Sunday, January 15, 2012

Salam


Maafkan aku
tidak pernah aku melupakan mu
keadaan sungguh tidak mengizinkan

Maafkan aku
bukan aku sengaja meninggalkan mu
situasi begitu tidakbersesuaian

begitu banyaknya airmata
begitu besarnya pengorbanan
semoga Allah memberikan aku kekuatan
semoga Dia memberikan aku ketabahan
semoga Yang Agung sentiasa menjadi pendampingku

di sini
di daerah asing
hati ku meruntun
sepi
sayu
berteman sedu....

*sahabat, tolong doakan ku di sini...TQ. :(

Saturday, October 1, 2011

kekosongan


Malam masih muda. Malam minggu. Malam yang di tunggu tunggu oleh muda mudi. Si tua tui pun ada juga yang ternanti nanti kan malam minggu.. :P tapi....malam minggu ni...manyak bohsan la! aiyaaaak...apa mau bikin??

kemas rumah... apa ke jadahnya malam2 buta ni mengemas mengemop bagai...itu kerja siang hari sabtu gitu..
basuh baju lipat baju sidai baju...ditanggung beres dong.
3princess...Malam ni bagi kata 2, ulangkaji atau tidur awal. No TV tonite! Baru dia tau ummi dia garang :P
BigApple...malam minggu pun keghoje kome...carik rezeki begitu le ye...
FB...malas la. dua 3 menjak ni...jadi pemerhati jer...yang baik dicontohi yang buruk dijauhi :)
Novel....tak de stok baru!
Games...tak de perasaan.
TV...macam tak de cerita best jer... oh ya tadi ada tertengok masa dok tukar2 channel tu...si kak Ramlah Ram...eh! pesal muka dia jadik gitu erk? owh...teknik make up kot. ok ok sangka baik...ala sesekali nak bergosip. heh heh! okey, abaikan! cikapplehijau tidak bergosip didlm belognya ye...
'Bergayut'...ha ha ha...masa itu sudah berlalu...lama dulu... no more gayut gayut ni...

Aduuuh...apa yg mengarut ni cikapplehijau?
Lama tak dengar tazkirah. Lama tidak membaca. Lama tak hadir kursus. Ketepuan melanda. Yes, itu sebenarnya yang membuatkan kita kadang2 'kosong'.

Ilmu tidak datang dengan sendiri. Ilmu mesti dikejar di miliki diamal dituntut oleh sesiapa sahaja. Ilmu tidak kenal usia. Terlalu sedikit yang kita tahu. Semakin kita mencari dan mendampingi ilmu semakin kita tidak tahu apa2.

Semoga Allah swt memberikan kekuatan ketabahan kebersihan hati, akal dan fikiran untuk ku dan anak2 ku dalam usaha memperoleh ilmu. Ameen. 

p/s: tetiba rasa lapar pulak tengah2 malam ni..kalau buat hot choc cecah biskut..hmmm mesti sedap. Jgn tiru aksi ini!tidak sesuai utk pertumbuhan dan kecerdasan otak..heh heh heh!

salam sayang
dari haku yg sering terleka ketika menuntut ilmu, lalai mengamalkan lalu hilang pertimbangan..

Wednesday, September 21, 2011

keluh kesah siri 1...

Assalamualaikum...

Masa berlalu begitu cepat. Dua minggu berlalu tidak terasa. Walaupun begitu...saya masih dan terus menghitung hari. Berdebar debar gituh...heh heh!

Sudah 2 minggu juga pelajar2 baru dan lama mendaftar dan memulakan kelas untuk semester ini. Keadaan masih lagi kucar kacir. Sepatutnya di zaman berteknologi tinggi beralaf baru bertaraf global ini tidak terjadi perkara2 remeh yang memeningkan staff dan pelajar2 juga. Owh...what de?

Sikap pelajar juga kadang kala menjengkelkan! Macam2 ragam dan gaya. Ada yang baik, sopan, terlampau, haru, biru, gedik, manja, gerun, ...huuuuh! tidak terlafaz dek kata2. Dilayan kita sakit...tak dilayan carik penyakit namanya. Bersabar ajer la. Layaaan ajer la pro kata nya..padehal... ?? :P

Cuma kadang2 terfikir sendiri...kalau lah cara anak2 bangsa ku ini ini tidak berubah, tidak diubah, tidak pernah mahu berubah...sampai bila bila pun bangsa ini tidak akan berubah! huh!bersalfasah pulak...(rosak bahasa! falsafah la) :(

p/s: Minggu ni Puncak dah ala ala kat Cameron Highland. Bangunan FPTP ni dah macam hotel Equatorial dah dr jauh...huhuhu!

Sekian, salam sayang dari Puncak...dengan kata2...kerja biar ikhlas!

Saturday, September 10, 2011

kisah kau dan aku..

Bismillah...

Sana sini masih lagi berkisahkan raya. Jalan raya, balai raya pastinya sesak sebab sana sini ada open house, open table...

kisah 1
Walaupun raya masih terasa di serata Malaysia tapi apakan daya bila tugasan lebih memerlukan perhatian. Syukur semua berjalan lancar di hari pendaftaran pelajar untuk semester September 2011 - Januari 2012. Proses persediaan bermula sejak bulan puasa lagi. Tu pasal lah i lama tak hupdate dek noon. Bizi gituh... :P. Alang2 masih dalam mood raya makanya kami pun bertugas dengan baju raya...

lihatlah betapa memasing ceria dengan baju raya, tudung raya, kasut raya, seluar raya...raya raya raya...kaya raya jer yang tak...ha ha. Lega bila satu bab sah settle. Ada byk bab lagi lepas nih...harap2 semua berjalan lancar juga.

kisah 2
Dolu dolu...masa dok Kayangan majlis hari raya ofis disambut dah nak hujung hujung syawal. tunggu line clear baru buat. La ni kat Puncak lain plak caranya. Awal2 dah buat majlis. Bukan nya apa...hal maklum nextweek sem baru dah mula. Bila class dah mula semua orang dah bizi. Makanya majlis sambutan raya fakulti pun di awalkan... Temanya Merdeka Raya.

Hamboi2...melaram korang yer...

Mantan Dekan...Fakulti OM dah kawin dengan fakulti Business...sob sob..sedey...kami dah bukan sebuah fakulti lagi. Lepas ni tak de Fakulti Pengurusan & Teknologi Pejabat lagi kat UiTM. uwaaaa!!!

Booth Aras 16 (ofis kami ler) menghidangkan ubi rebus dan sambal ikan bilis...bersama air kopi asap berkepol kepol..

juga...laksa johor d'boom yang menjadi rebutan para tetamu...memang mabeles!

Booth2 para lecturer yang mewakili setiap level...15, 14 dan 13. Macam2 acara diadakan (masuk 1 acara ~ bidan terjun you). makanan memang macam2 dan tak larat nak rasa semua!

kisah 3
Puasa sudah. Raya pun sudah. apa lagi?? kenduri kawin lah pulak... Dalam perancangan kita yang bernama manusia memang tidak boleh melawan rancangan Allah swt.

Hari ini adalah majlis walimahtul urus rakan sepejabat CAH masa dok PPS dulu, Nurul Hidayah. Kami semua akan berkonvoi dari Shah Alam ke Sg Siput, Perak sebanyak lebih kurang 10 kereta. Walaupun big apple tak boleh ikut CAH dan anak2 telah kompemkan kehadiran. Hal maklum...rakan rapat, kan? Antara yang hadir ialah Prince Halilintar, Fenn, Acap, kak Shida...huh! semua tokey2 belog nih.

Memandangkan cikapplehijau tak dpt pergi ke majlis itu...

untuk Nurul yang dikasihi....
Selamat pengantin baru.
Ketahuilah olehmu bahawa doaku sentiasa mengiringi mu.
Semoga kebahagiaan, kedamaian itu kan jadi teman mu. 
Semoga mimpi indah kan jadi milikmu.
Semoga kesabaran dan kesetiaan selama ini terbalas jua.
Semoga tidak ada airmata kesedihan lagi.
Tabahlah dalam mengharungi dunia baru mu.
ape2 pun...sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri...huhuhu!

nurul (tudung coklat) bersama cik wawa, officer PPS (sori, not available hehe..)

kisah 4
Nak tau kenapa kami tak jadi gi kenduri kawin si Nurul tu?

@klinik.
Sebab duniawi... little princess demam! Mata yang layu. Suara langsung tak keluar. Dok berkepit ngan babah jer (sebab dia tau ummi dah tak larat nak kokong dia).
Sebab hakiki... dan Allah jua yang Maha Mengetahui! Setiap apa yang berlaku ada hikmah nya yang tersendiri. Terima lah dengan hati yang terbuka.

kisah 5
Badan dah letih. Mata pun dah nampak bantal jer. Mengomel pun dah panjang ni...apalagi?? Selamat tido.  Anak2 pun dah tido. Malam ni semua menyempit2kan bilik ummi memasing ambik peluang sebab babah tak de. Ops! sebelum lupa...maaf ye rakan2..tahun ni sy tak buat open haus atau pun open table...tahun depan lah ye...tunggu rumah sendiri InsyaAllah.

Salam sayang
dari haku yang hasyik memasang hangan2...

Wednesday, September 7, 2011

tak sedar

Assalamualaikum...

dalam diam yang tak diam ni rupa2nya bulan dah berganjak jauh. Bulan Ogos ditinggalkan dengan 1 n3 jer...ish ish ish....apa nak jadi dengan cikapplehijau ni ye?...:P

mesti ramai yang rindu ngan cikapplehijau ni kan? kan? kan? ala...ngaku jer la...heheheh.... udah2 la tu..perasan tak abis2..:D

sebab dah lama sangat tak tunjuk bakat terpendam ni... memang betul2 terpadam jadinya idea2 bernas cikapplehijau ni...sampai tak reti nak tulis apa :P

tak sengaja. tak sengaja tak hupdate. boley?

sambutan hari raya yang memenatkan. pulang ke Inderapura... merantau seketika ke bumi hang tuah... owh...keletihan akal dan fikiran! *gambar2 raya pun belum abis transfer ke panji semerah ni.

dunia pekerjaan...InsyaAllah tinggal 2 bulan lagi sebelum tibanya November. Enjoy yourself! enjoy kerja2 anda! dan enjoy melayan peél orang! set dalam minda "hari esok lebih mencabar dan lebih memerlukan kekuatan!" so, just ignore benda2 tak penting tu.

apa lagi nak cerita? family...3princess...makin cantik dan ayu macam ummi dia. hah? eh! tak lah. main2 jer...sihat wal a'fiat alhamdulillah... babah? lepas raya ni perut dah normal kembali macam2 dolu2.dah tak sebuk kata seluar longgar..ngeh3x.. dan dah gian nak gi memancing... :(

princess polka dot...

salam sayang
salam aidilfitri
salam kemaafan
salam penuh keikhlasan...

p/s: berazam kembali aktif berbelog... :)

Tuesday, August 16, 2011

itu ini...begitu begini

Salam Ramadhan....

YA. Begitu lama tidak dihupdate ini belog.
HADOI. Selalu berhenti di pertengahan jalan.
HAMPEH. Tulis tak abis.
PENUH. Draft..draft..draft...
SELALU. Memang begitu lah.
SELAMAT.Tinggal kenangan...

Sebenarnya bukanlah sengaja mendiamkan diri tapi terpaksa (alasan! ha ha) Beberapa hari ini(mungkin lebih) saya berada dalam keadaan stress yang terlampau. Mak guru saya kata kalau kita tengah marah atau dalam keadaan emosi yang tidak stabil maka kita dinasihatkan supaya tidak menulis apa2. Ditakuti ianya akan meninggalkan kesan yang tidak baik kepada diri kita, keluarga dan orang disekeliling kita juga kepada pembaca2 omelan kita iteww nanti... Owh! begitu rupanya...iye ke?  

Apo nak di kato... Manusia begitu banyak ragam dan karenah nya. Semoga saya tidak jadi begitu... Na'uzubillah. Saya ingin menjadi orang yang baik baik. Tidak mahu menyakiti orang di sekeliling saya. Tapi keywords kehidupan saya mudah sajer...saya kurang ajar pada orang yang kurang ajar pada saya ... Eh!ganasnya saya...saya ke tu?

Sungguh2 saya nyatakan saya sangat stress, tertekan di sini...ditempat baru ini. Setiap hari saya berdoa agar kesabaran sentiasa berpihak kepada saya tetapi akhirnya...dibulan nan mulia ini kesabaran itew tercalar jua... Kerja banyak menimbun...apa ada hal...i terlatih u! (poyo) kalau tak tahu i tanyalah sape2 yg terror,kan? Tapi bila orang membola bola kan saya (dia tak tahu saya ni suku sakat bola2 api huhu..), merendah rendah kan saya (walaupun saya memang tidak cukup ketinggian he he), bercakap dengan nada yang bersinis sinisan, buat muka dan menjeling2 di desktop saya, berlagak hebat, terlalu ego dan menuduh saya sengaja tidak mahu datang kerja walau pun saya ada surat (MC) dari Tuan Doktor! mahu saje saya suruh dia call ofis lama saya tu. Dia hingat saya ni minah ponteng ke? Huh! ini sudah lebeeh...siapa boleh sabar,kan?

Saya memohon untuk ditukarkan ke jabatan lain dengan seribu harapan...dengan hati yang terbuka untuk menerima sesuatu yang baharu. Saya sangat sedar bila ke tempat baru saya bukan lagi otai(otailah sangat...ha ha) saya akan belajar dari bawah semula. tapi itu tidak mengapa..memang itulah yang saya cari! Saya mahukan pembaharuan dalam pekerjaan saya. Dan...dan tidak ramai yang mahu jadi seperti saya. ups! terpuji diri sendiri pulaks..huhu.. Just tell me siapa yang sanggup mencemar duli dari 'kayangan' turun ke 'puncak'? lebih lebih lagi ke FAKULTI? ada? kau nak? kau mahu? semua geleng kepala bila sebut perkataan fakulti. Dah lah ke fakulti...bahagian akademik pulak tu? kau nak? kau berani? Ceh! lu sendiri pun tak berani pindah akademik lagi mau kondem orang... ini macam punya orang pun ada ka?

Saya adalah seorang isteri, ibu kepada 3princess (4 - 10tahun), berkerjaya (orang bawahan sajer huhu...sedar diri hokey) yang selalu ditinggal tinggalkan. Bak kata pepatah "Sayang anak tangan tangan kan, sayang isteri tinggal tinggalkan" ha ha...suami saya selalu out stesen lah! Kadang kadang kene tinggal 1 hari saja. Kadang kadang 2 hari. Kerap 3 - 4 hari. Dan ada masa juga kene tinggal hampir seminggu! Siapa mahu urus itu 3princess? Saya juga kan? Meru - Shah Alam memang tak jauh. Jammed? Mau hantar anak pagi pagi pun ambil masa. Pukul 7 pagi keluar tak tentu pukul 8.30 boleh sampai ofis. Meru - Shah Alam dah macam Meru - Melaka plak. Ea eh...kenapa tetiba sebut Melaka nih? hehe.. Kalau hari2 tempuh jammed alamatnya... cepat jadi perempuan kertu lah saya...ha ha.. 

Saya percaya setiap apa yang saya lalui ini memang telah tertulis. Sepatutnya saya lebih cool...lebih relax...dan jangan mudah naik hangin. Tapi kalau saya diam kan sajer nanti dia letak saya di bawah tapak kaki dia plak... Pesanan saya untuk officer yang perasan bagus tu ialah....udah udah la tu nak sakitkan hati orang. Terima kelebihan orang lain dengan hati yang terbuka. Sekali kau respect orang, 10kali orang respect kau. Buat masa ini walaupun hati sudah sejuk tapi calar nya tetap ada... i respect you sebagai orang yg lebih tua dari i sajer bukan sebagai officer i. i tau siapa u...walaupun i baru 4 1/2 purnama di sini jangan ingat i tak perhati cara kerja u..jaga jaga...ada yang memerhati...(tag line kiah propa dalam galaksi tuu..) Officer yang bagus tidak akan buat begitu.

Kita sama sama mencari rezeki. Kita sama sama bekerja dibawah satu bumbung satu institusi satu ketua satu jabatan. Jadilah seorang yang profesional. Jangan meleweh leweh. Jangan cepat panik. Jangan suka menjerit jerit. Jangan bergurau yang bukan bukan. Jangan double standard! Sungguh tidak berattitude begitu (untuk diri sendiri juga).

Serius. Ketika saya menaip n3 ni saya dah ok (eh! bukan saya memang ok sentiasa ke? :P) Sambil menaip sambil senyum senyum lagi. tu nama nya syok sendiri cikapplehijau oiiii!!! Jadi, ketika membaca kisah ini sila la senyum ye... he he:)

Bohsan sungguh n3 ini. Mari kita meriahkan dengan gambar ye (1 jer)

Ini adalah student2 SKP yang baik,rajin,sopan dan ringan tulang membantu kami. Lepas raya ni mereka akan meneruskan pengajian dalam kursus masing2. Sedih bila mereka dah tak de di ofis ni lagi. Ape2 pun selamat maju jaya untuk mereka semua.

errr...panjang sudah. Maaf ye...hal maklum lama tak hupdate :D

salam sayang
dari haku yang ingin kembali seperti dulu...

Sunday, July 31, 2011

Dia datang Lagi...

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan....


anak bulan telah kelihatan... :)

Alhamdulillah bertemu lagi pada tahun ini.
Selamat mengerjakan ibadah puasa di bulan penuh barakah Ramadhan al Kareem.
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik...

Selamat berpuasa kepada semua sahabat2 dan pengunjung belog ini. Semoga kita dapat mengharungi dugaan Ramadhan dengan penuh kesabaran dan bertambah lagi keimanan kita. Ameen....

Pesanan dari pihak penaja:
Berhati2 di jalan raya.... agar kita dapat sama2 meraikan 'kejayaan' kita bersama keluarga dan orang tersayang... :D


Monday, July 25, 2011

santai

Assalamualaikum...

Aktiviti petang Ahad yang jarang-jarang dapat dilakukan. Hal maklum babah memang bizi. Bizi keje, bizi balik kampung, bizi memancing, bizi itu, bizi ini...ha ha..gurau jer la babah...

"Jom kita cuci kereta..." idea paling bernas dari babah. heeee...





Babah patut dapat award sebab paling rajin buat kerja. Yang 4 pompuan ni posing jer lebih..heh heh heh! Apa apa pun terima kasih sebab tolong cuci kereta ye anak anak.

p/s: kesian babah sebab kedua dua batang pancing nya patah masa pergi memancing malam semalam. Besar sangat agaknya ikan yang tersangkut kat umpan tu. Kalau dah tak de rezeki tu hebat dan mahal macam mana pun batang pancing tetap tak de rezeki bang oiii...

jumpa lagi... :D

Friday, July 22, 2011



baru jer sign in al khonon nak hupdate cerita baru

tetiba...

ummi...boleh tak nak main game?

ummi...boleh tak?

boleh la....

alahai anak2 zaman sekarang...

tak diberi nanti mulut tak berhenti2 merayu.

tak ape lah sesekali.

pu3ofmine...



Sunday, July 17, 2011

!Mengidam!

 
Satu dua menjak ni aku selalu diserang sakit kepala dan pening pening. Ada kalanya aku tidak boleh membaca apa pun hatta novel Ungu Karmila itu. Memandang dan bermain2 dengan Panji Semerah apatah  lagi. Kesakitan itu akan menimpa lagi dan lagi dan lagi. Pada saat saat itu apa yang menjadi idaman hanya lah memejamkan mata di atas tilam sambil memeluk bantal peluk. fuuuh... Petanda apakah itu?
 
Mungkin kah???
 
Mungkin juga... kerana aku sudah terasa rasa mahu itu dan mahu ini. Bahasa mudahnya aku mengidam.
Pertama sekali aku sangat mengidamkan ini.
 
Mak mengidam BMW 5 series dek noon.... tapi bukanlah nak membelinya.  Mengidam nak memandu pusing pusing keliling kota saja... Mati hidup semula pun mak tak kan mampu memilikinya noks. Lagipun...kereta yang paling best dibawa/pandu ialah kereta yang sudah habis dibayar. Tak de hutang. Betul tak? Betul kan? he he he...

Perkara kedua yang diidam2kan pula...
Mesin basuh muatan hadapan made in ober see USA gituh... tak hengat hengat kau nyiah... Kuat berhangan sungguh. Tak dapat yang ni pun tak ape lah...sob sob... Tak kisah lah muatan hadapan ke muatan atas ke janji kainbaju tidak berlonggok penuh satu bilik air dek noon... bughuk bebenor ghupe nya...
 
Ni gara gara menemankan big apple menempah cermin mata. Terai punya terai last last terjatuh cinta dengan frame Titanium buah tangan daripada Nikon. Memandangkan mata pendua aku ni masih lagi menyerlahkan keterampilan maka nya abaikan saje lah hasrat tersebut... :(
Bukan kah membazir itu sahabat syaitan yang direjam.
gambar hiasan dr mr google.
 
Nampaknya sakit kepala kembali menyerang sebab kat ofis dari pagi tak dak aircond. Dan tak dak air. Tu yang melalut bagai...saya tidak mengandung cuma mengidam he he maafkan lah saya ye.. :D Walau apa pun saya memang mengidamkan 3 benda diatas.  ^_^
 
salam sayang
dari haku yang sedang kesakitan... :(
 

Saturday, July 9, 2011

kek coklat cinta hati

Assalamualaikum...

memandangkan hari ini adalah hari sabtu dan esok cuti maka dengan sukahatinya CAH nak share resepi kek coklat paling sedap dan paling senang nak buat. kalau kek yg susah nak buat tu CAH pandai juga...pandai oder.. oder ngan adnazthie-kek. ngeh3x

Janganlah malu2 nak buat ye...very simple, murah dan mudah.

Bahan2
1. coklat ~ 1 cawan
2. minyak masak ~1 cawan
3. Gula  ~ 1 cawan
4. susu pekat manis ~ 1/2 cawan
5. Susu cair ~ 1 cawan
6. 3 biji telur
7. Esen vanila ~ 1 sudu teh
8. tepung gandum ~ 1 suku cawan
9. soda bikarbonat ~ 1 sudu teh
10. baking powder ~ 1 sudu teh

Terbahagi kepada 3 adunan.

Adunan 1
1) coklat ~ 1 cawan
2) minyak masak ~ 1 cawan
3) Susu pekat manis ~ 1/2 cawan
4) Gula ~ 1 cawan
5) susu cair ~ 1 cawan
~ semua bahan masukkan dalam satu adunan. Masak atas api sampai jadi pekat. Lepas tu, biarkan sejuk.

Adunan 2
1) 3 biji telur
2) 1 sudu teh esen vanila
~ pukul telur sampai kembang dan masukkan esen vanilla. Bila sudah kembang, masukkan coklat masak tadi, letakkan tepi.

Adunan 3
1) Tepung gandum ~ 1 suku cawan
2) soda bikarbonat ~ 1 sudu teh
3) baking powder ~ 1 sudu teh

~ masukkan bahan dalam 1 adunan, ayakkan dan masuk dalam campuran coklat dan telur tadi.

* Kukus selama 50minit hingga 1 jam. InsyaAllah jadik punya sebab kukus...kompem tak hangit hangus rentong cik gayah oiii...ha ha
ta daaa....

inilah hasilnya. walaupun terpahit sebab terlebih coklat kek ini tetap laris masuk ke dalam mulut. Dinamakan kek coklat cinta hati sebab CAH masak kek ni untuk big apple sempena hari bapa bulan june hari tu. tak sempat nak update kat sini. hal maklum la sejak jadi orang fakulti ni idea tak berkembang..huhuhu!

oh ya lupa pula, terima kasih pada cik nadiah amni yang menyokong CAH untuk menjayakan projek ini. nadiah yg beri resepi mudah lagi murah tapi sedap tak hengat ni. so, apa lagi selamat mencuba!

p/s: habis dah baca Bening Merah Jingga...giller seddih.

salam sayang
dari haku...di angin lalu... :P

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...