Sunday, June 6, 2010

Babah & Baby

Mari kita lihat apa yang dua beranak ni buat. Patut lah senyap jer budak kecik ni rupa rupa nyer dok tolong babah dia...hmmmmm...boleh caya ke little princess ni??

Jom! Layanzzz...

Baby : Babah...baby tolong babah yer...(sebenarnya nak main tools yang macam macam bentuk tu!)

Babah : Baby jangan main barang barang tu. Banyak dah hilang babah punyer tools. Nak guna semua tak de. (Babah sedikit mengomel). 

Baby : Babah tak nak guna yang ni kan? Baby simpan kan ye. (dalam hati : waaah...best best..boleh buat korek tanah kat pasu bunga nenek ni..hihihihi!)

Baby : Ummi...sok besar baby nak keje jadi mekanik bley? Boleh tolong babah...hehehehe
Ummi : No no no!

Babah : Dah siap. baby tolong babah kemas barang barang ni.
Baby : Nanaaak....baby nak minum susu.. (sambil berlari ke arah ummi)

Sapa yang kemas? Ummi jugaaaak....hehehehe tak lah. Babah lah kemas. Tidak ada kene mengena dengan Ummi.

Adios!


Bila Cuti sekolah

Adooooi....sakit kepala dibuatnya bila cuti sekolah ni. My3princess tu la...sapa lagi kalau bukan diorang bertiga tu! Hal-maklum aje la kan cik apple hijau ni duduk kawasan kampung. Pokok pokok walaupun tak banyak tetap ada. Parit longkang keliling rumah. Kawasan/laman rumah luas. Ape lagi?

Anak anak cik apple tu nama aje PRINCESS! tapi diorang punyer lasak....umang aiiii...sepupu sepupu diorang yang jantan jantan tu pun tak buat benda benda macam tu! Pokok mana yang tak dipanjatnya. Parit longkang tu jer sekarang dah besar besar ni kureeeng sikit nak masuk. Main tanah main pasir sudah semestinya. Cik apple tak tahu macamana diorang boleh main benda benda macam tu lagi.

Dulu, masa cik apple hijau kecik kecik walaupun duduk kampung tapi cik apple hijau tak main benda benda gitu. Tak caya? Betuuuul. Cik apple hijau tak main panjat panjat pokok. Tak berkubang kat parit longkang. Cik apple hijau geli ngan cacing, ulat dan benda benda kotor. Cik apple hijau ikut sikit sikit jer agak agak tak tahan cik apple hijau cabut lari balik rumah. Tak lasak macam princess yang tiga orang tu! Iman pun sama!join d club.

Cik apple hijau selalu membebel dengan princess berdua tu.
"Ummi dulu budak kampung juga tapi kaki Ummi tak lah teruk macam kaki korang ni!"
"Hish...malu betul lah anak dara kaki ada 'duit duit 10sen ni! Cuba tengok kaki Ummi ni, jangan kata duit 10sen duit 1sen pun tak de." (iyer ker ummi?)
Tapi budak budak apa dia kesah...sok dah besar panjang baru la sibuk nak melawa...
Ini mesti ikut perangai big apple a.k.a babah sebab MIL selalu cerita pasal big apple masa kecik kecik. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke pinggan.

moral of the story: Anak anak, mainlah puas puas masa kecik kecik ni ye. Enjoy lah zaman kanak kanak ni. Sok dah besar dah tak boleh nak main main. Banyak benda nak kene fikir, nak kene buat...

Hahahaha...suka hati aku la Labi...

Mesti pembaca setia blog cik apple hijau ni dok kerut kerut kening...pasai entry sebelum ni ada lain macam skit, kan? betui dak? itu lah gara gara nak cepat. Tajuk asal nya Malu Nak tulis kat 'Mukabuku' tapi ceq tukaq jadi Si Rabun yang Tak Sedar Diri! Dia punya ceghita memang lah pasai Si Rabun tapi ada ayat ayat yang tak kena. Cik apple hijau malas nak edit balik entry tu. Biaq pi la, na? Tukaq tukaq nanti tak asli pulak, na!

Asalnya cik apple hijau nak ceghita pasai la ni semua orang dok sibuk nak ceghita pasai kehidupan depa kat 'mukabuku'!termasuk lah cik apple hijau. heeee.... Semua benda lah! sib baek depa beli spend* tak tulih kat 'mukabuku' tu! Cik apple hijau jeles ka? No no no..! idaaak... cik apple hijau tak pernah jeles kat orang! cik apple hijau sebenarnya nak tulih gak kat 'mukabuku'tu bgtau yang ceq ni tertinggai kacamata tapi bila ceq pikiaq balik tak perlu la...malu na! cik apple hijau ni kan pemalu lagi penyegan! hik hik hik..

p/s: sukahati ceq lah nak tulih lagu mana na..

Adios!

Friday, June 4, 2010

Si Rabun Tak sedar Diri!

Pasai apa malu?
Malu pasai apa?

Hehehehehe....semua maklum cik apple hijau ni kan rabun. Berkaca mata. Dalam kekalutan pagi yang dilimpahi hujan cik apple hijau lupa nak capai cermin mata. Lepas hantar little princess terus ja pergi kerja. Sebabkan dah lambat dan takut kene leter big apple cik apple hijau pun diam saja la. Hehehe...

Sampai kat ofis semua orang dok offer offer cermin mata depa... amboi amboi...depa ni... Gurau gurau membawa bahagia. Betul na? Cik apple hijau sayang depa semua kat PPS tu!

Petang hari, driver bos besar pun teguq cik apple hijau. Pasai apa lain hari ni? Cik apple hijau pun tanya la...
Lagu mana lagi lawa? Lagu ni ka? Lagu biasa pakai cermin mata tu? Jawapan nya... lagu ni la lawa... hik hik hik... Gatai na cik apple hijau ni!??

Iman dan Kembar nya.

Ingat lagi pada cerita Aisyah Iman ada kembar yang lain emak dan lain bapa? Tarikh lahir dalam Islam jer yang sama.

Layanzzzz...

Kakak Husna sebab dah dapat baby boy. Comel baby nya. Iman suka baby boy Husna tu tau!

Pandai berposing rupanya Husna ni. Papa selalu suruh Husna posing ye?.

Iman bad mood. Senyum nya mahal petang itewww. Kesian Husna.

Tak habis habis ngan terumpet ajaib nya si Iman tu. Husna good girl. Nina dah mula nak enterprem dah...

Iman dah ok. Husna pulak tengok kat tempat lain. Nina dapat masuk separuh pun jadilah...

Ish budak budak ni tak boleh diatur pulak kali ni!

Begitu lah kisah budak budak...sedangkan kita yang tua ni pun tak betul, lagi la budak budak yang belum mumayiz itu. Husna - si sulung. Iman - si bongsu. Walaupun sebenarnya Husna panggil apple hijau nek de. Iman berpangkat mak cik la kan? hmmmm...nek de ye? nenek muda? nenek? muda? ah! apa apa aje la ye Husna. Will miss u Husna!

Ucapan Terima Kasih.

Ramai orang yang tidak mengambil berat tentang kalimah ini. Menganggap nya remeh. Pada cik apple hijau kalimah ini menggambarkan keperibadian seseorang.

Dulu, cik apple hijau ada sorang bos. Perempuan. Dia tak pernah lupa untuk mengucapkan terima kasih walaupun kita cuma bawakan surat khabar untuk dia. Tapi dia dah pencen. Sejuk hati bila orang ucap terima kasih kat kita, kan? Rasa dihargai.

moral of the story: Tak perlu nak beli hadiah mahal mahal untuk orang yang dikasihi. Ucapan terima kasih yang ikhlas sahaja boleh membahagiakan! Tapi kan big apple kalau u belikan i kasut yang i ndak tu laaaagi bertambah tambah sayang i kat u! Aaaahahahahaha!

Thursday, June 3, 2010

rela!

"AKU LEBIH RELA PERGI SENDIRI DARIPADA DOT DOT DOT!!" huhuhu!!



Again! nak tahu jawapannya??? Biarlah Rahsia. Part yang ni meeeeemang rahsia besar!

moral of the story: Ada benda kita boleh cerita, ada benda kita kene keep it secret sampai mati pun kene simpan. Betul? so, Amanah lah pada diri sendiri.

i....errrrr....

actually....

i....

eerrrrr....

i....

i.....

WHAT??




i missed HIM!


WHO????


p/s: nak tau jawapan nyer? hehehehe tungguuuuuuu....tapi tak janji. Itu pun kalau cik apple hijau terbukak hati nak bagi tau... Adios!

ayat tanya, ayat perintah, ayat penyata dan ayat seruan versi cik apple hijau

Korang layanzzz jer la erk!
"Bila Iman nak dapat adik?" "Iman dah berapa tahun?"
Ape kene mengena nya umur anak aku ngan dapat adik ni???

"Iman dah besar boleh lah dapat adik ni..." "Mana tau kali ni dapat lelaki pulak"
Helloooo...big apple pun tak pernah sibuk sibuk nak kan anak lelaki. MIL pun tak pernah sebut apa apa. Rezeki Allah Taala babe... Ada sebab kenapa Allah beri cik apple hijau n big apple princess jer. Tak payah fikir benda yang tak mampu difikir dek manusia.

"Kakak kakak nya dah besar, dah senang! Boleh di suruh suruh ambik itu ini". Wah Wah Waaaah... ingat budak budak tak de perasaan ker??? nama pun budak budak. Cik apple hijau tak nak anak anak rasa bosan bila duduk rumah. Asik kene suruh itu dan ini sajer..kerja sekolah pun banyak yang nak dibuat. They need their own life as a children maa...

Kalau yang bercakap tu setakat opismate ataupun sedara mara yang tahu siapa cik apple hijau ni, cik apple hijau tak ambik hati pun. Sungguh! sebab diorang tau maintenance anak zaman sekarang ni macamana!

Tapi...kalau yang menanya tu pun jenis yang dok CATU CATU anak. Dah tu suri rumah...dah tu duduk kampung... dah tu jenis tak keluar rumah dah tu jenis tak bergaul dengan orang tapi lagi mahu cakap banyak.... waaaah...main kasar ni!

Kalau dah suri rumah sah sah lah tak beli susu lembu! (walaupun ada yg bekerja tapi boleh breastfeed secara exclusive) dan sah sah lah tak hantar anak ke nursery, kan?

Kalau yang bercakap tu pulak orang yang bekerja hah! sebulan gaji laki kau aje dah boleh buat downpayment kete Satria Neo! Siap ada bibik lagi. Cik apple hijau n big apple ni keje gomen dan taraf taraf kuli batak ajer. So, kene lah sedar diri. hehehehe...

Fuuhh!marah sungguh cik apple hijau ni. No No No! Tidak... cik apple hijau tak marah cuma sikit GERAM sebab ada orang yang bercakap tak fikir dulu. Princess yang 3 tu pun tak terlayan cik Kiah oiii...

Moral of the story: Bersyukur dengan apa yang ada...ALHAMDULILLAH YA ALLAH!!!

Tuesday, June 1, 2010

Hanya Doa Mengiringi

Dunia seluruhnya telah tahu Malaysia khasnya berkenaan serangan Israel terhadap flotila Gaza pada 31 Mei 2010. Perasaan bercampur campur macan nasik campur. Speechless! Tak tahu nak komen dan cakap apa. Cuma.... Dihati kecil ku ini berdoa semoga mereka dilindungi dan dirahmati Allah S.W.T InsyaAllah... dan mereka yang terkorban digolongkan dalam golongan yang syahid. Amin...

Kebetulan petang Isnin itu siaran Radio IKIM mengiringi perjalan pulang ke rumah. Dalam diam itu mata tetap memandang keliling...

Malaysia ku, membangun dan 'mereka-mereka itu' terus berlumba lumba hingga sanggup menjatuhkan sesama sendiri untuk kepentingan sendiri. Sibuk mengejar kemewahan duniawi, sibuk dengan AF, sibuk dengan parti politik, sibuk dengan urusan sendiri! 

Palestin?Afghanistan?Iraq? negara Islam yang sentiasa ditindas?

Israel Laknatullah! Ya Allah, hancurkan lah mereka ini sepertimana engkau pernah menghancurkan tentera Abrahah!
http://ekspresi.amirnet.org/wp-content/uploads/2008/11/surah_al-fiil.pdf


http://biaqpila.blogspot.com/2010/06/serangan-israel-kecaman-tiada-lagi.html

Banyak lagi blog blog yang menulis pasal peristiwa ini tapi kebanyakan nya lebih berbau politik. See??? i told U! mereka masih lagi sibuk bertelagah sesama mereka masih menyalahkan orang itu orang ini tuduh orang itu orang ini. Sampai bila? Malas cakap lah! Yang kat Gaza tu dah nyawa nyawa ikan yang kat Malaysia ni sibuk bergaduh sesama sendiri! Bosan bosan...

Mood Malas

Disebabkan mood malas sudah melanda diri kita tengok gambar ajer la yer...tapi ada hati nak up-date blog. hehehe

Jom! Layanzzzz...

Ini namanya Baby Cheese Tart. 50pcs RM30. Sedap tapi my3princess dah tak nak makan sangat sebab dah selalu sangat ummi beli. Ummi lah yang makan sorang sorang. Sapa sapa berkenan boleh layari http://www.adnazthie-kek.blogspot.com/ okey?

 
Waktu bersantai di waktu petang. Ini lah kerja si Nina ngan Fawwaz (sepupu Nina) Ummi suruh baca buku sebab nak periksa dia pergi ambik buku mewarna Upin dan Ipin pulak.

Nina dah tak larat nak berposing. Terjelepuk dah. Iman steady lagi.
Senyum senyum...hehehehe senyum yang dibuat buat. Nina n Iman go to work!

Pakai baju merah. Sib baik tak de lembu. Yang ade lembu keras kejung kat tepi tangga tu. Eh! Mana Ummi?? takut kene kejar lembu la tu...

Hehehehe...ingat lagi pada set Ayam Penyet ini? Kunjungan kali ke2. Restoran ini letaknya di belakang bangunan Jakel Seksyen 7, Shah Alam. Jalan kaki dari Jakel tu pun boleh. Boleh pergi lepas ni ye kawan kawan...

Jus Soda Gembira yang berharga RM5.50 berlatar belakang kan K.June hehehehehhe....Kali ini kami duduk bersila pulak. Ala ala gadis melayu asli gitu! Auwwww...

Korang tergoda erk ngan Jus Soda gembira tu? hehehehe...lepas minum sure gembira. Restoran Gembira Seksyen 3 tu pun tak buat Jus Soda Gembira ni tau!


Pilihan K. Mai kali ini Nasi Goreng Ayam - RM14.00. Sedap katanya. Kalau yang special kene tambah RM5 lagi. Sesekali belanja diri sendiri apa salah nye dah kerja penat penat, kan?

Tu dia....kalau tak nampak gak haku tak tahu lah! Sempena cuti sekolah tu yang tak tahan tu...ape kene mengena cuti sekolah ngan beli kain??? Kalau baca diorang punya statement kat pintu masuk depan tu lagi lawak tapi masa tu tak terpikir nak snap plak. Kata bumiputera tapi Bahasa Melayu out!



Apa kes ni? Pembakaran terbuka ke? Bukan la... Ini kes kene fogging. Nyamuk aedes pun ada kat kampung. Hampir 'hilang' rumah orang sebelah ni gara gara kene fogging. Tapi bukan mereka yang kene denggi. Rumah depan nun hah...tak pasal pasal kami semua kene hidu asap busuk ni!


Novel terbaru! Nampak tu plastik tak bukak lagi. hihihi! Best buku ni. Banyak pengajaran yang ada. Secara peribadinya buku ini memberi...keinsafan, kesedaran, pengajaran, membawa kita berfikir sendiri tentang diri sendiri, mengenali apa itu cinta, zuhud, perjuangan ish....susah nak cakaplah! Buku ni memang best! JS Publishing, kan...

p/s: Rangkuman beberapa peristiwa di dalam satu entry sebab aku berada di dalam zon malas!

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...