Tuesday, August 3, 2010

Apa ada pada C.I.N.T.A???

Salam Ogostos, salam bulan kemerdekaan untuk semua...

N3 ni dah lama dah nak buat tapi tak tercapai dek akal ku. Ku gagahkan jua jari jemari ku yang lembut halus lagi mulus (ahaks! jangan marah) untuk ketuk mengetuk papan kekunci memandangkan C.I.N.T.A ini  memanggil manggil menyeru nyeru terus terusan bermain di akal fikiran ku.

betul ker cinta dulu dan cinta sekarang berbeza?
cinta yang berbeza kah atau orang yang berbeza?
atau... memang peredaran zaman yang bercorak global mengubah definisi cinta itu sendiri?
Adeeeh... berat ni.

yang pasti dan aku memang cukup yakin cinta membuatkan seseorang itu buta!
Buta hati? Buta mata? Buta akal? Buta fikiran?
Kalau dah buta... apa pun tak nampak. Walaupun pendustaan luas terbentang di depan mata. Betul?
alahaiiii.... cinta, cinta.

apa yang ingin kita lihat dan yang ingin kita dengar hanyalah... wajah orang yang kita cintai itu dan kata kata indah mempesona kekasih hati kita itu. Demi cinta ini la katakan...
Aduuuuh... bahaya ni.

bukankah cinta itu bererti perkongsian susah senang kita harungi bersama. bukankah cinta itu bermaksud percaya mempercayai sesama insan tercinta. bukankah cinta itu membawa kita kepada airmata suka dan duka. bukankah cinta itu mengharapkan pengorbanan. Khonon!

maka jadilah kita sang pencinta yang di kaburi dengan bayangan sang pendusta!

Cakap banyak pun tak guna... kita dengar tan sri nyanyi dan hayati seni kata nyer yer...



Cinta dulu cinta sekarang-tan sri s.m salim

Hai cinta dulu-dulu
Cinta malu-malu
Cinta dulu-dulu
Memang susah nak bertemu
Bila sudah dapat bertemu
Nak cakap apapun tak tahu
Tegak berdiri tersipu-sipu
Seram sejuk kaku membisu
Sejak kecil sudah diasuh
Pantang larang dipegang teguh
Mulia sungguh cinta dulu
Adat resam budaya Melayu

Ala.. cinta zaman sekarang
Sudah terlupa pantang larang
Cinta zaman sekarang
Di khalayak ramai dipegang-pegang
Kalau ditegur dia meradang
Macam harimau nak menerkam
Maruah bangsa sudah terancam
Kerana perbuatan segelintir orang
Hidup penuh poya-poya
Kalau kahwin pun tak kekal lama
Bila dah dapat yang diidam
Habis manis sepah dibuang

Hai cinta dulu-dulu
Ikut nasihat ayah dan ibu
Cinta dulu-dulu
kalu nak kahwin bertanyalah dulu
Berisik-risk bertanya-tanya
Ayah dan ibu dan anak siapa
Bila sudah berumahtangga
Kekal hingga sampai ke tua
Cinta dulu cinta mulia Ikut aturan budaya kita
Hidup mereka sungguh bahagia
Cangkul dan tanah memisahkannya

p/s: banyak lagi yang nak dibebelkan pasal cinta ni dek non tapi nanti panjang benar lah pulak jadinya kan... udah udah la tu.. namun ku punya hati...

~Adios!~

Thursday, July 29, 2010

hip hip hoorrayyy!! Yippieee...!!!

Salam sayang uols...


hikhikhik...cik apple hijau tak betul ke hapa ni?dok sorak2 kat blog. Nak tau sebab apa? sebab....

layan gambar untuk mengetahui kisah selanjutnya...





Tangan kak Mai sedang berusaha memotong carrot cake yang ..... Ah! susah mau cerita la... Lu fikir la sendiri!

Tada.... inilah b'day girl untuk 30 Julai (hari ini). Kak Mai....i love u!muah muah! Panjang doa saya untuk kak Mai tau tapi tak yah la tulis kat sini erk. Cik apple hijau doa diam diam dalam hati semoga Allah mendengar dan memakbulkan doa itewww....Amin!

Menu hasil air tangan kak Mai si b'day girl PPS. Weh! ingat senang ker b'day girl nak masak sendiri jamu bos2 dan kawan2. K.Mai d' one & only...

my slice...nyum  nyum nyum....delicious! marvelles! superb! brabus! tebabooo...


Ucapan untuk Nuar : ko jgn nangis kat InED tu tengok kitorang dijamu dek k.Mai ko ni, haha!
(pe sal tetiba masuk nama budak ni?sebab hati dia ada kat PPS lagi)
Ucapan untuk K.Mai : N3 ini khas untuk k.Mai terchenta... ku gagahkan jua untuk membuat post ini. Ikhlas dari apple hijau yang manis..huhu!


p/s: sori! cik apple hijau sewel sikit pagi ni...ahaks! Semoga keriangan, kebahagiaan dan kasih sayang berpanjangan di PPS!

~Adios!~

Tuesday, July 27, 2010

Tuesday, July 20, 2010

Suatu waktu dahulu...

Salam sayang semua...

Cuci mata tengok ni la pulak...

yang merah  

atau yang hijau?? (gambar ehsan Google)


pernah menjadi impian
pernah berhangan hangan untuk menunggangnya
pernah tersenarai dalam short listed kereta 'hakmilik'

setelah diimbang imbangi dengan akal nan waras
setelah dikaji kaji antara kemahuan hati atau kepentingan poket
setelah dicapai kata pro dan kontra....

apakan daya
sekali dia meragam
mahu rabak akaun gua!


p/s: Encik Ghazaly!!!wa mau yang ini boleh ka? aiyaaaak...tatak boleh ka? boleh bawak balik kampung kasi angkat itu buah kelapa sawit ma...

~Adios!~

Sunday, July 18, 2010

Friday, July 16, 2010

makan luar jer la...

Hujung minggu ini pasti sungguh membosankan. Sebab? Big apple tak de. Out stesen lagi. Mana? Yang pasti keluar dari negeri Selangor. Nampak gayanya cik apple hijau lah kene masak lagi. Waaaaaa... Tak suka masak la...suka makan jer. hehehehe..

p/s: boleh lah baca Bagaikan Puteri.

~Adios!~

gambar tak menjadi

Salam sayang untuk semua...

gambar masa pekse hari tu semua tak menjadi. gelap jer...tak tahu mana silapnya. huhu..kamera murah dek non... jadinya tak de la post pasal pekse hari tu. huk huk huk...cuba tengok kat bawah ni...agak nya camera ni pun takut cam tuan dia jugak. berdegup jantung ku...


hmmm...nak kata dewan gelap tak lah jugak. cahaya memang cukup cukup untuk orang ambik pekse. tak ape lah...

p/s: terima kasih kepada kawan kawan yang turut mendoakan. lulus atau 'kurang lulus' itu belakang cerita yang penting...pantang menyerah sebelum ajal ekekekeke..keras sangat bunyi nyer erk? pantang menyerah kalah sebelum berjuang ok skit kot...

~Adios!~

Thursday, July 15, 2010

Golden

Salam semua...

Layan jer la gambar ni. Jangan terbawa bawa dalam tidur sudah la...hikhikhik.


Gambar bukan sebarang gambar. Gambar ada ungkapan emas lagi tu... Jadi? Fikir fikir kan dan selamat beramal...

p/s: terima kasih kepada pengirim emel.

~Adios!~

sedikit pengetahuan untuk menambah ilmu

Salam semua...n3 kali ni pun agak panjang. Jemputlah baca..
Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar


Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler. Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya. Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland , pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : " Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel . Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu menunggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :
(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang  ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Sekian. Dan Allah swt jua yang Maha Mengetahui. Wa Allah hu a'lam bi Sawab...

p/s: copy and paste dari emel cik apple hijau. rupa2nya ada n3 ni kat http://reformisjalanan.blogspot.com/?expref=next-blog untuk kisah selanjutnya.


~Adios!~

belajar vs bermain

Salam semua...

Ada baca paper Mega(paper lampiran) Utusan Malaysia hari Khamis 15 Julai 2010. Fokus berkenaan Anak semakin Stres; Ingin cemerlang,anak tertekan; Ibubapa kena jadi contoh terbaik. 3 mukasurat penuh artikel/huraian mengenai isu fokus kali ini. Sila lah baca. Memang sangat berguna untuk semua.

Cik apple hijau bukan nak turut serta menyebok dan memberikan pendapat atau apa apa cuma nak menyatakan sangat setuju dengan isu fokus tersebut. Cik apple hijau selalu suarakan kepada big apple untuk menghantar anak dara yang 2 orang tu ke kelas tambahan atau orang sekarang panggil tuisyen. Nak tahu apa jawapan big apple? Tidak setuju dan tidak perlu. Dia tidak mahu anak anaknya menghadiri mana mana kelas tambahan buat masa ini! Muktamad. Sebabnya?

Babah tidak mahu anak anaknya stress. Babah tidak mahu anak anaknya tidak puas merasa zaman kanak kanak mereka. Babah tidak mahu anak anaknya asyik 'diulit' buku setiap masa. Babah tidak mahu ada paksaan yang terlampau di usia yang terlalu muda. Babah tidak mahu anak anaknya mengalami masalah psikiatri bila dewasa kelak.     

Babah mahu anak anaknya puas merasa keseronokan zaman kanak kanak. Babah mahu anak anaknya membesar secara normal tanpa ada sekatan sekatan. Babah mahu anak anaknya belajar dan bermain (waktu belajar, belajar betul betul. Waktu main, main sepuas puasnya). Babah mahu anak anaknya berjaya dengan cemerlang tetapi bukan dengan menggunakan cara paksa rela yang akhirnya akan membunuh kasih sayang anak anak kepada kami sebagai ibu dan bapa.

Masa big apple menyatakan keputusannya cik apple hijau diam jer. Dan mula memikirkan apa yang big apple katakan itu. Betul juga. Sedangkan sekolah pagi dan petang sudah cukup membuatkan mereka rushing setiap hari. Nak tambah kelas malam yang balik sampai jam 10.00pm. Bila masa nak buat homework? Nak tidur jam berapa? Kapasiti stamina dan akal kanak kanak bukan macam orang dewasa.  Bukan maksud kami mahu menongkah arus era global tapi belum masanya mereka harus harungi semua itu.

Ini hanyalah pendapat dan cara kami berdua. Tak semestinya baik dan betul. Cik apple hijau sedar ramai ibubapa diluar sana yang menghantar anak anak ke pusat2 tuisyen. Teruskan. Kami tidak pernah menyatakan apa orang lain buat pada anak mereka itu adalah salah. Tidak pernah sekali pun. Masing masing ada cara sendiri untuk menaiktaraf pendidikan dalam keluarga dan pandangan masyarakat. Teruskan jika itu yang terbaik. Untuk masa depan anak anak juga kan. Ibu bapa mana yang mahu melihat anak anaknya gagal dan terkebelakang. Betul?

p/s: Tidak ada perkara mudah jika mahukan yang terbaik. Berkorban, terkorban dan pengorbanan adalah lumrah.

~Adios!~

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...