Monday, July 8, 2013

menyeru semangat


Pagi:
sibuk ke sekolah anak2 untuk tandatangan kad prestasi.
selesai terus gerak ke melaka.

Tengahari:
mood & mind belum twist lagi. belum ready.
tetiba lecturer kata next week ada quiz 1.(nasib baik next week)
kalau hari ni memang....tak tahu nak jawab apa..

Petang:
2 kelas lagi cancel
uwaaaaaaa....
kalau ku tahu sok pagi jer aku balik melaka

Kesimpulan:
beriya aku tekan pedal dr meru ke melaka, kelas hari ni cuma 1 jam jer?
tensi tensi tensi
nak baliiiiikkk!!!

Kesan:
semangat ku hilang
tak tahu mana dia pergi
mungkin dia tersesat
atau mungkin dia mahu berehat seketika ditepi jalan
atau...
mungkin tertinggal di mana2

Harapan:
tolonglah kembali wahai semangat ku
jangan tinggalkan aku begini
masih jauh lagi perjalanan
masih banyak lagi cabaran dan dugaan
perjuangan ku belum selesai

kembalilah wahai semangat...
assignment aku banyak ni weeeyyy...
kuuuuuusssssemangat..

Tuesday, June 25, 2013

ada sesuatu


saya ingin menulis. ya. menulis macam dulu-dulu. apa yang terlintas, tulis. apa yang terfikir, tulis. tulis. tulis dan tulis apa saja. tulis entah apa-apa. nothing. tapi itu dulu. sekarang tidak lagi. bukan macam dulu. saya ingin menulis sesuatu yang berkualiti. sesuatu yang bermakna. hmmmm...berangan  nama nya tu.

memang saya ada terlintas ingin menulis tentang sesuatu. ya. sesuatu perkara benar. tapi saya takut. takut orang tidak boleh terima. saya takut ada yang terluka bila saya menulisnya. saya takut mereka akan menjauhkan diri dari saya. takut. takut. takut. hmmmm...pengecut nama nya tu.

mungkin saya yang terlalu berhati-hati ketika menulis. ya. terlalu ingin menjaga hati orang lain. terlalu risau pada sesuatu perkara yang tidak memberi kesan pun pada mereka. kalau begitu, saya menulis perkara yang baik baik saja lah. memuji dan menanam tebu di bibir sentiasa.  hmmmm...penipu nama nya tu.

menulis bukanlah untuk syok sendiri. ya. kalau boleh biarlah punya nilai. punya sifat. benar.  telus. berani.  atau...saya tulis sesuatu yang jawapannya iya iya, nehi nehi, angguk angguk, geleng geleng, senyum senyum. walhal sebenarnya di dalam hati tidak begitu pun. kan mudah begitu.  hmmmm...hipokrit nama nya tu.

p/s : Ya. ada sesuatu. 

salam sayang dari persisir laut melaka yang masih berjerebu,
apple hijau yang dah tak berapa nak hijau...ha ha

Sunday, February 24, 2013

mereka yang hilang


BFFs sy sgt happy go lucky orangnya.
saya sangat senang berada di samping mereka.
saya sangat terhibur dengan keletah dan gelagat mereka.
saya tidak pernah sedih bila bersama mereka.
dan, saya sangat sayang mereka.

but, now...
i'm lose!
i lost them.
i miss them a lot!
terpisah.
masing2 sibuk dgn dunia masing2.


mode: stress!

p/s: susahnya ingin mencari kekuatan diri di tempat orang....






Thursday, January 31, 2013

...kehidupan...


saya kebosanan petang ini. padahalnya esemen saya berlambak2. tapi hari ni saya nak rehat. tak nak tengok buku! tapi lain pula jadinya. cuba lelapkan mata. tak lena lena. akhirnya saya bangun makan roti, goreng naget, makan cecah sos minum air halia panas2 sambil menonton TV3 debunga lalang...not bad. layan je la kan. dah katanya tak nak bukak buku. drama dah habis bukak FB pulak. naik turun naik turun mata nengok FB. Ah bosan juga. buka blog pulak. tak de idea. gugel gugel pulak. cari resepi kek karot. sedapnya kek karot....tetiba ada rasa nak makan kek karot lagi. hmmmm...bosan lagi!akhirnya saya buat n3 ni.

sebenarnya saya sangat penat. penat hari rabu semalam masih belum hilang. kelas dari 8.30am-1.30pm. rehat sejam (itupun kalau boleh dinamakan rehat. berebut masa untuk makan dan solat). sambung lagi 2.30pm-6.30pm. sedangkan PC pun boleh heng inikan pula otak manusia. subjek semua tough2 belaka. huh! saya penat. saya stress hari itu. ditambah dengan sakit kepala saya. penat itu terbawa2 hingga hari ini. sakit kepala saya masih lagi setia. rasa macam nak telan sepapan pil tahan sakit tu! walaupun sebenarnya saya takut makan ubat tapi bila sakit....ditambah jauh dari orang2 tersayang...uwaaaaa.. :(

dan saya tidak sabar menunggu hari jumaat. ah! jumaat...saya harus bertemu dengan lecturer saya yang sarkastik itu. sebelum itu wajib bertemu miss yang garang tapi baik hati untuk menghantar outline termpaper pula. petang, clas note taking. susah rupanya note taking ni...haisssshh.. kemudian baru boleh balik...jumpa anak2 dan suami. cuti hujung minggu yang ditunggu2 setiap hari..heeee... semoga perjalanan saya dilindungi Allah swt dan selamat sampai. Ameen...

cukupla saya merepek petang yang bosan ini.

p/s: i am happy when u r happy..

note: nikmati kehidupan dengan sebaiknya. jangan disia2kan kehidupan yang indah ini. Allah swt with us.

Tuesday, January 29, 2013

kita. boleh ke? part II.

sambungan**

kita boleh jadi seperti dia
kita boleh berjaya seperti dia
kita boleh kaya seperti dia
kita juga boleh ada seperti yang dia ada

kalau kita mahu
kalau kita sanggup
kalau kita sabar
kalau kita rela

*tamat*

note: berusaha, berdoa dan bertawakkal. tak perlu nak berdengki, busuk hati bagai. setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. bersyukur lah dengan apa yang kita ada.

Thursday, January 10, 2013

Suara Azan - Fitri Haris

friends


saya teringat pada bos lama saya, katanya "kalau kita mempunyai 100 orang kawan tetapi 50 orang daripadanya tidak mahu berkawan dengan kita, kenapa kita harus berkawan terus dgn mereka. Pergilah pada 50 orang kawan lagi yang mahu berkawan dengan kita dan sentiasa baik dgn kita." Lebih kurang macam tu la bunyi nya.

Tiba2 saya nak bercerita tentang kawan2 saya. Saya punya ramai kawan yang baik. Kawan2 dari zaman sekolah rendah & menengah, zaman bekerja dan zaman 'masa kini'. Tidak kira kawan perempuan ataupun lelaki. Alhamdulillah....

Cumanya apabila saya terkenang satu persatu kawan2 saya yang baik itu, tatkala mereka memberikan layanan yang baik. Adakah aku berbuat begitu juga kepada mereka? ketika mereka menghulurkan pertolongan dan nasihat, adakah aku juga pernah melakukan begitu terhadap mereka? moralnya, buat baiklah dgn semua orang. heh!

Apa pun saya percaya, "We get what we give." Walau kadang kala "susu di balas tuba." but, untuk memberikan hukuman itu bukan kerja kita. Dan sesuatu yang berlaku itu pasti ada sebab dan hikmahnya. 'Tuba' itu mungkin pelajaran terbaik untuk kita meneruskan kehidupan.

I miss all of you guys! Gg, Ros (remember sy pernah cerita pasal mereka? love both of them much!) kak sari (dalam diam..she is one of my Idol), nik (sejuk hati bila berbicara dgn nya + tempat mengadu pun iye), kak jun (miss u k.jun), cik sue (skrg dh jd Pn. sue) yimz rizal (kawan yg akan menjadi anak buah), kak shida, kak das, of cos kak baiti, kak sue, jue, kak jaz, jali, azam (ofismate OM yg sentiasa menyokong saya di sini + sayang korang!), Hani (never forget u dahling!) Hadri (my coursemate, kalau dia tak de mati kutu saya di tempat org ni!) Aszil (ex-boss yg sgt baik) Kerul Anuar(WSQ) and my old friend Mohsan (semoga tenang di perantauan).  who else? maafkan saya andai nama tidak tertulis jgn kecik hati ye...i'm just a human being.

Macam artis menang award plak ye? No! I really do appreciate all my friends. Nak bagi hadiah tak mampu dowh...ha ha ha.

note: ikhlas itu sangat penting peeps!

salam sayang dari saya ~ sayangi lah saya..eh? hehehehehheheheeee...

Wednesday, January 9, 2013

penampilan baru


beberapa hari sebelum sekolah bermula...

kit kat. permintaannyaaa....

makan coklat boleh menenangkan. katanyaaaa...

beberapa ketika kemudian...jeng jeng jeng
letcum, letcum, letcum oh la la...giginya sudah hilang...

rengeknya : ummi...tak nak la tak de gigi
ummi kata : nak buat cam ne doktor dah cabut giginyaaaa...


Monday, January 7, 2013

bila lah nak siap...

 





p/s: mungkin Allah swt ingin menguji kesabaran kami. Semoga dipermudahkan segalanya...

Thursday, January 3, 2013

kita. boleh ke? part I


kita adalah kita
kita tak boleh jadi dia
walau kita sangat suka
walau kita sangat cinta
walau kita sangat admire
walau kita sangat sanjung
akan dia

kita adalah kita
kita tidak boleh jadi dia
walau kita ubah wajah
walau kita ubah rupadiri 
walau kita ubah personality
walau kita ubah persepsi
sebijik dia


** bersambung


Thursday, December 13, 2012

malas nak bercakap


Diam seribu bahasa.
sejak kebelakangan ini rasa sangat malas nak bercakap.
i prefer untuk diam saja. itu lebih baik.
daripada i cakap yang boleh menyakitkan lebih baik diam saja.

dulu, saya pernah 'serumah' dengan rakan2 yang masing2 diam. tak bercakap sesama diorang pun. masing2 buat hal masing2. bukan bergaduh. cuma tak bercakap. tak bercerita. tak de gelak2. mula2 tu rasa pelik. lain macam. sebab saya bukan orang yang boleh diam seribu bahasa. mesti nak bercakap. nak mengomel. tapi dah dapat rakan 'serumah' yang begitu layan jer la kan...what else i can do. tapi lama2 rasa selesa pulak bila banyak diam. mengelak kan dosa pun iya juga..keh keh keh..

sekarang? heheheheh saya pulak yang malas nak bercakap. buat hal sendiri. kalau boleh nak duduk sendiri. it's more privacy and i'm free to do what i want. tapi apakan daya tak mampu bayar rumah sewa sendiri sendiri giteww...huhuhu...eh? tak waras ke aku ni tak nak bercakap sampai nak dok sorang2?heeeee....

******

minggu2 terakhir sebelum sekolah bermula. anak2 join aktiviti surau kawasan rumah. 3 hari dari jam 9:00am - 12:30noon jer pun. cuti sekolah yang lepas2 3 princess tak pernah berkesempatan join aktiviti2 surau tu sebab ada saja hal lain. Alhamdulillah cuti kali ini dapatlah pergi. itu pun sebenarnya kene paksa dengan nenek!

litle princess cukup excited. dia memang dah tak sabar nak kembali ke sekolah. asyik bertanya bila nak sekolah. nak jumpa cikgu. nak jumpa kawan2. huh! anak seorang ni memang la....
hari2 la ummi call tanya macam mana aktiviti? buat apa? seronok tak? makan apa? ramai kawan tak? baju pakai elok2. kemas2. comel2 jangan comot2. hiiiish..ummi pulak yang hover.

dan hari ni last day ada perarakan katanya. dari mana sampai mana pun ummi tak tahu. but the end of the story perarakan tu ada kaitan dengan Save GAZA! sangat teruja mereka bertiga bercerita dengan ummi siang tadi. sambung lagi malam ni. Alhamdulillah anak2 se kecil itu sudah didedahkan sudah tahu about GAZA, Palestin, Israel. and of course they are proud to be a part and help walaupun hanya dengan aktiviti kecil2an. anak2 kecil pun tahu pasal GAZA tapi ada juga orang dewasa yang tidak alert pasal isu ini.

moral of the story: tak daya membantu dengan kudrat 4 kerat membantu dalam diam pun memadai. diam itu pula bukan sembarangan diam. diam mulutnya tapi hati tidak pernah lupa untuk mendoakan saudara seIslam....

sekian. Wassalam.

p/s: tak sabar nak balik esok...Ya Allah selamatkanlah kami semua. Ameen...


Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...