Wednesday, March 31, 2010

ecah @ iman @ baby...


....dari tapak kaki sekecik 2 jari
 
Pipi tembam, mata sepet...ikut sapa ntah.

2 bulan. Dengan kakak Nina. Hari Raya Haji. Baru habis pantang.

Tak hengat berapa bulan. 3 bulan kot. Tu tangan babah.

Umur 4 bulan.

5-6 bulan. Masa ni muka memang muka tak de perasaan. Masam manjang..

7-8 bulan kot. Tengok perutnya tu gendut jer mcm perut babah...

9 bulan. Dah mula sibuk nak berjalan.

Hari Raya Aidilfitri 2008.

Dengan babah dia la sapa lagi,kan? Umur 1 thn ++ kot.

Nak ambik gula gula ni. Melawat ofis ummi tengok ikan.

Ish ish ish...anak dara tapi lasaknyer...

Muka sedih sebab perut tak sihat. Raya 2008 jugak.

Kat pantai PD. Balik dari PD kulit terus 'ireng'. Masa ni lah abang Nuar ngorat ecah. ekekekekek....ups!

Balik dari skewl main dengan abang Fawwaz, sepupu.

Gambar latest sebelum camera ku hilang!

Iman ada pasangan kembar...kembar hari lahir jer lah. Mak pak lain. Anak buah punya anak namanya Husna. Nanti kalau jumpa i ambik gambar Iman dengan saudara kembarnya Husna yer... Sekarang Husna dah jadi kakak kepada baby boy... Bila Iman nak jadi kakak?eheheheheh....udah udah le tu. Tak larat dah nak melayan 3 dara pingitan yg ada.

Rasa Macam Nak Demam la....

Rasa semacam jer badan ni....asyik kene hujan jer kot tu yang macam nak demam. Ditambah dengan kurang tidur. 2 hari lepas little princess meragam jam 2 pagi baru i tidur itupun terjaga jaga sebab dia pun tidur tak lena. Semalam boleh tahan lagi rasa mengantuknya. Hari ni....lunch our terus bum!zzzzzzzz....

Friday, March 26, 2010

Mari Bermain Warna

Hish!tak syok betul lah bila nak menulis tapi tak de gambar nak letak. Tajuk dan idea dah ada tapi gambar yang colourful takde tak best la, kan? Halmaklumlah...kamera ku masih lagi 'menyorok'. Jadinya, alternatif yang i jumpa marilah kita bermain warna untuk sepanjang minggu. Yeah!lets go bebeh!

Bukan nak ajak pergi pertandingan mewarna ye adik adik ku sayang...hehehhe. Uols ada tak rasa malas jer, tak best jer bila nak gi kerje? Ala...jangan nak tipu mesti ada punyer. Kajian mengatakan colours memainkan peranan dalam kehidupan kita. Oleh sebab itu (wah!ayat buku nampak...) colour baju yang kita pakai sehari hari juga perlukan keserasian kerana ia akan mempengaruhi kehidupan seharian. hmmm...mcm ayat berulang jer....

Isnin - uols pakailah baju colour PUTIH tapi jangan lah over nyiah oii jgn pakai baju pengantin.
Baju yg basic putih dah memadai. Okey?

Hari Selasa pakailah PINK/merah jambu. Tak kiralah baju ke tudung ke serba pink pun oker aper?
kasut handbag pink. Auw!!

Tak kiralah apa jenis biru pun biru tua ka biru cair ka biru laut ka biru firus ka pokoknya BIRU untuk hari Rabu!

Baju ini hanyalah hiasan semata mata ye Cik Piyah. Orang kerja gomen kan kene pakai baju Batik hari Khamis. Kalau ada baju sutera batik colour KUNING/JINGGA lagilah dialu-alukan dipakai pada hari tersebut yer.

Amboi cantiknya baju Datuk ni ye...HIJAU is my pebelet colour woo..kalau disuruh pakai hijau sepanjang minggu dari Isnin ke Jumaat pun boleh. Hijau amat serasi dengan Jumaat.

Hari Sabtu kan hari untuk kita bersantai santai jadi MERAH amat sesuai pada hari ini. Orang kata merah tanda berani, betul ke?

Selalunya ada kenduri kahwin kan hari Ahad ni tapi uols jgnlah bantai pakai hitam gi kenduri plak walaupun tak salah. But,colour for sunday is BLACK! Bukan ke black is beauty? hmmmm....

Sebenarnya setiap colour itu membawa maksudnya yang tersendiri hingga boleh mengawal emosi kita pada 7 hari itu. Nanti kita cerita lain entry okey? Ini kira basic la ni...Adios!

Wednesday, March 24, 2010

sifu ku kembali pulih

Alhamdulillah....syukur kepada Allah s.w.t sifu dah kembali pulih dan ceria walaupun masih lemah.

Kami tetap mendoakan sifu akan sihat sepenuhnya yer...

Pagi yang Indah tapi Kucar Kacir....

Seperti mana yg uols tahu kan, my dear hubby out stesen lagi...walaupun tak lah jauh mana perginya Kuala Pilah tu jer. Well, u know me if my dear hubby tak de memang kucar kacir jadinya. Kelam kabut semua heheheh...tapi Alhamdulillah my3princess tak banyak hal pagi ni.

Tapi bila part little princess nak mandi tiba tiba dia terbatuk dan keluarlah semua susu yang baru diminumnya. Ah!sudah..melambak kat sofa. Kakak dua orang tu dah ready nak gi sekolah kenelah tunggu ummi siapkan baby dan bersihkan apa apa yang patut. Siap semua hantarlah kakak ber2 tu ke sekolah, jamm pulak kat kawasan sekolah tu...ish ish ish. Sekolah kecik tapi semua kereta nak masuk (termasuklah i).

Settle semua lega....sib baik princess ber3 tu breakfast. Jalan kat Puncak Perdana jamm, banyak benor kenderaan. Lagi sadis dihadapanku satu trellar sarat dengan muatan!hmmm....sabo ajer la...masuk highway Setia Alam kereta ku pulak haus nak minum. Dalam kepala otak dah terbayang Seksyen 7 yang penuh dengan deretan kenderaan tu. Pukul berapalah nak sampai ofis ni? Orang lain semua laju jer...i sorang yang terkedek kedek 120km/jam pun tak sampai.

At last....8.34am baru dapat punch! ngeh ngeh ngeh...

me : Encik Ipin...tolong sain punch card saya. (Dengan muka sengih sengih). Naik lagi la nama den bulan ni...

Tuesday, March 23, 2010

cepatnya masa berlalu....

Ya! Memang begitu cepat masa berlalu. Tiba tiba jer rasa lain macam bila baca kisah Anuar Zain kat Kosmo hari ni. Anuar Zain dah 40 tahun! Punyalah hensem bergaya mamat ni dah 40 tahun rupanya dia...ish ish ish...padahal bujang trang tang tang lagi tu.

Terkejut dan rasa macam tak percaya umur dia dah banyak tu...barulah tersedar...i pun bukannya muda lagi! Itulah sebenarnya yang i nak cakap. Umur i pun dah banyak (walaupun tidaklah banyak macam Anuar Zain tu) ngeh ngeh ngeh. Yang menjadi masalah ialah...i tak rasa yang umur i dah banyak tu senang cakap perasan muda. Ahaks! padahal anak dah berderet.

Begitulah cepatnya masa berlalu. Rasa rasa macam baru semalam i bersalinkan si Qiqin alih alih dah 9 tahun umurnya, Nina 7 tahun, Ecah @ Iman pun dah 2 tahun 5 bulan.

Dulu, masa zaman muda muda sibuk bila lah boleh pakai baju glam!high-hill, hand bag fuh!macam macam lagilah pakaian orang dewasa. Sekarang bila memang itulah yang sepatutnya kita pakai tak nak lah pulak...bila outing ngan family pakai sandal or sport shoes, jeans, sling bag etc. OMG! apa sudah jadi daa...

Monday, March 22, 2010

novel novel novel...huhu gila novel

Pesta buku Antarabangsa 2010 sedang berlangsung kat PWTC. Kalau ikutkan hati memang nak gi dan borong novel novel yang best best tahap tangkap leleh mengusik jiwa tu...hahahha tapi apakan daya hangan hangan jer tinggi. Tengok la hujung minggu ni kalau my dear hubby nak bawak...kalau tak gigit jari jer la...

Walaupun tak dapat pegi i dah dapat beli 4 buah novel keluaran Jemari Seni Publishing (JS). Baru habis 2 buah Versus by Hlovate dan Tentang Dhiya by Syud. Huh!jenuh nak menghabiskan 2 buah tu.  Ada lagi 2 tu (dalam beg sorok dari pandangan my dear hubby)ngeh ngeh ngeh. Itupun my3princess dah bising sebab ummi sibuk baca novel jer...heheheh. Sib baik my dear hubby tak de. ops! ops! ops!...makan pakai 3princess dan kerja rumah beres tau.

Sebenornya i kirim kat doter k.sari, Syaira. Thanx Syaira! i love u...hehehhe. Nanti kalau kamera i dah tak 'menyorok' lagi boleh lah shoot novel2 tu ye. 1 entry khas untuk novel every month maknanya 1 bulan 1 novel hah!camtu lah kira kiranya. Nak tau apa komen komen pasal novel novel tu...tunggu je lah erk?

Sunday, March 21, 2010

sifu, get well soon...

This entry is special dedicated to my sifu, Ms Pearl. She was admitted at hospital since last weak.


Ms Pearl, kuatkan semangat. Remember ur Porcelain Doll. Tentu dia risau and missed her mummy very much. And ur lovely husband, En. Megat mesti risau dan sedih yg teramat sangat jugak. Makan ubat dan dengar cakap doctor ye Ms Pearl. i wish Ms Pearl akan cepat cepat sembuh dan sihat seperti sediakala dapat menjalankan tugas dan menamatkan study dengan jayanya. Amin!

Bila dapat tahu Ms Pearl a.k.a sifu masuk hospital, mood menulis di blog terus merudum...plus my camera was MIA...

Kamera ku Hilang!!!!

Baca tajuk jer dah tau kan? Tu pasal lah lama tak de cerita baru...huwahhhh...sedih siut!

Macam mana boleh hilang? tak tau la...Rasanya tak lah hilang betul betul. Rasanya ada lagi kat rumah tapi dah habis satu rumah cari dan geledah tapi tak jumpa.... blank! jer bila nak ingat kan semula mana letak hari tu. Minggu lepas sebenarnya! MIA...huk huk huk.

Sebab tu la dah lama tak menulis kat blog ni. Ye lah bila gi mana mana tak ambik gambar jadi tak de bukti la kan? Setakat taip, tulis tak de bukti apa kessss?

Tak pelah nanti i korek 'tabung' pegi beli yang baru....

nota: MIA - Missing in Action la....

Sunday, March 14, 2010

Blogger Pergi Ceramah!Huhuhu...

Yeeeehah!Dunia dunia juga alam akhirat jangan di lupa. Itu pasal lah Jumaat lepas i pergi ceramah sempena maulidurRasul. Isi kandungan ceramah macam biasalah dah namanya ceramah maulidurRasul. Flashback kisah2 Rasulullah S.A.W Junjungan besar kita dan para sahabat serta mujahid2 Islam yang lain.

i tak nak lah cerita apa yang ustaz telah sampaikan cuma i nak turut serta mengwar warkan majalah SOLUSI yang telah diperkenalkan oleh Al-Fadhil Ustaz Zahazan Mohamed. Ikhlas sebelum ni tak pernah tengok dan tahu about magazine ni. Halmaklumlah sebelum ni kan i beli majalah Pa&Ma ajer. i dah beli dah majalah ni.tapi tak hengat plak keluaran berapa??17 kot.hmmm...memang best!

Antara yang menarik Hukum Berkenaan Facebook?(tak berapa hengat jgk tajuk hehehe byk makan semut!)hohohoo...nak tau apa hukumnya?Beli lah sendiri bukan mahal pun RM9 jer. Bagi orang macam i ni yang kurang ilmu agamanya sesuailah untuk menambahkan ilmu di dada. Setiap persoalan akan diulas dan dihujah beserta contoh melalui ayat2 suci Al-Quran atau Hadis Soheh. Hah...kelazzz gitu! Wallahu'alam...

hah betul lah edisi 17...keluaran Telaga Biru.

Friday, March 12, 2010

my emel

Diam tak diam dah 2 bulan blog ni beroperasi. Di bawah ini adalah emel saya kepada rakan rakan sepejabat terutamanya(tak semua) dan my BFF nik serta my cousin semasa mula mula nak war warkan blog ni awal februari 2010.

"Salam,

kawan2 yang dikasihi sekelian...
sukacitanya dimaklumkan bahawa saya dah ada blog!
heheheh
jangan lah salah sangka ye kawan2 sekelian...
ia hanyalah untuk hiburan walaupun kisah didalamnya adalah benar, about myself, my3princess,friends n family.
blog ini tidak bermaksud apa2, jauh sekali mahu menunjuk2 (xde benda yg nak dimegahkan pun....)
sekadar ingin turut serta menjadi blogger..ngeh ngeh ngeh....
juga tempat untuk meluahkan rasa, perasaan suka duka gembira sedih. bukan semua perkara kita boleh bercerita dan luahkan pada insan yang bergelar 'manusia', betul tak?
dengan adanya blog ini dapatlah saya berkongsi dan curahkan idea, pendapat bersama kawan2 sekelian. juga meringankan kepalahotak yang kadang2 berserabut.
sehubungan itu, sudilah kiranya berkunjung ke blog saya dialamat : http://pu3ofmine.blogspot.com/
saya budak baru belajar jadi, janganlah high expectation ye. kalau ada apa2 boleh komen entry saya di link comment yang disediakan dan jangan lupa daftarkan diri anda sebagai follower saya ye...
tak semestinya kawan kawan kene ada blog baru boleh jadi followers saya tak de blog pun boleh jadi followers just sign in, okey?
To Ms Pearl, my sifu thanx a lot! jasamu akan ku kenang selamanya.
Sekian, kerjasama dan perhatian kawan2 sekelian amatlah dihargai dengan ucapan ribuan terima kasih."
 
p/s: Penambahan ayat dan perkataan terpaksa dilakukan. Kasi canteek itu ayat.

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...