Thursday, March 24, 2011

kisah pagi ini

Assalamualaikum....

CAH nak cerita kisah pagi tadi...

walaupun hujan lebat CAH tak terhingin pun nak naik kereta ke ofis. Tau dah kompem2 masa tumb print jam tu tunjuk angka 8.35am...maap incik ipin sy lewat lagi...hujan...jammed kat pintu masuk depan ni...sambil sengih2 sumbing..alasan!ha ha

Tapi apakan daya...telefon big apple(BA) berbunyi time dia mandi. ndak tak ndak terpaksa lah angkat. PA boss rupanya yg called. Keperluan mendesak. hurmmm.... Jadi, sebagai seorang isteri yang mithali (???) dengan rela hati yg separuh volunteer nak hantar Nina ke sekolah.

Alkisah...bukak jer pintu rumah mata terus terpandang cermin depan kereta. Tak ada? ish? haku tak simpan la benda tu. BA simpan? tak mungkin... ah! sudah... nak tanya BA ke tidak nih? di buatnya benda tu betul2 hilang...uwaaa....abis la haku... tak payah tanya la. Takut tengok muka BA. hehehe...takut soami. bukan takutlah. malas nak bising2 jer pepagi celik ni.

Nina kata dia tak usik pun. agagagagagaga...
Tanya Qiqin pulak. Kakak simpan kat kerusi.
Kerusi mana? Dia tunjuk kerusi tengah.
Lega sekejap.
Carik punya carik punyaa carik....tak jumpa!
Haish...tak pe la. hantar Nina gi sekolah dulu lah. Sampai ke sudah tak jumpa.

Hadoooi...tak dapat dibayangkan kalau balik nanti masih tak jumpa. Tak kuasa nak berbaris panjang kat tol tu kak limah oiii... musim2 hujan ni ramai yang naik kereta. Mau delay setengah jam tau.

Sebenarnya mau sajer CAH ni membebelkan Qiqin tu..
"Kakak, berapa kali ummi cakap kalau barang tu bukan kakak punya jangan usik, jangan dialih alihkan."
Tapi...memandangkan Qiqin pun nak pegi sekolah tak baik dan tak bagus untuk tumbesaran anak2 dan mood pembelajaran dia...kan?betul tak? hi hi...

Ups! terpanjang sudah...

moral of the story: kalau sesuatu tu bukan hak milik kita ia tetap bukan kita punya. kalau kita dapat pun ia tak kan lama dengan kita. fuuh...cakap pusing2. tak relevan dengan kisah diatas. langsung! haha...suka hati aku la labi...

peace with love... :D

Monday, March 21, 2011

tersurat dan tersirat


Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempat ku
Membayangkan pahit manis berlaku
Tak siapa yang tahu

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesatkan
Tak kan ku melupakan
Tiada pertimbangan

**
Keheningan malam membalutkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi

***
# Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Semakin aku hitung dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata bertulangkan dusta

***
Dan kisah ku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku...

~Biarlah Rahsia~


salam sayang
dari haku... hanya haku yang tahu...ahaks!


 

Wednesday, March 16, 2011

perasaan ???

Salam sejahtera...

Akhirnya ia muncul jua...

16 Mac 2011~Rabu

al seperti biasa la... haku kan masuk ofis waktu anjal WP3. dekat dekat 8.30am baru nampak muka haku nih. belum panas lagi kerusi... owh itu pengganti ku sudah sampai??? uwaaaaa... macam mimpi daa.... terpaksalah haku mengalihkan saki baki barang2 ke tempat lain.

apa perasan ye masa tu?

hurmmm....suka ada. sedih pun ada. gembira ada. sayu pun ada. tapi... cover man cover... buat tak tahu sudah... gaya jelitawan... ha ha tak kan nak tulis gaya macho plak kan.. :P

beberapa minit sebelum lunch our

suara dihujung talian : puan, boleh tak kalau puan lapor diri ke puncak alam esok?
aku : ???
suara itu lagi : sebab keperluan di sana agak mendesak...
aku : ??? bla bla bla...
suara itu lagi : ok tak ape.. bla bla bla...

apa perasaan haku masa tu ye?

hurmmmm... tak de perasaan!

alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. that's it!!

haku yang apply pertukaran ini. mahu atau tidak. suka atau tidak. sanggup atau pun tidak. inilah perjalanan yang harus ditempuh. walau apa pun yang akan terjadi di sana... tangung lah sendiri.

tidak pernah akan wujud erti penyesalan. tadahlah dengan kekuatan pengalaman lalu. masalahnya kuat ke haku nih?? heh!

salam sayang
dari haku yang sentiasa memohon kekuatan hati.

peace with love... :D

Tuesday, March 15, 2011

Keperitan hari ini kekuatan hari esok. mudah mudahan...


Assalamualaikum wbt...

Hampir satu minggu belog ni dibiar sepi tanpa sebarang bicara.

Terima kasih kepada yang meninggalkan jejak bertapak pada n3 sebelum ini. Maaf yang teramat sangat kerana tidak membalas komen2 anda semua. Walau apa pun komen2 itu sungguh sungguh saya hargai. Jangan serik ye.

Pengikut pengikut baru (ada ke?) terima kasih yang tidak terhingga dari saya. CikAppleHijau akan jejak dan ikut anda juga.

Aktiviti jelajah dari belog ke belog pun sudah lama tidak lakukan. Apakah???

Oh tidak... Jangan begitu. Saya masih ada hati pada belog2 anda semua. Saya akan menyelongkar belog anda semua dan membacanya satu persatu. Nanti. Promised!

Pada petang saya menulis n3 yang sebelum ini... jeng jeng jeng... tiba tiba kesihatan saya sangat tidak mengizinkan untuk terus berceloteh dan mencurah bakti di sini. Tidak juga di rumah apatah lagi di ofis. Menyorok dibawah sang selimut tebal berhari hari siang dan malam. Banyak yang tertangguh. Alhamdulillah keadaan sudah kembali normal.

Kesibukan menjalankan operasi pembersihan kawasan meja pula terpaksa dilakukan. Memandangkan pengganti saya akan menghadirkan diri nya pada 16 Mac 2011 di ofis ini. Yes my lovely readers... permohonan saya untuk meninggalkan ofis ini telah direstui dan direlai. Again, Alhamdulillah...

Perjalanan kehidupan saya selepas ini?? Mudah mudahan akan lebih bermakna. Amin! Kehidupan 'kayangan' ini sudah pasti akan saya rindui.

PPS 2011

PPS 2008 - tetap dalam hati walaupun sebahagian besar sudah mejadi sejarah.
Dan, aku jua akan menjadi sebahagian dari sejarah itu. sob sob sob...

salam sayang
dari haku yang tetiba menjadi formal kali ini. Saya??? ha ha ha..

peace with love... :D

Wednesday, March 9, 2011

Kongsi Bersama


Assalamualaikum...

Minggu bekerja dah hampir ke penghujung nya. Esok dah Jumaat. Sepanjang minggu bekerja pastinya ada pelbagai permasalahan yang timbul. Yang tidak menyenangkan hati. Yang menyesakkan perasaan. Yang menyenakkan jiwa. Secara tidak langsung semua itu membuatkan kita rasa tidak bahagia.

Memang mudah untuk kita lafazkan...sabarlah... ada hikmahnya... Allah Maha Tahu... tapi bila kita sendiri yang mengalami perkara2 sedemikian kita mahukan kata2 yang lebih daripada itu. Betul tak?

Jadi...untuk menyejukkan hati, perasaan dan aqal fikiran juga untuk memuhasabahkan diri sendiri, saya copy & paste email yang telah saya simpan sejak tahun 2009 untuk kita hayati bersama.

Layannn...

"Setiap manusia yang baru dilahirkan berada dalam keadaan MAK SUM yang bebas dari sebarang dosa. Pabila kita telah mencapai umur aqal baligh barulah Allah swt perintahkan setiap amal kebajikan dan perbuatan kejahatan kita ditulis dalam buku amalan kita oleh malaikat Raqib dan Atiq.



Di bawah ini izinkan saya perturunkan petikan dari satu artikel yang sangat baik untuk kita baca dan ambil ikhtibar oleh kita semua. Petikan ini tidak saya tujukan kepada sesiapa samada hidup atau pun yang telah mati. Cuma untuk kita berkongsi ilmu Allah swt yang maha luas.


9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.


2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.


5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)


7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.


8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..


9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan


Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.


Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.


Wallahualam"
 
p/s: Semoga n3 ini akan dapat membantu kita semua menjadi orang yang lebih baik.
 
salam sayang
dari haku yang ingin berubah jadi lebih baik... :p
 
peace with love... :D

Sunday, March 6, 2011

santai petang ahad


self service la eh...

warm up

masih lagi warm up

pemerhati bebas 1

pemerhati bebas 2 - baru bangun tido mood tak berapa stabil.

sedang diuji

budak perempuan boleh di kira. :)

Nina yang leka.

pemerhati bebas 2 sedang sibuk dengan lollipop nya time nih mood dah stabil.

Sori lah kakak gambar blurr plak..

dapat gak. tali pinggang hijau, sijil dan t-shirt.


Sekian, n3 layan sendiri.

peace with love... :D


tolong belikan untuk saya...


Bulan March datang tanpa haku membeli sebarang 'buku'. Belum beli atau tidak mahu beli. Atau...terpaksa untuk tidak membeli (haku dah start cakap pusing pusing). Tapi sebenarnya hati sudah meronta ronta untuk membaca 'buku-buku' terbaru. Al-khonon bulan ini memang ku tahan nafsu untuk tidak mengorbankan the colors of RM keluar dengan laju (mengalahkan air paip). Tambahan ada satu lagi 'buku' yang masih terletak cantik dalam rak buku, belum diterokai lagi. Hadoi... kalau nak baca buku2 RAM tu kesihatan kene stabil kalau tidak...buang masa jer baca. Tak paham.

pesal haku tulis n3 gaya macam tulis diary nih?

***
Ceritera 2 - Dia, dalam Ramai... ~ Syud

(Baca Prolog)

"Siapa sangka, kan? Siapa sangka orang yang dia sangka hilang atau memang dah tak akan jumpa itu... muncul lagi di hadapan matanya?"


Syud ~ one of my favourite penulis 'buku'..
Ceritera 2 ~ daripada 3 ceritera dalam TINTA by JS Publishing.


p/s: ada tak sesiapa yang nak belikan 'buku' ni untuk saya? heh heh heh...

peace with love... :D

Hey, apa daah?...

Assalamualaikum....

Cepat sungguh masa berlalu. Esok dah Isnin = Kerja. hmmm...Bagaimana dengan hujung minggu uols? harapnya semua berjalan lancar dan baik2 saje.

iols nak cerita sikit kejadian petang tadi. Jam 3.00pm Qiqin & Nina sudah siap untuk grading karate theyols. Dalam borang tempatnya ialah di Dewan Andalas Klang. Maka, seperti biasa iols la yang akan menjadi pilot nya. Big apple jadi penumpang terhormat. heh heh!

Bertolak dari rumah lebih kurang jam 3.20pm dan tiba di dewan hampir jam 4.00pm. Bila sampai di dewan iols suruhlah big apple tanya pada guard sebab weols pun sebenarnya tak pernah sampai ke tempat tu. Gamble jer. Hebat tak iols? muahahaha (ketawa penuh makna)..

Selesai bertanya big apple pun kembali ke kereta. Betul. Memang itulah dewannya. Masa pun betul. Ada masa setengah jam lagi untuk acara bermula. "Cuba tengok tarikh kat surat tu". Hoh My Godness... Sabtu 5 Mac 2011. uwaaaaa!!!!! Panik sesaat. Terus called master...bla bla bla...

"Master kata kita kene gi Dewan Rakan Muda Puchong." iols pandang muka big apple.
"Carik highway KESAS." Amboi!co-pilot punya arahan macam komando pencen. 

Sebenarnya kan iols dah takut kene marah tak banyak cakap tekan jer la pedal minyak tuh. macam mana lah boleh tak tengok betul betul tarikh/hari tuh...ish ish ish...padahal surat tu sentiasa dalam beg iols...careless sungguh iols nih.

Tekan punya tekan pedal minyak tu dalam masa 30minit dah sampai ke dewan yang dimaksudkan. Acara belum mula lagi. Phew! mujurlah big apple nih mahir jalan kalau harap iols sorang memang tak sampai lah gamaknya.

Alhamdulillah...akhirnya selamat juga Qiqin & Nina mendapat tali pinggang hijau mereka. Tapi hakikatnya iols malu pada big apple sebab cuai dalam menguruskan hal yang simple tapi penting. Lebih lebih lagi ia berkaitan dengan anak2.

Walaubagaimana pun ia dapat ditebus sedikit dengan ketangkasan iols memandu...ceeeeewah puji diri sendiri (tak malu betul!) ha ha..gurau jer lah! Abaikan. :P

moral of d story : lain kali jangan dok simpan jer surat/borang dalam beg. Jenguk jenguk ler apa isi kandungan nya. kan dah malu dengan suami sendiri. jatuh air muka iols kejap. ngeh ngeh ngeh...

p/s:layan gambar n3 berikutnya ye.. :)
peace with love... :D

Friday, March 4, 2011

rehat sebentar bersama 3 princess


entri layan sendiri...

nak tu! nak tu! stoberi beri...

tak sabar. mau dipanjatnya troli tuh...

FYI...masih ada lagi dalam fridge kat rumah...masam! katanya.

sibuk memilih. aik, tuan bonzer pun join d club? ish ish ish...

dah dapat senyum sampai ke telinga ler. cuba kalau tak dapat... tak nak baliiiiik!!!

selamat berhujung minggu. semoga hujung minggu ini diisi dengan penuh kasih sayang bersama orang2 tersayang.

peace with love... :D

Wednesday, March 2, 2011

Naik lagi!

Salam 'alaik....

Dua tiga hari lepas, iols sibuk la menanya pada Qiqin dan Nina mana kad bayaran bas/van sekolah. Selalunya iols belum gaji budak2 ni dah hulur kad tu. Semalam Nina hulur lah kad bayaran bas/van sekolah dia tuh...

Ooo mak kau!! patut lah lambat tokey bas/van tu bagi kad bayaran... naik lagi ghupanya....ate kalo minyak/petrol udoh naik...maka naik lah tambang nye..iye dak? Bila iols tunjuk kad bayaran tu pada big apple...tau dah...bertukar!! (raut wajah nya aje sudah menunjukkan kehanginan dia..ha ha!)

hmmmm...naik ler... naik kan lah semua harga barang yang ada tuh. Terima kasih ler bebanyak sebab suka naik kan harga barang, naik tambang... naik tocang la uols eh... ha ha... iols kuli batak jer uols. berapa sen sgt la gaji iols ni (walaupun slip gaji iols ni di kira bersih dari hutang piutang terlampau!) lain lah uols...barang naik 10kali ganda pun tak de perasaan.. hu huuu!

udah udah la ye...tulis panjang2 nanti ada plak yang naik hangin. ha ha...isu naik naik ni ramai yang sensitip. boleh berasap telinga iols nanti. ngeh ngeh ngeh...

pssssssttt...jarum penimbang berat pun dah tunjuk sesuatu yang tidak syiok untuk dilihat . :P

Dear Naz, very like this one . ha ha ha hampeh!

peace with love... :D

Tuesday, March 1, 2011

Mungkin suatu hari nanti...

Assalamualaikum....

Apa khabar? Sihat ke? Cikapplehijau ni...tak tahulah sejak 2menjak ni kalau dapat sakit lambat sikit nak eloknya. Penat terlebih. Penat menunggu. Menunggu big apple datang menjemput. Kot lah. Nak jimat kos lah khonon khonon nya pergi balik kerja berdua dengan mu pasti lebih baik... ha ha.. tapi tak jimat masa. Berlaku pembaziran di situh.

Bosan menunggu cikapplehijau pun keluarkan lah camera cikai yang sentiasa setia untuk berkhidmat tuh. he he... Layaaann..
Mengira berapa meterpadu air yang turun dari air terjun ini setiap hari?
hmmm...
Mungkin suatu hari nanti...akan terngiang ngiang bunyi deburan dan percikan air terjun ini....

...berapa langkah kah yang diperlukan sekiranya berjalankaki dari bangunan Canseleri ke bangunan SAAS itu?
ermmmm...
Mungkin suatu hari nanti aku teringin untuk menapak lagi...bertemankan monyet2 itew...lariiiiii..!

...berapa biji batu bata lagi kah yang diperlukan untuk menyiapkan sebuah rumah ini?
hurmmm...
Mungkin suati hari nanti bila aku datang ke sini bangunan itu sudah siap berpenghuni...

...berapa helai daun kah yang telah gugur dari pokok ini?
mmmmm...
Mungkin suatu hari nanti pabila ku hadir ke sini pokok dah kene tebang daa...


salam sayang
dari haku yang mungkin suatu hari nanti akan sangat2 rindu dengan situasi di atas kayangan ini..comfort zone!

peace with love... :D

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...