Sekolah cik apple hijau - SKSB. Sekarang my2princess sekolah di sini juga. Ni jer yang sempat disnap. Padahal bangunan baru dah siap. Cukup cukup la tu...buat syarat.
Cik apple hijau bukan tak mengenang jasa guru guru. Bukan nak mengutuk. No no no! Malahan cik apple hijau sangat sangat menyanjungi pekerjaan mulia ini dan jasa mereka. Cik apple hijau tau 3M (membaca menulis mengira) pun cikgu yang ajar. Sampai sekarang dah tua ni pun masih memerlukan seorang guru cuma sekarang ni tidak lah panggil guru/cikgu. Panggil sifu. Tunjuk ajar ku sifu! I banyak sifu kat opis ni.
Harus diingat ibu bapa menghantar anak anak ke sekolah dengan sejuta harapan (mungkin lebih) agar anak anaknya menjadi bijak pandai yang berguna. Walaupun cik apple hijau tahu guru guru hanya menyumbang 20% sahaja dalam kejayaan seseorang pelajar itu. Pelaburan ibu bapa juga bukannya sedikit silap silap haribulan boleh dapat Honda Jazz! Jangan hancurkan kepercayaan ibubapa.
Sekolah Agama my2princess.
Jadi, cikgu cikgi sekelian, sucikan lah hati mu. Janganlah dok komplen komplen anak murid. Akan memakan diri nanti. Cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar, cakap depan depan???buruk padahnya! Jangan pandang rendah pada orang lain. Cikgu tak semestinya betul! Sori statement ni memang melampau! Itulah hakikatnya. Boleh terima atau tidak…terpulang. Fikir fikirkan lah wahai cikgu cikgi sekelian.(ada ker cikgu baca blog ni???) kwang kwang kwang....
Don’t judge a book by its cover! Mungkin aku hanya anak seorang penoreh getah, mungkin juga aku anak seorang pekerja perbandaran. Rezeki yang halal akan membawa kejayaan. Anak seorang penoreh getah juga mampu menjadi seorang doctor. Anak seorang pekerja majlis perbandaran juga berhak menjadi seorang Naib Canselor! Anak cikgu pun tak semestinya jadi 'orang terpandang'. Huhu..
p/s: Rindu lah kat Yam. Yam, jadi cikgu elok elok ye. Jangan nakal nakal tau Yam...
~Adios!~
No comments:
Post a Comment