimah indah nan suci
bersihkan diri mu

Duhai hati..
layarkan ia pergi
terbangkan ia jauh jauh
tanamkan ia dalam dalam
robohkan rindu itu
dinginbekukan cinta itu

Duhai hati..
biarkan
relakan
lepaskan

Duhai hati
ikhlas kan lah...

kembalikan hati ku...

by: zmj~18Jan2011

p/s: Ya Allah, ku mohon padamu dengan sungguh sungguhnya,
doa dan sujudku hanya pada-Mu, Ya Rabb.

salam sayang,
dari haku yang telah mencuba berbelas tahun dulu...

~Adios!~

Monday, January 17, 2011

TV3 gila rating ke hapa ni??

Salam 'alaik...

Huh. tajuk macam marah jer ni..heheh

Sejak dua menjak ni haku tengok TV3 ni suka buat rancangan2 'ntah hapa hapa. Oh! tolong lah...

Siapa ada tengok siaran langsung Wanita Hari Ini edisi Isnin 17 Januari 2011. Salahkah besarkan payu dara? Cis, memalukan! sungguhpun dunia umumnya sudah berfikiran terbuka (khonon!) janganlah semua perkara nak dijadikan bual bicara. Haku tak tengok tapi baca kat paper jer..ekekeke..

Bila sudah ramai yang mengkritik, ini balasan WHI dlm FB (haku retype semula)

WHI : Sila bagi pandangan dari segi perubatan dan penampilan diri. Yea kami tahu, dari hukum memang berdosa. Tetapi perbincangan kami ialah dari sudut perubatan dan kosmetik, bukannya agama yang dah jelas hukumnya. Harap semua jelas...:) Terima kasih

Hello dek noon..bila Allah SWT telah menegah, melarang, mengharamkan sesuatu itu kompem kompem ada sebab dan musababnya yang sangat2 munasabah. Yang manusia macam kita semua ni tak tercapai dek akal nak memikirkannya. Tak payahlah susah susah nak bincang dari sudut perubatan dan kosmetik semuanya jelas nyata dan terang. Haram tetap haram.

Kenapa Allah haramkan babi?
Kenapa Allah haramkan arak?
Kenapa Allah haramkan zina?
Kenapa ada Rukun Iman dan Rukun Islam?

Haku bukan marah. Semua orang berhak menyuarakan pendapat dan pandangan masing2. Berhak memberikan apa jua perkara untuk dibincangkan. Bersopanlah. Berfikirlah. Banyak lagi bahan ilmiah yang boleh meningkatkan martabat wanita.

akhir zaman ni terlalu ramai bijak pandai. Oleh kerana kebijakan dan kepandaian itu lah mereka menjadi bingai!

salam sayang,
dari haku yang tidak tahu apa2 lagi banyak dosa!

~Adios!~

Sunday, January 16, 2011

PadaMu Ku Bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Padamu


~Adios!~

Saturday, January 15, 2011

Berpisah Jua...

Tajuk lain macam jer...ha ha

Dalam pada mencari2 idea nak post n3 tetiba nak tulis pasal perpisahan plak. Perpisahan ada 2. Berpisah cara suka. Dan, berpisah cara duka. Statistik haku jer nih.

Hari Jumaat lepas 14 Januari 2011 hari last kak Mai kat PPS. Rezeki kak Mai dapat pindah ke UiTM Tapah. Pasni turn haku plak la kot. hihi..UiTM Puncak Alam..here i come!! haha..tak sudah sudah berhangan jer haku ni. harap2 resolusi tahun ni tercapai. Masih berdoa. Boss, pasni bagi lah sy pindah plak.

Macam yg haku tulis kat status/wall FB haku: bertemu dan berpisah memang tidak boleh dipisahkan...walaupun memeritkan..hanya org yg pernah mengalami mengerti... ~Adios!~


Status kat wall fb ni haku tulis time diorg bersalaman dan berpelukan. haku pun buat2 sibuk sbb nanti tak pasal2 ujan aku lagi lebat dr ujan k.jun. ha ha.. Tapi kan, tabik spring betul kat kak Mai sebab dia relax jer..hati kak Mai dah jadi iceberg la haku rasa. nak nuntut ilmu k.Mai lah.heheh! Begitu lah adat resam kehidupan. Pertama kali bersua senyuman terukir dibibir. Terakhir kali bersama...senyum juga tapi bertemankan airmata. ermmm...
 
Moga kak Mai akan memperolehi apa yang k.mai impikan. Bagi k.mai mungkin...Perpisahan dalam Kebahagiaan. Bagi orang lain mungkin ia suatu penyeksaan. Doa saya pada k.mai sama macam masa k.mai sambut birthday. Tidak terluah dek kata2 tapi ikhlas. Kenangan dan pengalaman serta pengajaran selama bersama akan dijadikan panduan. Yg baik kita ambil yg tak baik jgn dilayan! ha ha

Sentiasa sedar dan faham dengan jelasnya bertemu dan berpisah tu sama ada mahu atau tidak kita akan laluinya. Memang ada sedih. Memang ada sebak. Walau hebat macam mana pun alternatif kita nak mengelak perpisahan akan tetap terjadi dalam rentetan kehidupan yg bernama makhluk. huh!kenyataan yg menyakitkan. Relakan dengan keikhlasan hati yg tulus dan mulus InsyaAllah kita akan dapat hadapi semua ini.

Kompem lepas ni haku tak nak close lebih2 ngan sapa2 kat opis ni. Persediaan awal nak mengelak ujan berlebihan di kawasan tertentu..huhu!

p/s: macam mana kalau pernah terpisah tanpa rela, bertemu semula...kemudian kene berpisah lagi ke?? tak dapat nak bayangkan bagaimana sedih pedih dan pilunya bila berpisah kali ke2 dgn org yg sama org yg kita sayang orang yg kita rindu org yg kita....ah!lupakan. double triple 'sakit' la kot eh.. Allah hu Akbar...Allah hul Alim...

~Adios!~

Wednesday, January 12, 2011

hanya aku yg mengerti...





let bygones be bygones
fullstop!

boleh ke?
ntah lah.

kalau dulu boleh
sekarang mestilah lagi boleh

itu kata kau
kata aku?

boleh
pasti boleh

hah?
guna bygone spray??
hmmmmmmmmm.........

p/s: ...atau memang aku yg tak mengerti...

~Adios!~

Lipatan Sejarah Semalam aka Imbasan 2010 #1

Salam 'alaik..

2011 hampir 2 minggu kita lalui.  CikAppleHijau percaya kenangan peristiwa sejarah pahit manis masin masam tawar kelat yang telah kita tinggalkan tetap dalam ingatan.

Banyak kenangan dan sejarah perjalanan kehidupan yang boleh dirakam. Bagaimana dengan memoir kehidupan yang tidak boleh disimpan secara 'hardcopy'? Situasi sedih gembira pilu silu gelak ketawa suka duka nestapa dan airmata yangselalu bersangkut paut dengan hati dan perasaan??  Tetap disimpan dalam ingatan dan sanubari. Hingga hujung nyawa akan ku kenang! dia mula daaaah.... ngehngehngeh..

Untuk permulaan #1 ni uols layan jer lah pic2.

Lipatan Sejarah Semalam 1 ~ Team Building Pusat Perancangan Strategik @ Kem El Azhar, Banting @ 8 June 2010.





Biarpun keberadaan kami di sini hanya 1 hari sahaja namun fasilitator yang memang cukup power dan superb menjadikan kami mengalami kegembiraan dan keletihan yang sukar dilupakan.  Pelbagai perkara yang kami dapat. Hadir ke sini umpama baru mengenali rakan sejawat walaupun sebenarnya sudah bekerja bersama lebih 5 tahun! hmmm...tidak terucap dengan kata2.  Biarlah semuanya disimpan di lubuk hati dan kekal abadi dalam ingatan.  

Lipatan Sejarah Semalam 2 ~ Pesta Buku Selangor 2010 @ Kompleks PKNS Shah Alam

Syud, me and Nazurah Aisyah. Luv u bebeh. ha ha..

Kak Mariah - Pengurus Penerbitan JS Publishing. sangat baik orangnyer.

Huh? uols ingat senang ker nak jumpa ngan pebelet novelis mak ni? berpeluh tau mak tunggu theyols ni. hehe... Syud n Nazurah Aisyah. Novel2 dioranglah yang haku dok pegang malam2 kalau bosan atau boring atau moody atau apa2 pun! Novel bukan sebarang novel..bila kita baca novel secara tidak langsung kita akan belajar mempelajari watak2 manusia. Dari situlah kita akan belajar menangani masalah diri sendiri. Mengawasi hati dan perasaan serta keperibadian diri. hmmm...itu pendapat iols ler..pendapat uols..terpulang.

p/s: sumber inspirasi ku hilang entah ke mana...agak2 kalau naik Inspira boleh dapat balik tak inspirasi ku iteww??? ha ha ha..apa daa...

~Adios!~


Monday, January 10, 2011

Suka sangat sangat!

As salam...

Apa tajuk macam gedik gedik jer.. ha ha suka hati haku la labi...

Cuaca kat luar hujan. Cantik jer hujannyer. Subhanallah..memang cantik! Kalau hujan yang tenang damai macam ni..i loike! Lepas hujan pulak ada pelangi. Indah sungguh ciptaan Illahi. Manusia ajer yang suka merosakkan anugerah-Nya. Kalau lah ada camera DSLR Nikon ke Canon ke macam 'orang tu' punya.. ha ha.. kompen dah ambik gambar dari aras 5 bangunan Canseleri ni. hmmmm...tak sudah sudah berhangan hangan!

Satu lagi yang i loike ialah lagu ini.. Sila ambil perhatian saya sangat sangat suka lagu ini. Lebih lebih lagi bila didengar di waktu hujan turun...terus layu mata..heheheh!

Sekuntum Cinta - Wheels
Pertama kali
bersemi dijiwa
oh sungguh indah
mekar mewangi
serikan taman hati
yang selama ini
terbiar dalam sepi
sekuntum cinta
tersunting dihati
oh sungguh murni
setiap ketika
bagaikan mimpi indah
bila saja berada bersama

tersedar dari sebuah lamunan
rupanya berbicara sendiri
kehadiran mu dan keindahan
sesingkat sebabak mimpi
sekuntum cinta
layu tiba tiba
oh sungguh hampa
gugur berkecai
kelopak bunga cinta
ku kutip semuanya
untuk kenangan

Harap maaf belog ini tidak menyediakan perkhidmatan suara untuk lagu ini. ngehngehngeh. Ala..carik jer kat google terus download. Kalau malas bg la email nanti CAH send lagu ni kat korang. small matter la dahling ekekeke..so,enjoy ur self ya!

p/s: entri org ngantuk.

~Adios!~

Saturday, January 8, 2011

malam

Bismillah...

Malam yg sejuk, nyaman lagi indah di sinari bintang2 (eh ada bintang ker?) juga sinaran lampu2 neon.. tapi cik apple hijau kebasahan dek kerana peluh. ha ha...baru siap menggosok baju2 sekolah dan baju kerja big apple daa...itupun tak siap ada lagi separuh...penat seh 20 pasang tuu.. tak masuk baju kerja CAH. jadi.. kita minum dulu! eh silap kita berbelog dulu! gilo..

Kerja2 rumah harus diselesaikan awal sebab esok big apple...seperti biasa..dia mula daaah.. ke luar daerah (rasa pelik pulak dgn perkataan ini heheh...) Adeeeeh...hari isnin nanti kompem kelam kelibut. Pukul berapa lah agaknya CAH sampai ofis. hurmmmm...

Walaupun malam masih muda..malam ada tua muda erk? ha ha.. cukup lah sampai sini. macam tulis surat cinta plak..agaknyer la sbb CAH tak pernah tulis surat cinta. CAH nak sambung baca novel. baru beli la tu.. Kecoh! tajuknya Biarlah YM Berbicara ~ Hanni Ramsul keluaran Kaki Novel.

Selamat malam semua dan sweet dream. Jangan lupa baca doa tidur!

” Ya Allah, dengan nama Engkau aku jalani hidup dan hadapi mati. “

 
p/s: sila YM saya sekarang!!

~Adios!~

Friday, January 7, 2011

Ramalan

As salam...

Ustaz kata.. berdosa kalau kita ramal meramal ni. Itu semua urusan Allah swt. Boleh jatuh syirik kalau percaya. Ec ceh...macam ustazah pulak bunyinya.

Oleh sebab itu, iols berfirasat.. macam nenek kebayan plak. errmmm...Nenek, pinjam perkataan tu ye.. Tahun ini rasanya iols akan bizi seperti tahun 2007. Tahun tu memang bizi giler. Lunch our pun buat kerja dgn lampu terpadam-jimat eletrik khonon! Hari Sabtu pun datang ofis. Balik pun selalu sampai malam. (tapi tahun tu tak dapat plak APC..huhu!)

Sebab apa iols kata tahun ni akan bizi? sebab...berdasarkan cakap2 orang lah. contoh: kalau dalam satu hari tu pagi pagi lagi kita dah ada problem maka sepanjang hari problem dok kejar kita. hah..cam tu lah. Kesahihannya...iols tak tahu. 2011 ni 1st day jer dah macam2. iols bukan jenis berkira pasal kerja tapi bila kene buat kerja yg tak berapa nak favourite...tu yg slow jer kerja tu gerak..hehe

Walaubagaimana pun...walau pun  iols (banyak nyer pun) ni banyak kerja sampai nak runtuh tray atas meja ni..sampai tak tahu nak letak kertas kat mana atas meja ni..sampai tak cukup tempat nak letak fail..sampai tak cukup tangan nak buat kerja yang mana satu... iols masih boleh berfoya foya, masih boleh bergossip, masih boleh bertandang ke bilik nenek kebayan, masih boleh menelefon atau ber Y!M dgn kawan kawan untuk bertanya khabar, masih boleh pergi ke pantry membancuh air milo panas, masih boleh senang senang hati makan kerepek pisang sambil buat kerja dan yang paling penting iols masih lagi boleh tersenyum pada semua orang!

Sebabnya?? Kerja tetap kerja. Komitmen tetap komitmen. Dateline tetap dateline. Hati, perasaan, emosi dan kesihatan badan juga perlu diambil kira. Jangan kerana kerja banyak, dateline nak hantar paperwork or whatever tu hampir tamat membuatkan uols lupa merehatkan diri, lupa untuk menghiburkan hati, lupa pada semua orang! hingga boleh membuatkan orang disekeliling uols pun turut tension. Kita ni manusia babe! bukan robot! eh! macam sesi lepas geram jer  ni...

ofcoz i am not the boss. kerja iols dan kerja uols berlainan tapi itu bukannya alasan... iols sebenarnya tak suka dgn perkataan 'Banyak Kerja' tu. Itu semua alasan. Kau sorang ke yg ada banyak kerja? eh eh...apa marah2 ni. Astaghfirullahalázim...jgn marah2 nanti cepat tua. heh!

p/s: apakah...ramalan ku benar belaka? yang pasti..you never change at all, dear..
~Adios!~

Tuesday, January 4, 2011

keLETIHan

Assalamualaikum....

Nampak gayanya beberapa hari ini tidak dapat nak hupdate apa2. Bukan sebab tak de idea. Sebab keletihan yang berpanjangan. Rushing yang tak pernah abis2. Ayat pun dah tak betul dah. ha ha..

Sesi persekolahan bermula - anak2 yang berlainan sesi. Si kecik yang meragam tak nak gi 'sekolah'. Kerja kerja rumah yang tak pernah selesai.  Kerja pejabat pun jangan tanya lah sentiasa bertambah dari masa ke semasa. Nak gosok baju sekolah. Nak masak. Nak itu nak ini lari sana lari sini...kompem kurus! heheh...

Ini belum big apple kene out station lagi ni. Kalau dah mula outing outing....alamatnya...lintang pukang macam lipas kudung lah CAH. Nak make up pun kat ofis. Mulut? jangan cakap lah....murai pun kene serrunder dengan kelancaran kebebelan dan keramahan kemarahan pada 3princess yang memang menguji kesabaran tu.

Ummi...nak kokong!
i'm tired la baby...
ummi tired?
yes i am.
baby yayang ummi. i love u ummi.
i love u 2 baby.
ummi...nak oklet (coklet/choki choki)
hah?

Aduuuh...budak kecik ni memang kaki bodek.

p/s: azam baru : tidak berbelog2 dan 'bermuka muka buku' pada waktu bekerja. blogwalking? lunch our bolehlah sekejap... malam2 ker kalau mata tak layu awal.

~Adios!~

Sunday, January 2, 2011

pertama

Assalamualaikum....

hari pertama sesi persekolahan tahun 2011. ibubapa dan cikgu2 lah paling sibuk pagi ni. pakcik2 dan makcik2 bas sekolah pun bizi gak. makin ramai pelajar yang naik bas sekolah makin...masyuuuuuk..heh! mak bapak jugak yang....fiuuuuh!...lap peluh. haha..

kelas/kuliah pertama utk pelajar2 ipta ipts. dek nonn2 sekelian...jgn bazirkan duit ptptn yg uols dapat tu bawak bawak lah duduk di alam nyata dek noon...sok dah kerja uols tahu la..langit itu tinggi atau awan lagi tinggi..huh?

ada sesiapa yang baru masuk kerja atau hari pertama di ofis baru? welcome...kerja baik2,ikut cakap orang lama. hah? jangan berlagak hanya kerana uols ada degree master phd. hokey! sijil berkati2 pun kalau tak reti buat kerja dan asyik senyum sumbing pun tak guna,kan?

bagi yang pertama kali jatuh cinta dan bercinta..first love la khonon..jagalah cinta hati anda itu. jaga juga hati anda! jangan kerana i love u, u love me...i folloowww....hancus! ikut nasihat2 yang berguna lagi diguna pakai dari otai2 yang diiktiraf. bukan otai2 yang ditimpa perasaan.

dan yg paling penting...ini adalah entri pertama CAH untuk tahun 2011 ni...huhu! sokongan anda amatlah dihargai.. apa? open table? hehehehehe....nanti. nanti. tengok calendar dulu tahun ini ada ong ka tarak ong. haha..

p/s: buat buat lah happy untuk mendapatkan mood dan mode happy! eerrmmmmm...boleh caya ker yg ni??suka hati haku lah labi!

~Adios!~

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...