Lunch our time. Cuaca panas. Sangat sangat panas di luar sana. Ku gagahkan jua kaki melangkah. Arah tuju pertama ke Bebe's Home. Nak beli puting little princess. 5 minit...10 minit. Hmmm..okey settle!
Teruskan perjalanan ke SACC Mall. Arah tuju ke MPH Bookstore. Nak cari apa? Apa lagi...novel lah! Lama tak beli novel baru. Yang ada dah baca 2 - 3 kali. Ku belek belek. Ku jengah jengah. Umang aiii...semua novel yang aku ndak tu ada la! Wah...ini sudah cukup bagus. Yang tak bagusnya fulus tak cukup...hehehehe. Sib baik belum gaji kalau tak....RM ku terbaaaang... Novel apa?
Layanzzz...
Hahaha...bukti. Plastik pun nak tunjuk ke?
Ni la novelnya. Plastik pembalut pun tak bukak lagi. Sweet Sour. Dah baca online tapi tak de result nya. Apa lagi beli la.. Novel keluaran Jemari Seni Publishing memang beeest! tapi biasanya kene baca online dulu kat web atau blog JS. Kalau ok baru beli. Kalau tak rugi duit jer Minah oii!
Di antara novel yang ada dalam laci kat ofis(tapi hari ni dah nak bawak balik dah). Sebahagiannya lagi ada kat rumah.
Disebabkan dah dapat apa yang dihajati. hehehe...keluar dari MPH dengan hati yang happy dan tersenyum senyum. Kat cashier tadi pun rasanya terlebih senyum. Heee...Tak sabar nak baca!
Kriuuuuk kriuuuuk kriuuuuk la pulak.... Cheezy Wedges! hahaha....KFC here i come...jalan kaki pun jalan kaki lah! Panas pun panas lah! Nak jugak...bukan jauh pun..kat Komplex PKNS tu jer...Ceeeh! Masa bayar kat cashier KFC tu pun aku senyum lebih. Bukan kene bayar pun kan kalau senyum lebih lebih. Masa bayar parking pun aku senyum lagi. Kali ni tambah lagi 150megawatt senyuman kat orang jaga mesin tu. hehehe... Penangan novel...
Sila abaikan background tu ye. Meja aku tu memang tak pernah nya kemas! Tray tu pun sentiasa tunggang langgang.
Tu lah kisahnya. Kisah tengahari ku. Novel ku. Oh ye..hari ni keluar sendiri jer tu yang boleh pergi 3 tempat dalam masa 1 jam. Ikut kemahuan hati...eh eh macam nama blog k.shida pulak.
p/s: Macam diary kehidupan jer la pulak aku rasa entry blog aku kali ni....
2 comments:
wah bestnya..dapat buku cerita.
hari ni pegi mana pulak..hehe
hari ni duduk ofis jer. TIDO...hahaha
Post a Comment