Gara gara Piala Dunia ni Sutun pun diorang percaya. hahahahha...tak pasal pasal satu dunia memuja muja Paul si Sutun itewww..
Kalau lah Sutun boleh bercakap mesti dia dah gelak besar, Apalah punya bodoh manusia2 ni. Aku kelentong sikit pun diorang percaya. Bukan ke itu semua Tuhan punya kuasa.
p/s: Nasik lemak sambal sutun satuu!! hihihihi...
~Adios!~
...kerana kita semua adalah sama. Warna2 indah sang rerama dan wangi harum si bebunga akan hilang bila sampai waktunya, begitulah kita...
Friday, July 9, 2010
pikir abis abis..
Yes! aku dah jumpa! Lama dah carik baru pagi ni jumpa. Sebenarnya sebelum ni pun carik gak cuma tak carik betul betul.huhu! Thanx Ya Rahman.
Masalah nyer sekarang...sudah tetap ke pendirian tu? fikir dulu abis abis. Se abis mungkin. Jangan menyesal nanti. Waaaa....Ya Rahim, tolonglah aku!
Istikharah? hikhikhik...aku tak pernah buat sebab...??? no answer.
p/s: satu jer tak jumpa lagi - kad staf. hikhikhik...berbulan dah jadi orang asing. Bila nak buat kad baru ni?!!!

Thursday, July 8, 2010
Huwaaah...tolong lah! Camne ni?
Cik apple hijau dilanda kemalasan tahap gaban. Gaban pun tak malas macam ni.
Tanak lah baca buku PKPA dan Perintah Am tu weh....tak best. Langsung! Kalau bagi baca buku cerita tebal macam mana pun cik apple hijau sanggup. Ini??huwaaaah....tanak baca boleh tak? bawak buah dadu la. hikhikhik...
Aaaaarrgh! tak suka tak suka tak suka....
p/s: Ada soklan bocor tak? sapa ada? sila pm saya.

cikgu oh cikgu part 2
Pada awalnya memang cik apple hijau nak sambung entri seperti yang dijanjikan. Dah draf dah pun apa benda yang nak ditulis pada entri ini. Bila fikir punya fikir...hmmm tak payah lah. Tak baik. Tau je lah cik apple hijau ni kalau marah segala benda yang tak sepatutnya akan terkeluar dari mulut cik apple hijau ni! dah nama pun apple hijau yang keluar pun masam semacam jer la (waktu marah jer le)...hikhikhik.
Cik apple hijau bukan tak mengenang jasa guru guru. Bukan nak mengutuk. No no no! Malahan cik apple hijau sangat sangat menyanjungi pekerjaan mulia ini dan jasa mereka. Cik apple hijau tau 3M (membaca menulis mengira) pun cikgu yang ajar. Sampai sekarang dah tua ni pun masih memerlukan seorang guru cuma sekarang ni tidak lah panggil guru/cikgu. Panggil sifu. Tunjuk ajar ku sifu! I banyak sifu kat opis ni.
Harus diingat ibu bapa menghantar anak anak ke sekolah dengan sejuta harapan (mungkin lebih) agar anak anaknya menjadi bijak pandai yang berguna. Walaupun cik apple hijau tahu guru guru hanya menyumbang 20% sahaja dalam kejayaan seseorang pelajar itu. Pelaburan ibu bapa juga bukannya sedikit silap silap haribulan boleh dapat Honda Jazz! Jangan hancurkan kepercayaan ibubapa.
Jadi, cikgu cikgi sekelian, sucikan lah hati mu. Janganlah dok komplen komplen anak murid. Akan memakan diri nanti. Cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar, cakap depan depan???buruk padahnya! Jangan pandang rendah pada orang lain. Cikgu tak semestinya betul! Sori statement ni memang melampau! Itulah hakikatnya. Boleh terima atau tidak…terpulang. Fikir fikirkan lah wahai cikgu cikgi sekelian.(ada ker cikgu baca blog ni???) kwang kwang kwang....
Don’t judge a book by its cover! Mungkin aku hanya anak seorang penoreh getah, mungkin juga aku anak seorang pekerja perbandaran. Rezeki yang halal akan membawa kejayaan. Anak seorang penoreh getah juga mampu menjadi seorang doctor. Anak seorang pekerja majlis perbandaran juga berhak menjadi seorang Naib Canselor! Anak cikgu pun tak semestinya jadi 'orang terpandang'. Huhu..
p/s: Rindu lah kat Yam. Yam, jadi cikgu elok elok ye. Jangan nakal nakal tau Yam...
~Adios!~
Sekolah cik apple hijau - SKSB. Sekarang my2princess sekolah di sini juga. Ni jer yang sempat disnap. Padahal bangunan baru dah siap. Cukup cukup la tu...buat syarat.
Cik apple hijau bukan tak mengenang jasa guru guru. Bukan nak mengutuk. No no no! Malahan cik apple hijau sangat sangat menyanjungi pekerjaan mulia ini dan jasa mereka. Cik apple hijau tau 3M (membaca menulis mengira) pun cikgu yang ajar. Sampai sekarang dah tua ni pun masih memerlukan seorang guru cuma sekarang ni tidak lah panggil guru/cikgu. Panggil sifu. Tunjuk ajar ku sifu! I banyak sifu kat opis ni.
Harus diingat ibu bapa menghantar anak anak ke sekolah dengan sejuta harapan (mungkin lebih) agar anak anaknya menjadi bijak pandai yang berguna. Walaupun cik apple hijau tahu guru guru hanya menyumbang 20% sahaja dalam kejayaan seseorang pelajar itu. Pelaburan ibu bapa juga bukannya sedikit silap silap haribulan boleh dapat Honda Jazz! Jangan hancurkan kepercayaan ibubapa.
Sekolah Agama my2princess.
Jadi, cikgu cikgi sekelian, sucikan lah hati mu. Janganlah dok komplen komplen anak murid. Akan memakan diri nanti. Cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar, cakap depan depan???buruk padahnya! Jangan pandang rendah pada orang lain. Cikgu tak semestinya betul! Sori statement ni memang melampau! Itulah hakikatnya. Boleh terima atau tidak…terpulang. Fikir fikirkan lah wahai cikgu cikgi sekelian.(ada ker cikgu baca blog ni???) kwang kwang kwang....
Don’t judge a book by its cover! Mungkin aku hanya anak seorang penoreh getah, mungkin juga aku anak seorang pekerja perbandaran. Rezeki yang halal akan membawa kejayaan. Anak seorang penoreh getah juga mampu menjadi seorang doctor. Anak seorang pekerja majlis perbandaran juga berhak menjadi seorang Naib Canselor! Anak cikgu pun tak semestinya jadi 'orang terpandang'. Huhu..
p/s: Rindu lah kat Yam. Yam, jadi cikgu elok elok ye. Jangan nakal nakal tau Yam...
~Adios!~
Wednesday, July 7, 2010
Damai....
Orang kata...
Suaranya sedap.
Peminatnya ramai.
Lagunya pun hebat hebat belaka.
Evergreen.
Tarik nafas.... Hembus.... Relax... Layaannn...
Moga damai menerjah hati...
p/s: Selepas ini ada lagi lagu best. Tunggu!teruskan bersama cik apple hijau. huhu...

ta daaaa....
Jangan terkezut.
Jangan alihkan blog ini ke blog seterusnya.
Anda memang berada di blog yang betul. Butterflies n Flowers by cik apple hijau.
Again! try & success. Bukan try 'n' take yer my dearest readers.
Tunggang langgang la pulak jadinya layout blog ni. hehehhe...akan diperbaiki dari masa ke semasa.
Sebenarnya cik apple hijau dah lama nak tukar template blog ni tapi tak berkesempatan. Nak cari template bukannya boleh jam jam tu. Aduh mau juling mata. Beberapa hari lepas ada berkenan satu template tu tapi hari ni carik balik tak jumpa. Jumpa yang ni cuba punya cuba...boleh lah. Nampaklah dewasa sikit.
Tapi kan, template ni macam feminin nyer la hai. Ala ala gaya wanita melayu terakhir. Cakap kene sopan santun suara antara dengar tak dengar ajer. Muka pun tunduk ke bawah silu siluan gitu. hahahhaha...jauh panggang dari api! kalau nak dibandingkan dengan cik apple hijau ni. Eh!nanti jap, sesuai ke template yang keayu ayuan ini dengan gelaran cik apple hijau??hehehe suka hati aku la labi...blog aku.
moral of the story: Bukan semua yang kita suka orang lain pun akan suka. Begitulah juga sebaliknya. Terimalah seadanya dan bersyukurlah.

Tuesday, July 6, 2010
Apa ni????
Pengunjung blog ni jangan lah cakap yang empunya blog ni tak de kerja pulak ye...hihihi...buat 'kerja' ni time tuan Dr. tak de. Dok snap snap...pastu ontok ontok jer kat tempat duduk... ye lah dulu cik apple hijau dok merayau kat tempat Puan Sri tu ada yang ber pssst pssst psst... jadinya, cik apple hijau sekarang buat lah kerja sendiri takkan itu pun tak boleh...jangan risau kerja cik apple hijau dah settle (buat masa ini).
Nak tayang gambar yang bagi cik apple hijau menarik. Kalau pengunjung blog kata tak menarik langsung @ ntah apa apa ntah @ boring jer.... ada aku kesah???(tiru sifu punya ayat).

Lollipop pemberian Prof Pau kepada Encik KMK. Gambar diambil time lunch tengahari semalam. Rasa macam cantik jer bila dua batang lollipop berbentuk hati warna biru dan hijau digandingkan di atas tray. Hati terus tertarik dan tangan pun terus tekan capture! Ssyyyy...jangan beritahu Encik KMK ye yang saya ambil gambar lollipop dia.
Hellloooo....ini bukan banner filem terbitan UiTM yg terbaru yer...ini adalah kad jemputan kahwin daripada kak Aziah - exEO PPS. Majlis walimah anak sulungnya Ku Intan. InsyaAllah kalau tak de apa apa hal kami warga PPS(bila dilantik jadi jurucakap PPS ni cik apple hijau?) akan hadir ke majlis yang pastinya grand & glam. Betul tak kak Aziah? hehehehehe....
Ini isi kandung kad tersebut. Nampak tak nama cik apple hijau? hikhik... Bila tengok kad ini memang rasa kad ni sangat cantik dan penuh simbolik. Ada cerita di sebalik kad yang istimewa ini. Lain dari yang lain. Ye lah...idea makin berkembang selari dengan zaman yang berjalan merentasi waktu. Apa aku tulis ni? hantam sajalah labi...aku pun tak faham!
p/s: sesekali kene kosongkan minda. Tu yang buat kerja yang bukan bukan ni... Benda benda yang tidak memerlukan otak untuk berfikir. Tapi....bila dah menulis mestilah kene gunakan otak untuk fikirkan ayat ayat cinta nyer, kan?apa apa ajer lah...
~Adios!~
cikgu oh cikgu
Tajuk entri kali ni macam tajuk cerita upin & ipin jer...sepy oh sepy (sori ejaan aku tak hengat) ala...yg kisah lembu hilang tu...
Cik apple hijau dapat ilham nak buat entri pasal cikgu ni bila baca blog sifu cik apple hijau tu (chepearl.blogspot). Jeng jeng jeng...Hani, nak tukar profesion ke dahling? kalau nak jadi cikgu boleh ajer. Mak setuju nyiahhh! hehehe...Hani memang ada talent jadi guru. Dia sangat sabar melayan karenah anak anak. Tengok aje lah bila dia layan PD dia tu. (Hani, ini bukan bodek or what tapi ini memang ikhlas).
Bila cerita bab cikgu ni kan, cik apple hijau sebenarnya nak komplen sikit pasal cikgu cikgu zaman sekarang. Bukan semua. Diulang, bukan semua. Dalam satu sekolah yang mempunyai 50 orang guru mungkin 5 - 10 orang yang begini. What you mean 'begini'?
Panjang kisahnya. Sebelum itu cik apple hijau mohon maaf la jika ada pembaca blog ini yang bergelar cikgu / guru yang mungkin akan membangkitkan rasa tidak puas hati. Ini adalah pandangan peribadi. Dan ia berdasarkan pengalaman cik apple hijau sebagai ibu dan juga bekas cikgu!(tanpa tauliah). Tanpa tauliah pun...4 tahun jugak lah cik apple hijau jadi cikgu.
to be continued....

Monday, July 5, 2010
kawan lama sahabat lama
Him : awak ada jumpa kawan kawan sekolah kita dulu?
Me : tak pernah
Him : saya adalah jugak jumpa... si polan tu bla bla bla.... pastu si polan bla bla bla bla..
Me : tak pernah jumpa pun...
hahahha...kalau aku nampak pun aku buat tak tahu jer...ahaks!(dalam hati)
Seronoknya la kawan cik apple hijau yang sorang ni bercerita tentang kawan kawan lama nya itu. Kawan kawan cik apple hijau jugak. Masa sekolah menengah la. Agaknya cik apple hijau ni ada penyakit kot. Tak suka jumpa kawan kawan lama. Bukan tak suka. Suka. Pengalaman dulu dulu bila jumpa kawan lama menyakitkan hati! Bukan semua. Tapi bila dah terkena. Sorry! Baik cik apple hijau lari sebelum hangin 1 hari 1 malam. Letih pulak big apple nak melayan..pot pet pot pet...
FYI, cik apple hijau bukan jenis yang tak suka berkawan. Cik apple hijau bila dah berkawan setia tau! Ingat betul betul SETIA. kelazz gitu! Cumanya bila dah lama sangat tak jumpa tu yang jadi takut. Halmaklum...sekali air bah sekali pantai berubah walaupun tak semua ombak sampai ke pantai...hehehehe...
Rindu dengan my BFF yang 2 orang tu - GG dan Ros. Bestfrend dari form 6. Lama tak buat gathering. Geng berpoya poya zaman bujang dulu. Family masing masing pun tak kisah sebab kenal satu sama lain. Anak anak kami pun rapat. Alhamdulillah, syukur dikurniakan sahabat seperti mereka. Aduuh...senyum sorang sorang teringat zaman iteww...
p/s: nanti cik apple hijau ambik gambar dengan mereka ber2 tu ye...susah nak jumpakan mereka ni sorang di bandar sinun, sorang lagi di bandar sinin, cik apple hijau kat tengah tengah..(yok yok oh je aku ni...)

Sunday, July 4, 2010
hmmm...nak buek camno!
beberapa minggu yang lalu...boleh juga kalau nak cakap beberapa bulan yang lepas...
di suatu petang yang nyaman...ketika menikmati makan malam lebih kurang jam 7.00...
nina : ummi, bila kita nak beli rumah baru?
there is something wrong somewhere!
ummi : kenapa?
nina : nenek tu...bla bla bla bla....
ummi pandang babah sekilas.
babah buat selamba. meneruskan makan seolah olah tidak mendengar apa yang nina cakap.
alahai...kesiannya lah anak anak ku ini.
malam tadi...ketika nina sibuk menyiapkan homework Englishnya...
kedengaran suara motosikal...
baby : tu babah ke? Ucu ke?
ummi : bukan lah by. tu bukan babah. bukan pok su jugak.
baby : bukan? bukan Ucu? Iman pandang ummi sambil kerut kerut kening.
ummi : bukan. Pok su kan dah tak duduk belakang lagi. Pok su dah ikut mak Su.
nina : iye Mi? kalau macam tu boleh lah kita balik belakang. ceria jer suara nina bila cakap nak balik belakang.
ummi : senyum aje la sambil mengusap rambut nina. kesian anak ummi ni...
Aduh Nina....ummi dan babah tak boleh. Kesian anak anak ummi. Kita terpaksa berkorban. Macam mana nak terangkan pada anak anak ni. Mungkin boleh cuba. Dan mungkin mereka akan faham. Tapi, orang lain? orang di luar sana? orang yang tak tahu apa apa? tak kan faham apa yang kita lalui. Apa yang kita rasa. Tapia kan terus terusan menyalahkan ummi dan babah. Ummi terutamanya yang akan menghadapinya!terpaksa berhadapan dengan situasi yang menjengkelkan itu. Cukup lah....

Friday, July 2, 2010
bile musim deghoyan...
Betul tak sekarang dah musim deghoyan? negeri lain cik apple hijau tak tau tapi yang pasti kat negeri asal big apple dah penuh kat pokok dan juga kat tepi tepi jalan. Kat kampung cik apple hijau deghoyan kat tepi jalan tu sepanjang tahun ada!
Nak bukti ker?ha...layan gambar jer ler. mana bleh letak betul2 bau deghoyan la blog cik apple hijau ni...heheh!

cik apple hijau: Bang, stop stop...nak ambik gambar deghoyan. Boleh masuk dalam blog.
Tiba tiba dia berhentikan kereta tepi jalan betul betul bawah pokok deghoyan.
Big apple: ambik lah yang banyak buahnya. Hah! yang tu, yang tu.
Sporting pulak big apple aku ni!
Di sepanjang jalan dari rumah MIL menuju Karak pokok deghoyan penuh ngan buah deghoyan. Rasa macam nak panjat panjat jer pokok tu. Ingat buah deghoyan tu macam buah rambutan ker boleh main petik petik?hehehe...
Sori lah cik kak dan cik bang tak maksud nak ambik gambar uols ni. I tirgoda dengan lambakan deghoyan tu jer..
Tengok jer gambar tak best. Pe kata kita nyanyi sama lagu pasal deghoyan ni. Tak tau?? ceh!carik la sendrik kat youtube....
Mr. Os - Durian Dah Berbunga
Oh kome, deghoyan dah berbunge
(dah berbunge)
Moh kite minang anok dare
(anok dare)
Anok dare, anok dare kote
(dare kote)
Teman jumpe di Padang Tenggale
(iye)
Kate deme, sakit jatuh cinte
(jatuh cinte)
Sakit lagi bile jatuh tangge
(jatuh tangge)
Kate deme, cinte itu bute
(cinte bute)
Nasib baik teman tak merabe-rabe
(rabe-rabe)
* Bile musim deghoyan
Deme mule bengkeng
Deme mule bengkeng
Jangan silap sikit
Nanti deme tengking
Kalau musim deghoyan
Ramey berani nampor
Ape deme nak heran
Saman boleh bayor
Oh kome, dengoyan udah luroh
(udah luroh)
Lebih baik cepat pegi suloh
(pegi suloh)
Lambat sikit kome dapat habuk
(dapat habuk)
Kalau tido jawabnye tinggey pokok
(padan muke)
Duit deghoyan, yang tue nak ke mekoh
(nak ke mekoh)
Yang mude gatey nak menikoh
(nak menikoh)
Musim deghoyan banyok sedare mare
(ramey-ramey)
Bila nebas, seko tak nampak muke
(memang gitu)
p/s: anak dara cik apple hijau sibuk gak nak deghoyan tu tapi dok pujuk pujuk kita beli kat meru aje lah kakak. abis bau deghoyan kete kita ni nanti. kalau boleh hilang bau tu 2 3 hari tak per gak....
~Adios!~
Subscribe to:
Comments (Atom)
Hebat ke
"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...
-
Kalau ikut hati tidak ingin aku membantu kalau ikut hati kubiarkan saja membatu kalau ikut hati kudiamkan saja membisu kenapa ...
-
sungguh tidak bermaya. masih mencari kesesuaian. hati dan perasaan tidak berpijak di bumi nyata. Adakah kerana penghijrahan ini? atau ...