Bismillah...
Sana sini masih lagi berkisahkan raya. Jalan raya, balai raya pastinya sesak sebab sana sini ada open house, open table...
kisah 1
Walaupun raya masih terasa di serata Malaysia tapi apakan daya bila tugasan lebih memerlukan perhatian. Syukur semua berjalan lancar di hari pendaftaran pelajar untuk semester September 2011 - Januari 2012. Proses persediaan bermula sejak bulan puasa lagi. Tu pasal lah i lama tak hupdate dek noon. Bizi gituh... :P. Alang2 masih dalam mood raya makanya kami pun bertugas dengan baju raya...
lihatlah betapa memasing ceria dengan baju raya, tudung raya, kasut raya, seluar raya...raya raya raya...kaya raya jer yang tak...ha ha. Lega bila satu bab sah settle. Ada byk bab lagi lepas nih...harap2 semua berjalan lancar juga.
kisah 2
Dolu dolu...masa dok Kayangan majlis hari raya ofis disambut dah nak hujung hujung syawal. tunggu line clear baru buat. La ni kat Puncak lain plak caranya. Awal2 dah buat majlis. Bukan nya apa...hal maklum nextweek sem baru dah mula. Bila class dah mula semua orang dah bizi. Makanya majlis sambutan raya fakulti pun di awalkan... Temanya Merdeka Raya.
Hamboi2...melaram korang yer...
Mantan Dekan...Fakulti OM dah kawin dengan fakulti Business...sob sob..sedey...kami dah bukan sebuah fakulti lagi. Lepas ni tak de Fakulti Pengurusan & Teknologi Pejabat lagi kat UiTM. uwaaaa!!!
Booth Aras 16 (ofis kami ler) menghidangkan ubi rebus dan sambal ikan bilis...bersama air kopi asap berkepol kepol..
juga...laksa johor d'boom yang menjadi rebutan para tetamu...memang mabeles!
Booth2 para lecturer yang mewakili setiap level...15, 14 dan 13. Macam2 acara diadakan (masuk 1 acara ~ bidan terjun you). makanan memang macam2 dan tak larat nak rasa semua!
kisah 3
Puasa sudah. Raya pun sudah. apa lagi?? kenduri kawin lah pulak... Dalam perancangan kita yang bernama manusia memang tidak boleh melawan rancangan Allah swt.
Hari ini adalah majlis walimahtul urus rakan sepejabat CAH masa dok PPS dulu, Nurul Hidayah. Kami semua akan berkonvoi dari Shah Alam ke Sg Siput, Perak sebanyak lebih kurang 10 kereta. Walaupun big apple tak boleh ikut CAH dan anak2 telah kompemkan kehadiran. Hal maklum...rakan rapat, kan? Antara yang hadir ialah Prince Halilintar, Fenn, Acap, kak Shida...huh! semua tokey2 belog nih.
Memandangkan cikapplehijau tak dpt pergi ke majlis itu...
untuk Nurul yang dikasihi....
Selamat pengantin baru.
Ketahuilah olehmu bahawa doaku sentiasa mengiringi mu.
Semoga kebahagiaan, kedamaian itu kan jadi teman mu.
Semoga mimpi indah kan jadi milikmu.
Semoga kesabaran dan kesetiaan selama ini terbalas jua.
Semoga tidak ada airmata kesedihan lagi.
Tabahlah dalam mengharungi dunia baru mu.
ape2 pun...sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri...huhuhu!
nurul (tudung coklat) bersama cik wawa, officer PPS (sori, not available hehe..)
kisah 4
Nak tau kenapa kami tak jadi gi kenduri kawin si Nurul tu?
@klinik.
Sebab duniawi... little princess demam! Mata yang layu. Suara langsung tak keluar. Dok berkepit ngan babah jer (sebab dia tau ummi dah tak larat nak kokong dia).
Sebab hakiki... dan Allah jua yang Maha Mengetahui! Setiap apa yang berlaku ada hikmah nya yang tersendiri. Terima lah dengan hati yang terbuka.
kisah 5
Badan dah letih. Mata pun dah nampak bantal jer. Mengomel pun dah panjang ni...apalagi?? Selamat tido. Anak2 pun dah tido. Malam ni semua menyempit2kan bilik ummi memasing ambik peluang sebab babah tak de. Ops! sebelum lupa...maaf ye rakan2..tahun ni sy tak buat open haus atau pun open table...tahun depan lah ye...tunggu rumah sendiri InsyaAllah.
Salam sayang
dari haku yang hasyik memasang hangan2...