Monday, October 25, 2010

Bila anak2 dah pandai bertanya

Salam hari Isnin...

Maniac monday, huh? Untuk mengelakkan anda dibelenggu suasana suram dihari Isnin, pakailah baju yg berwarna putih. Lebih tepat berasaskan warna putih. eg: tudung putih, baju latar belakang/tanah putih, kemeja jalur putih ker... InsyaAllah uols datang kerja dengan hati yg berbunga bunga...percaya lah cakap ahkak ni dek noon. okey okey. Kembali ke niat asal...melalut pulak.

Beberapa hari lepas, 1st princess CAH (umur 9 tahun) baru balik dari sekolah. Tiba tiba dia tanya soalan...

Ummi, cabul tu apa?

Nak cakap terkejut. Tidak juga. Nak cakap tak sangka pun  tidak juga. Sebab...perkataan tu selalu orang sebut terutamanya waktu Berita/Buletin dan juga di akhbar akhbar. Pada majalah kanak kanak pun ada. Suatu hari nanti anak anak pasti akan tanya benda/perkara macam ni. Ate banyak benor kes kes macam tu, kan? Na'uzubillah...Mintak dijauhkan.

Soalan 1st princess tidak habis selepas CAH memberikan jawapan dan menyelidiki kenapa dia bertanya soalan begitu. Ada soalan lain.

Ummi, raba tu apa?

Siap boleh tanya apa beza cabul dan raba! Waaaah...mencabar betul rasanya. CAH yg khonon khonon ummi mithali a.k.a ummi serbatahu pun bla bla bla bla...dengan panjang lebarnya. heh!

Itu dia belum tanya: Ummi, rogol tu apa???

Uwaaaa...kalau dia tanya yang ini...serius! CAH tak tahu nak jawab apa. Tak mustahil kan suatu hari nanti dia pasti tanya.

moral of d story: Orang orang dewasa di luar sana janganlah buat benda2 yang tidak senonoh dan tidak bermoral. Lindungilah anak2 kita dan anak2 orang lain juga.

~Adios!~

3 comments:

nor isneini mohd ayob said...

ish susah nye nak jawab klu bdk2 ty mcm tu..T_T

Prince Halilintar said...

budak2 ni mmg ingin tahu maksud ayat2 yg diorg jarang dengar..tapi bg kite yg dewasa perlu ade jawapan yg sesuai dgn keadaan untuk dijawab bile ditanye..

prince nk tuntut ilmu kat CAH la aka ibu serbatahu ni..boley?haha

apple hijau said...

@ nanie ~ dulu pernah tanya benda2 mcm ni kat mak tak? memang susah le..

@ Prince ~ bukan lah serbatau sgt tp depan anak2 kene confident masa bg penerangan ala2 cikgu math..hahaha..

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...