Sunday, June 20, 2010

Kerja Kerja Kerja!! kerjaSAMA..

8.10 pagi (aku masuk kerja WP3 daaa...)
YM Raja : K. Nab, sy nak mintak tolong buatkan template senarai tugas diorang2 ni. Softcopy saya dah email. Cuma En. N**** punya jer yang cuma ada hardcopy.
cik apple hijau : Okey. No prob.
YM Raja : TQ K.Nab.
cik apple hijau : senyum & tumbs up!

Beberapa jam kemudian...

10.30 pagi
Puan D : Nab, bz tak?
seperti biasa walaupun bz macam mana pun cik apple hijau tak pernah jawab :  BZ! oh no no no. thats not me.
cik apple hijau : biasa2 jer. ada 1 benda jer nak buat template senarai tugas staf unit maklumat.
Puan D : banyak tu...
cik apple hijau : tak lah. 8 orang jer ni. boleh...
Puan D : sy dah hantar emel....bla bla bla bla....(malas nak taip byk2 hehehe)
cik apple hijau : ok. boleh boleh...

beberapa minit kemudian....

10.40 pagi
K.Mai was here! dengan rela hati nya k.Mai menarik balik kerja itu dan dengan senang hatinya k.Mai yang buat. Thanx K.Mai. I love U!! hihihihi....

Moral of the story: Suka ke tak suka ke... kerja tetap kerja. Kena dan mesti buat. Kerjasama sesama staf amat perlu bagi menjayakan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh ketua. Sedangkan haiwan pun boleh bekerjasama inikan pula kita sesama manusia. Wonder Pets. Again!

~Adios!~

Wednesday, June 16, 2010

Surat Rasmi...heheheheh!

KEPADA PIHAK BERKENAAN


Tuan/Puan

PEMAKLUMAN BERCUTI

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa saya akan bercuti dari 17 hingga 18 Jun 2010.  Sehubungan itu, blog Butterflies & Flowers ini tidak akan menyiarkan sebarang entri untuk beberapa hari. Ini adalah kerana saya turut memberi cuti rehat kepada laptop saya iaitu 'Panji Semerah'. 

3.   Walaubagaimana pun, pengunjung-pengunjung blog ini boleh mengulang baca entri-entri terdahulu dan digalakkan meninggalkan komen-komen pada ruang yang disediakan.  Komen-komen tersebut akan diterbitkan sekembalinya saya dari bercuti (jika ada).

Sekian, keprihatinan dan kerjasama daripada tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Yang benar










Cik Apple Hijau

p/s: hehehe...jangan mare. Kalau lah bos cik apple hijau baca surat rasmi ini pasti dia tepuk dahi. heheh..

Salam sayang dari cik apple hijau untuk pengunjung tetap blog ini. Cik apple hijau pasti merindui anda semua! (macam lah lama benor cuti nyer) dan lagi Jangan ditanya ke mana aku pergi...aku pergi membawa hati nan lara.

~Adios!~

Orang orang kerje Gomen...Panas! Panas!

Dah lama cik apple hijau tak bukak forum.cari tu. Tetiba hari ini tergerak nak baca mana mana yang patut. Dan tetiba pulak mata dan otak cik apple hijau terangsang untuk mengetahui kisah selanjutnya berkenaan.... FB dan Kakitangan Awam @ Isu Semasa. Waaah...lain macam jer bunyi nyer. Well, biasalah orang kerja swasta memang suka kutuk kutuk orang kerja gomen hahahahha! statement... mak pernah kerja swasta bos cina lagi, mak tau la nyiaaah! Mari lah kita baca sikit apa yang pembuka thread tu tulis. (mak copy paste jer tak kuasa nak retype).

"Aku nak tanyala, adakah jbt2 kerajaan di Malaysia ni memasang firewall bagi menyekat penggunaan FB dan lain2 laman web sosial oleh semua peringkat kakitangan mereka. Bukan apa, aku seorang peniaga online yg mengguna FB sebagai medium untuk perniagaan aku. Aku ada terima tempahan dari kakitangan kerajaan yg menggunakan lama web sosial ni, dan tempahan dibuat secara chatt atau inbox. Yang aku musykilnya, pelanggan aku ni guna FB pada waktu pejabat, sempat juga mereka ye..kadang2 aku baca gak la komen2 mereka di FB mereka..ada yg kata letih dgn perangai bos, ada yg membuat network dgn kawan2 sekolah dulu2. Aku rasa dah tiba masanya Suruhanjaya Multimedia melaksanakan atau mengujudkan akta agar di pasang firewall di semua jbt2 kerajaan agar staff mereka tak leh nak berFB.



Aku nampak banyak mudarat dari kebaikkan, dan aku rasa dah tiba masala....insentif patut diberi kpd mereka ni utk memasang broadband di rumah memasing...agar mereka boelh tergolek terlentang untuk berFB...tidak mencuri waktu pejabat.


Bos pun kenala sacrifice gak....ni tak...bos pun 2 kali 5 aja...berchatting kat FB.....What say you all...especially org2 kerajaan."

So, apa kata uols yang rata rata pembaca blog cik apple hijau ni adalah staf gomen. Tapi yang pasti opismate cik apple hijau ni kerja pasti beres. Bukan setiap masa online dan yang penting UiTM memang dah block menda2 cenggini. Kalau nak bukak jugak pandai pandailah kan. Pandai makan pandailah simpan..eh betul ker??peribahasa ni. hihihihi....

p/s: sedikit sebanyak terasa juga cik apple hijau walaupun jarang berFB(jarang ker cik apple hijau?) tapi cik apple hijau sibuk berbolog bolog(bak kata Anuar) ni banyak guna PC opis...huwaaaa...

~Adios!~

Tuesday, June 15, 2010

Kalau nak join...jomlah!

Memandangkan tugasan harian hari ini ala ala ada tak ada...
dan
bos bos pun ada yang ada banyak yang tak ada...
dan
aku pun bermaharaja lela di meja...

so,
apa yang aku buat??

oh! no no no...
bukan bergossip di bilik puan sri sariuh iteeww...
bukan juga melayari 'mukabuku'

apa lagi yang mampu ku lakukan...
kalau bukan
melayan perasaan
@
 http://www.nazurah-nazurah.blogspot.com/
dan
http://www.nazurra.blogspot.com/
baca baca cerpen dan novel di blog. huhu!

~Adios!~

...Cinta Sang Ratu

Tak tahu nak tulis apa untuk intro.

"Cinta Sang Ratu
laksana langit mencengkam purnama,
ibarat mutiara di lautan biru
saujana mata memandang, seluas langit terbentang.

Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN
pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan.

Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian"
Novel ini sudah berada di dalam laci sejak hampir sebulan yang lalu sebelum aku beli Jaja & Din lagi. Sedangkan Jaja & Din sudah lama aku khatam kan. Aku beli masa Istiadat Konvo hari tu. Sehingga ke saat dan tika ini masih lagi belum terusik. hmmm...kenapa ye???

Pertama: Ku beli buku ini tanpa membaca sinopsis/blog/comment & tanpa men'servey'nya di internet.
Ke-2 : Buku ini agak berat pembawakannya. Ramlee Awang Murshid - novelis thriller no. 1 Malaysia. Pencinta novel seperti aku (khonon!) harus mengenali dia.
Ke-3 : Hati dan perasaan juga minda ku belum bersedia untuk membacanya! (Patutnya ini yg no.1)
Ke-4 : Novel ini adalah novel kedua untuk sekual Bagaikan Puteri.







Novel yang pertama untuk sekuel ini adalah Bagaikan Puteri diikuti dengan Cinta Sang Ratu (seperti gambar di atas). Nampak gayanya aku kena beli novel yang ini dulu baru boleh baca CSR (lama lagilah 'dia' kat laci tu).

dan seterusnya Hijab Sang Pencipta.

Sambungan trilogy Bagaikan Puteri berakhir dengan Cinta Sufi. 

Antara 2 zaman : Akhir kurun ke-15 dan abad ke-21. Oh! Aku tak dapat bayangkan. Serius!

Pencarian di blog blog aku dapati sekual Bagaikan Puteri ini punya unsur unsur adventure, islamik, penuh dengan magis, perlukan imaginasi yang tinggi dan keimanan yang teguh kepada rukun Iman yang ke 6.
p/s: Ini lah entry paling susah nak buat sebab aku kene study dulu pasal novel novel ni. (Tak habis study sebenarnya).

~Adios!~

Monday, June 14, 2010

Aduyaiii Bos... & Kemas!

Aduyaiiii...nampak gayanya hari ni juga ceq kena berkemas. Kemas segala macam benda mak nenek yang ada kat meja ceq ni. Fail sikit punya banyak kat atas meja, bawah meja, dalam laci, itu belum campur fail peribadi lagi. Tak boleh jadi ni!

Sejak bos menerima porfolio baru tak pasal pasal ceq pun terima tempiasnya. Dari Projek Taman Negara tukaq Pengurusan Data. Terkejut terkejut ceq dibuatnya. Sib baek ceq tak dak sakit jantung bos. Ceq ni plak lambat pick-up, blur blur jer bila ditanya pasal bab bab data ni. hehehehe....Aduuh bos...Awatlah bos terima jawatan baru tu?ceq tak gemar sungguh! Ceq tau bos pun tak suka jawatan dan kerja yang baru ni. Bos tak suka ceq laaaagi tak suka. Tapi apakan daya....bak kata bos selalu.."sekali air bah sekali pantai berubah..."

Ok. lets start now! dok merapu bila kerja dah mula.

p/s: Bos, kalau projek taman negara tu...Fasa 1, Fasa 2, berpuluh puluh tajuk projek, beratus ratus researcher tu ceq tak gentaq tapi kalau bab data data ni ceq meeemang kecut perut. Aduyaiii bos....

~Adios!~

Sunday, June 13, 2010

Tinggal Hangan Hangan ajer la...

Masa cik apple hijau pregnant anak pertama dulu...
Kalau dapat anak lelaki cik apple hijau berhangan hangan nak letak nama Tuah Iskandar bin Mohd Ghazaly. Hehehe...jangan gelak. Tapi Allah Maha Berkuasa. Nurul Ashiqin bt Mohd Ghazaly wujudnya.

Masa cik apple hijau pregnant anak kedua dulu...
Kalau dapat anak lelaki cik apple hijau sekali lagi berhangan hangan nak letak nama Jebat Iskandar bin Mohd Ghazaly. Wow! begitu klasik rupanya cik apple hijau ni. ekekeke...jangan gelak. Tapi Allah Maha Mengetahui. Nuruk Sakinah bt Mohd Ghazaly wujudnya.

Masa cik apple hijau pregnant anak ketiga hari tu...
Kalau diizinkan dapat anak lelaki cik apple hijau untuk kali ke3nya berhangan hangan nak letak nama Adam Iskandar bin Mohd Ghazaly. Hahaha...jangan gelak. Tapi Allah Maha Bijaksana. Nurul Aisyah Iman bt Mohd Ghazaly wujudnya.

Adakah cik apple hijau suka berhikayat? berhangan hangankan si Tuah dan si Jebat?
tetapi mengubah haluan pula? Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh....
oh tidak tidak....ada banyak sebab tapi sebab yang palin fofular ialah cik apple hijau sebenarnya peminat...ta daaa....Ally Iskandar! Hahaha...jangan gelak. Eh!kiut aper si Ally tu!cuma dia rendah skit la tak macam big apple ku iteewww..hikhik.

p/s: cik apple hijau dapat idea tulis entry ni bila k.Jun sebut nama Ally Iskandar tadi. Thanx k.Jun...

Kawin-kawin @ cuti-cuti sekolah

apple hijau : asal cuti sekolah jer berebut rebut buat kenduri kawin. Cuti biasa tak boleh buat kenduri kawin ker?
big applekita yang terkejar kejar nak pegi. Banyak sangat sampai tak terpergi. Bukan tak nak pergi.
statement : bayangkan 5 buah rumah kene pergi dalam masa 1/2 hari!!weng weng weng....(tp sempat pegi 3 rumah shj)

Fenomena biasa bila musim cuti sekolah datang. Cik apple hijau dulu kawin juga walaupun bukan musim cuti sekolah. Majlis berjalan lancar juga. Tetamu ramai juga. Saudara mara pun berkumpul juga. Dapat orang jauh lagi!! hikhikhik...

Cik apple hijau sempat snap gambar yang ni jer...kat rumah lain dah tak larat sebab dah sakit kepala yang teramat sangat disebabkan cuaca panas. Tambahan cik apple hijau jadi driver kepada big apple. Big apple memang suka dera cik apple hijau, tau!


Layanzzzz aje la ye..

 Muka bosan jer my3princess ni sebab lama sangat tunggu babah bersiap. hihihi!

Pengantin perempuan iteeww anak kepada sepupu cik apple hijau. Dulu aku tengok kau budak budak lagi Eira. Comot jer ngikut kat belakang mak kau tu. Hari ni aku tengok kau dah naik pelamin?? Dah tua aku rupanya yer... (Tak sempat nak snap sebab pengantin jalan cepat sangat!)

I loike bunga manggar ini. Cuba perhatikan baik baik. Bunga manggar gula gula. 
Ecah : Atuk Sarip...ecah nak tu.  
Atuk Sarip : Oh boleh boleh... nah nah...

 Nina suka sangat dapat gula gula manggar iteeww.

Rumah ke2. Lokasi : Sungai Buloh (lama tak datang Sg Buloh ni) Rumah kawan big apple masa dia bujang dulu. Bukan kawan dia yang kawin tapi dia kawinkan anaknya. hmmmm...kawan big apple dah kawinkan anak?

Hahaha...budak budak. Apalah yang  best sangat bunga tu sampai gondol dikerjakannya. Masa ni kepala cik apple hijau dah berdenyut denyut macam nak pecah! Rumah seterusnya...blogger dah surrender. 

To be continued...
(sebab nextweek ada lagi jemputan kawin kawin @ cuti cuti sekolah @ kampung big apple plak...)

p/s: Ms Pearls, cepatnya Ms Pearls update blog. Tak terkejar...

~Adios!~

Saturday, June 12, 2010

Ummi, Baby nak baby!

Terkejut beruk ummi dengar baby punyer statement. Gara gara menonton iklan yang ada baby. Tak ingat iklan aper. Johnson & Johnson ke haper ntah... Ummi yang tengah relax relax terus terduduk. Waaaah...main kasar si kecik ummi ni. Slow talk ngan si kecik. Akhirnya dia pun angguk angguk tanda faham. Apa yang dia faham pun ummi tak tahu. Janji dia tak buat statement macam tu lagi. Mau pengsan dibuatnya!

Ummi text kat babah terus.

babah : dia nak jadi kakak la tu.
ummi : Jangan nak mengada. NO!


Kalau baby nak jadi kakak... tak boleh lah nak peluk peluk baby ajer.
Baby...baby...

~Adios!~

Friday, June 11, 2010

Girls Day Out! part 2 - sesi makan makan

Hah!inilah masa yang dinanti nantikan. Walaupun ada yang cakap tak nak makan cukuplah dapat bersantai di rumah Dr Yati ni tapi...itu hanyalah omong omong kosong sekadar memeriahkan suasana dan mengambil hati tuan rumah. hahahaha...orang berbudi kita berbahasa..mana boleh tak makan. Jom jom...

Layanzzzzz

Ye. Sila sila jangan malu malu ye.

Aik!nak makan apa pun nak discuss dulu ke k.jun, k.mai?k.ida steady jer...hihi!

Sambil posing sambil makan... k.ida dah menyinsing lengan baju, tandanya?ready untuk...seraaang!!!

Di antara menu yang dihidangkan (gambar ehsan Ms Shadow) cik apple hijau syok snap tempat lain.hikhik..

and.....my plate! banyak kan cik apple hijau makan patut lah badan dah ... Diet? tak de makne nyer!

Biskut paling sedap. Teh paling sedap tak sempat nak snap, laju jer masuk kerongkong sedap sangat. Pastu perut pun sedap jer kembung.

Acara yang ditunggu tunggu. Bergambar kenangan bersama tuan rumah. Cik apple hijau tak de sebab jd fotographer nyer. Cik apple hijau kan blogger jd kerja2 macam ni memang biasa. (poyo!) hikhikhik...

Inilah tuan pada rumah yang tersergam indah iteewww. Thank you Dr. Terima kasih pucuk ubi di atas jemputan ini. Semoga rezeki akan lebih melimpah ruah....Amin! 

Aduuuuh! letih mak meng'upload' gambar gambar ni nyiaaah oii! hal-maklum lah mak guna berukben cap ayam jer. Korang layan jer la mana yang ada. Lagipun mak dah transfer semua gambar kat PC korang kan?

~Adios!~

Girls Day Out! part 1

Hari Jumaat yang indahnya...hehehehehe

Jemputan eksklusif dari Prof Madya Dr Norhayati Mohamed ke rumahnya di Kelab Golf Sultan Abd Aziz Shah, Shah Alam. Peeeeergggghh...wa cakap lu...tengok lah sendiri ye tuan tuan dan puan puan.. bagi staff lelaki jangan jeles..tengok gambar ajer la korang...

Layanzzzz...

Perjalanan tengahari ini ditaja oleh Nissan Serena Ms Shadow.

Ms Shadow memang pemandu profesional. Tak caya? tengok je la gaya dia memandu tu... tak padan dengan kecik. hehehehe....Fuuh!berpeluh....bila dia tekan minyak.

K.Zaidar : Korang kat belakang tu duduk elok elok, jangan nak memekak berkaraoke bagai. Akak sakit  kepala ni! 

Aku : Ye lah kak...kitorang berposing je ni...
(apasal gambar jadi macam ni?) suka hati kau la labi...

Salah satu pemandangan dalam kelab golf sebelum sampai rumah PM Dr Yati.

Mamat guard ni bising bising plak bila orang ambik gambar dia. Orang nak masukkan dalam blog pun tak nak. Apa da... haku peduli hapa!

Melaram dulu. Itu sudah pasti. 

Lagi lagi melaram. Gemuknya cik apple hijau! Tak boleh jadi ni...tak de makna nyer...hikhikhik.

Ketibaan tetamu yang lain. Group kami yang terawal sampai so tugas cik apple hijau la snap gambar tetamu yang baru sampai. huhuhu!

 k.Z, k.Das dan cik Sue. Model terbaru PPS. Pheeeeewwwwwiiiittt....

 Yang kat belakang tu leka melihat pemandangan luar. Yang duduk tu plak leka berposing.

 Ya ampuuuuun....gedix sungguh! 

Aduh...letih nak upload gambar. Ini baru sesi bergedix gedix belum sesi makan makan dan sesi berfoto foto.

To be continued...

~Adios!~

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...