Tuesday, October 12, 2010

memaafkan sahabat

Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Begitu juga dengan anda mahupun sahabat karib anda. Ini adalah kenyataan hidup yang tidak dapat dinafikan.  Lantaran itu jangan terkejut apabila suatu ketika sahabat karib kita melakukan sesuatu atau melontarkan kata-kata yang membuatkan anda berkecil hati dan bersedih.

Memaafkan teman yang telah melukakan hati adalah suatu perbuatan yang cukup baik.  Namun sering kali kata maaf hanya di bibir sedangkan anda terus menyimpan di dalam hati rasa yang terbuku. Lalu apakah yang boleh anda lakukan agar benar-benar dapat memaafkan sahabat?? (MIDI bil.94)

p/s: huk huk huk....aku rindu kawan2 sahabat2 aku...banyak betul buat salah kat diorang tu.. uwwwaaaaaaaaaa.....

bersambung...

~Adios!~

Monday, October 11, 2010

Anak Raya

Ups! bukan nak cerita pasal raya lagi tau. cuma adalah sikit kaitan jer.

Layan pic dulu yer...

Ini adalah kek yang di ode khas untuk my3princess. Tertulis nama Qiqin, Nina & Iman di atas kek ini. Bear yang memegang belon2 dan angka 3 yang membawa erti 3princess.

Kerana....
kesemua princess Ummi ini lahir dalam bulan Islam - bulan Ramadhan & Syawal. Qiqin - 1 minggu lagi nak raya. Nina - 1 minggu raya. Iman - 2 minggu raya. Jadi nya....tahun ini tidak ada sambutan hari ulang tahun Masihi untuk mereka. Hal maklum hujung tahun banyak yuran nak kene bayar dek noon... 

Semoga anak anak Ummi akan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin...

~Adios!~


sekilas...siri beraya #3

Salam...

okey. okey. mak tau la syawal dah lama abis. dah masuk musim orang naik haji pulak. ate gambarnya banyak benor tak larat nak menyimpan. sungguh rugi kalau tak dipamerkan. ha ha ha. jadik...layan ajer la yer...(inilah akibat tak hup-date belog udah nyer ketinggalan kapal terbang) hu hu hu..

sekilas...

 open haus rumah Pn Dora - ex bos.

 beraya rumah En. Apad - seremban. harap maap muka mak tak de dlm pic ni. tak payah nak tenung tenung pic ini. heh!

Memasing ceria sebab dah kenyang...Alhamdulillah. Bersedia untuk makan cendol Leman Dawi plak.

Makan makan di rumah my lobely boss - PM Dr Nazip - sijangkang. peeeerrrrgghhh....tidak terkata kelazatan makanan2 nya. psssstt...yg berbaju hitam itu lah tuan rumah.

PPS Raya 3.10.2010. happening. itu jer yang mampu dilafazkan.

Big boss kata...kaki dan tangan yang mencari rezeki di PPS sahaja.
 suka this pic. tapi ada 'slack' skit. he he he...

nak selit gak pic ni. hi hi hi...Ecah dapat duit raya dari big boss...

Bujang PPS. Malu malu tapi mau... wow!

Banyak lagi pic yang menarik tertarik memang deboom. tapi...udah2 le tu...tunggu le raya tahun depan plak. Kebanyakan pic ini adalah belas ehsan En. Yimm dan jurugambar2 profesional & amatur PPS. mak tumpang sekaki jer. langsung tak keluarkan kamera mak yang murah itu. Dan, raya tahun ini semua beraya jauh jauh... Maap, tak dapat join gi rumah En. Yimm, En. Kamal &  Cik Mai - Perak. Ate mak kene join konvensyen kaunseling daa... 

Siri Beraya habis di sini. Ambil air kosong buang teh tarik...ambil yang jernih buang yang keruh la tu maksudnya..... Sekian, terima kasih.

~Adios!~


Wednesday, October 6, 2010

bukan salah ibu mengandung

Salam dan selamat sejahtera tetamu belog ini....

Di pagi yg indah berjerebu ini (dari penglihatan mata kasar cik apple hijau yg rabun ni ler...) mari lah kita renung dan fikirkan bersama2 perbualan dibawah ini ye.

Perbualan antara seorang anak bujang berusia 12 tahun dengan ibunya.

anak bujang : ibu, malam tadi kan kawan2 abang racing motor dekat *tuuutt tuuuuutt (nama tempat dirahsiakan)
ibu : lumba motor?
anak bujang : iyer bu. yang menang dapat RM 1000!
ibu : dapat RM 1000? macam mana boleh dapat RM 1000?
anak bujang : setiap orang yang nak masuk perlumbaan tu kene la bayar RM 100 dulu.  memang lah ada yg kalah, jatuh jatuh, luka luka, berdarah darah pun ada. Tapi sapa menang dapat RM 1000...

perbualan tidak terhenti di situ ate si ibu seorang kaunselor panjang lah soaljawabnya ngalahkan polis pencen. haha...tapi cik apple hijau buat sampai sini ajer la yer.

hmmm...budak berusia 12 tahun maksudnya tahun/darjah 6, kan?
rakan2nya yang berlumba pastinya seumur dan seusia dengan nya. Betul?
mempunyai sebuah motorsikal.
mempunyai wang sebanyak RM100.
perlumbaan pastinya diadakan pada waktu malam. tengah malam lebih tepat. Setuju?
apa lagi?
bagi mereka sakit ke jatuh ke motosikal rosak ke itu tak menjadi hal. yg penting dapat RM 1000.
budak2 umur sebegitu nak buat apa duit banyak banyak macam tu? banyak tu 1000!
anak anak ini berbangsa Melayu. kawan2nya juga pastinya sebangsa dengannya.

Cik apple hijau tidak mahu bercerita panjang. tidak mahu menyalahkan dan menuding jari pada ibu bapa, anak2 itu atau pun pada guru, masyarakat, pihak berkuasa dan sesiapa saja. bukan tidak mahu memperbetulkan yang salah. bukan mahu lepas tangan. tidak. tidak. dan tidak.

Semoga kisah ini memberi sedikit keinsafan dan kesedaran kepada kita semua yang bergelar ibu, bapa, abang, kakak, mak cik pak cik atau sesiapa saja. Renung dan fikirkan sejenak DI MANA SILAPNYA?

p/s: cik apple hijau ada 3 orang anak dara. Kata orang "Menjaga 10 ekor lembu lebih senang dari menjaga seorang anak perempuan" lebih kurang la...

~ADIOS!~

Tuesday, October 5, 2010

hai..apa kabar?

Lamanya tak mengetuk papan kekunci untuk membuat entri kat sini. Belog terchenta ini. Khonon!
Bukannya tak ader cerita. Ada. Banyak. hehehe...
Bukannya tak de mood. Ada. Banyak. errrr..mood boleh dikira ke?
Bukannya tak de masa. Ada. Banyak. 24jam tu Allah bagi sehari semalam pandai pandai lah adjust, kan?
Bukannya tak de semangat. Ada. Banyak. Kuuuuussss semangat! haha..

Alamak!!!
nampaknya terpaksa berhenti sini dulu. kepala PENING tiba tiba. dok tengok PC atas bawah atas bawah dari tadi. Time nak berbolog bolog pening pulak....sambung nanti la bila bila yer ... ~ADIOS!~

Monday, September 27, 2010

senyum seindah suria...

senyum ada macam macam senyum.

ada senyum ikhlas tapi jauh.
ada senyum paksa rela.
ada senyum kambing gurun.
ada senyum sumbing sengih.
senyum skima pun ada.
senyum stereotaip pun ada.

contoh nya senyuman seperti mereka ini...dari bapak ke mak ke anak sama jer gaya nyer...heheheh...

lepas ni kene senyum iklan colgate pulak.

~Adios!~

dah dapat jawapan kepada soklan-statement cepumas a.k.a membunuh.

Salam & hello eberi bodi...

cik apple hijau dah dapat jawapan kepada soklan-statement cepumas yang berikut:

1. bila nak pregnant lagi? kan U belum dpt baby boy..
2. tak nak cuba lagi ke kot dapat lelaki pulak.
3. suami kau tak kisah ke anak semua girl?
4. kau tak nak anak lelaki ker??
5. anak 1st lelaki, nanti 2nd nak anak pompuan pulak la. takkan lelaki lagi. kan?

hamboi hamboi hamboi soklan-statement....membunuh! hahaha...tapi tak kecik hati pun...tak kuasa mak nak kecik kecik hati ni nyah. mak yang gila nanti nyah oiii! Semua itu kan kuasa Allah Yg Maha Mengetahui, kan? Kekadang penyoal penyoal ni lupa pada Kekuasaan itu. Maafkan lah mereka....ahaks!

Nak tau apa jawapan kepada soklan-statement iteww?? jeng jeng jeng....

1. Saya suka beli gaun!
2. Saya memang suka tengok, pegang pegang dan beli baju budak perempuan.
3. Baju, kasut, stokin budak perempuan semua lawa lawa.
4. Aksesori untuk budak perempuan (getah, cekak, sepit rambut etc.) peeeerrrgh...fashionable dan sunggggguh menggeramkan. cute jer semua tu.
5. Budak pompuan boleh pakai gelang tangan, rantai leher, gelang kaki... (walaupun haku tak mampu sebenar nya emas mahal giler weeyy..)

Hah!waktu bercakap tu buatlah gaya selamba. Gerenti orang yang buat soklan-statement cepumas a.k.a membunuh tu bengang dengan kepoyoan cik apple hijau.

Miahahahahhahaa....hambik kau! Gatal mulut lagi...

Agak agak ada gaya anak bedah tak my3princess ni? hahahaha..

~Adios!~

Thursday, September 23, 2010

gEmURuh...



Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh - Faizal Tahir

p/s: kisah disebalik lagu... bersambung...

~Adios!~

acara potong kek. lagi.

Salam...

Warga PPS ni memang sentiasa meriah. Sebab?
sebab... orang orang nya suka buat acara potong kek.
sapa pulak punya beday hari ni?
jeng jeng jeng...

Jom ikut cik apple hijau ke tempat biasa. Pantry la... mana lagi.

eeh...kita tengok kek dulu la. nyum nyum...dilices mabeles trabeles!

Ya ampuuun...yang kat belakang tu kenapa tu?

amboi amboi amboi kak zaidar...

alamak! gambar kurang memuaskan plak. terkejut kot sebab beday boy memberi pose yang sungguh menawan. (ala releks la Jan..)

dah.... merenung masa depan pulak ke? baru je potong kek. dah jangan difikir fikir umur yang makin banyak tu. old at aged, young at heart. ha ha ha... (gambar tak berapa clear jgk la)

untuk beday boy (bukan boy tu untuk kanak2 rebina ker?)
selamat hari lahir.
moga sentiasa dalam keberkatan usia
dan kemurahan rezeki.  
naik gaji.
boleh belanja lagi.
dan boleh cepat kawin. hik hik hik


~Adios!~

dah ok. kot.

hari ni dah ok kot.
tiga empat kali dok klik klik
dah tak keluar dah
hantu jentayu.com tu...

alhamdulillah
boleh lah terus memegang title blogger tegar
eerrrrrr....blogger tegar?
miahahahahaha...
apa apa ajer lah labi

terima kasih pada En. Yimz yang banyak membantu.
terharu rasanya.. huk huk huk...
terima kasih daun ubi ye Yimz.

musykil musykil...
mana pergi si budak Nuar ni.
memang nak kene WakSuQun ni...
oh! tau tau...
dia bzzzzzzzt
mengalahkan sang lebah
bzzzzt bzzzzt.....
hi hi hi (melalut plak)

~Adios!~

Monday, September 20, 2010

some. one. hacked. my. blog.

uwaaaa...tolong la... bila klik pd URL http://pu3ofmine.blogspot.com/ ni dalam masa 2 saat terus gi laman sesawang JENTAYU.COM.

tak caya?cuba. try. test.

ada orang telah mengkocar kacirkan blog ini...

huwaaaaaa....

Nuar! tolong lah...
eerrrr....
kenapa Nuar?
siapa Nuar?
Nuar ialah...dot dot dot
tungggggguuuuuuuu....

p/s: sungguh jahat orang iteww...

~Adios!~

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...