Friday, February 18, 2011

Happy 10th anniversary

Alhamdulillah...

Ce cuba ce cuba tengok gadjet kat tepi tu. Yang tertulis "Doakan Kami"...we have been married for 10 years!phew... Oh ho ho ho ho...it's not easy to keep this relationship, dear.

Tak berani nak bagi apa2 petua atau kata kata bagaimana mahu mengekalkan rumahtangga anda.. Belum layak lagi. ha ha sebab kami pun masih terlalu banyak yang perlu dipelajari. Masih dalam proses membangunkan sahsiah dan institusi keluarga ke arah yang lebih dinamik, islamik, fotogenik. hah? ekekekekeke..

Cuma satu jer yang nak kongsi iaitu SABAR. Dalam apa jua pun fenomena yang kita hadapi dan alami sikap dan sifat itu memang amat amat diperlukan.

Rasanya kalau tak sabar....hurmmmm...faham2 ajerlah. Kadang2 kita sabar dengan suami kita tapi macamana pulak dengan family suami? Ibu mertuaku? ipar dawai duwai? Selagi boleh sabar dan mendiamkan diri i will do it. Sebabnya....CAH kalau dah marah mau terguris hati orang dibuatnya. heheh! lidah setajam pedang. Tak baik kan cam tu. Jadi elakkan lah.

huh?haku kelihatan begitu gemux disituh..

Untuk pertama kalinya selama 10 tahun ni CAH tak pernah mintak apa2 dari big apple. Birthday ke anniversary ke raya ke atau apa2 pun memang tak pernah mintak. Mak ajar jangan mintak mintak walaupun kita ada hak dan itu adalah suami kita. Mak kata kalau nak apa2 kumpul duit dan beli sendiri. Untung tak kawin ngan CAH? ha ha...kekasih lama ku sila menangis sekarang! Betapa rugi nya anda. huhu..

Sempena ulang tahun yg ke 10 ni CAH nak mintak something dari big apple. Dapat atau tak itu lain cerita yang penting dah mintak. Tapi kan kalau tak dapat...melampau! bukan mahal pun... akan berusaha sampai dapat. ngeh ngeh ngeh..

salam sayang
dari haku isteri yang nakal.. LOL

peace with love... :D

Thursday, February 17, 2011

Mei bertemu Ogos

Assalamualaikum!

Beberapa hari lepas dapat emel dari ofismate berkenaan Tarikh Lahir/Bulan Kelahiran berdasarkan kajian selama 25tahun Dato Fadilah Kamsah. Tapi maaflah ye CAH hanya siarkan bulan kelahiran CAH and big apple jer. he he... Kenapa? Tunggu lah n3 seterusnya..

Layan...

MEI ~ 18 Mei gitu beday i..

kekerasan hati & degil ~ ye ker?
kuat semangat & bermotivasi tinggi ~ ye sgt la tu
pemikiran yg tajam ~ hu hu
mudah marah apabila tidak dikawal ~ yg ni betul la kot
pandai menarik hati org lain & menarik perhatian ~ apa kata servey?
perasaan yg amat mendalam ~ perasan adalah!
cantik dr segi mental & fizikal ~ huh? salah orang ni.. ha ha
tidak perlu dimotivasikan ~ laaagi salah orang
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain ~ ermmmm...
mudah dipujuk ~ bagi lah hadiah mahal banyak..
bersikap sistematik (otak kiri) ~ owh... tak tau pulak
suka berangan ~ kompem! betul
kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu ~ awas ya kamu..
bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit ~ senang dapat batuk tu adalah
daya khayalan yg tinggi ~ i kan peminat novel
permikiran yg tajam ~ musykil musykil...
pandai berdebat ~ bergaduh ngan 3princess ada lah
fizikal yg baik ~ jaga kesihatan luar dan dalam..hu hu!
kelemahan sistem pernafasan ~ tarik nafas hembussss...
suka sastera,seni & muzik serta melancong ~ yg ni betul...heheheh
tidak berapa suka duduk dirumah ~ tunggu rumah sendiri baru duduk rumah kot
tidak boleh duduk diam ~ buat kerja tapi lambat siap nyer
tidak punya ramai anak ~ ye...3princess jer
rajin dan bersemangat tinggi ~ huh?
agak boros ~ ye la kot.. kekadang jer... ngeh ngeh  ngeh

OGOS ~ 29 Ogos beday big apple (iols tolong jawabkan, boley?)
suka berlawak ~ dia dh turunkan kat anak no.2,Nina. Sama la dua2 tu
mudah tertawan kepadanya ~ owh...patut la i terpikat.. ha ha
sopan santun dan caring terhadap org lain ~ ye la tu
berani dan tidak tahu takut ~ sangat
orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan ~
pandai pujuk org lain ~ u tak pernah pujuk i pun laling...
terlalu pemurah & bersikap ego ~ hurmmmm...
nilai harga diri yg sangat tinggi ~
dahagakan pujian ~ baru i tau...
semangat juang yg luar biasa ~ iyer?
cepat marah & mudah mengamuk ~ lebih2 kalau di jln raya. tak pasal pasal...
mudah marah apabila cakapnya dilawan ~ diam lebih baik
sangat cemburu ~ owh! ok ok...
daya pemerhatian yg tajam & teliti ~
cepat berfikir
fikiran yg berdikari
suka memimpin & dipimpin
sifat suka berangan ~ kita sama la laling
berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat ~
sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk ~ heheheh!
cepat apabila ditimpa penyakit ~ habuk sikit bersin!
belajar utk relax ~
sikap kelam kabut ~
romantik ,pengasih,penyayang ~ wow!
suka mencari kawan

yang takde komen tu tak tau nak tulis apa.. heh! betul la kot.

so? anda semua bagaimana? sudah tau ciri2 anda berdasarkan tarikh lahir? lain kali CAH letak tarikh kelahiran bulan lain plak eh. Tak semuanya betul tapi adalah sikit sikit yg serupa tapi tak sama...kenali lah diri sendiri sebelum sibuk nak mengenali orang lain.

sekian, peace with love... :)

Wednesday, February 16, 2011

last 2 weeks


Asyik layan ngok ngek gok ngek pssssstt psssstt pssssttt pot pet pot pet sok sek sok sek jer bosan juga kan?

Kita layan pic la pulak eh..

Khusyuk wa tawadduk tengok cite Upin & Ipin.

Hai senang nya dalam hati..bila dapat pegi taman...

Aduuuh...anak sorang ni... Anak no.2 memang cam ni ke? Layan kan ajer..

Siap bawak towel untuk lap peluh tuu...

bergayut dulu

Suka suka hati dia jer nak menongkah arus..

Sama tak muka dua beranak nih? Lowyar buruk dia apatah lagi.

Big apple aka bonzer aka chef de mission ~ Buah hati
pengarang jantung 3princess & me ofcoz. hehe..

Jarak rumah nak ke playground ni bukanlah jauh sangat tapi setiap kali nak gi ade jer halangan. Babah pun bukan selalu ada kat rumah (alasan!mcm tak boleh gi sendiri). Feel lain maa kalau babah tak de. heheh! Macam ni lah gaya nyer 3princess kalau dapat main. Ummi & babah duduk bawah pokok jadi pemerhati PBB jer.

Sekian, sampai jumpa lagi.

peace with love... :)

Monday, February 14, 2011

Aliran Perubahan

Salam álaik...

Salam menjelang Maulidur Rasul...

Hari ni CAH kene halfday. Sebab? nak hantar anak yg sulong (Qiqin) gi sekolah agama dia. Pihak sekolah menganjurkan program motivasi pelajar. Wajib bagi pelajar tahun 4,5 dan 6 SRI Al Firdaus Klang. Qiqin relax jer nak tidur kat sekolah. Ummi pulak yg over. hu hu...

Mujur juga masa cuti sekolah bulan disember hari tu Qiqin dan Nina join program bacaan Al-Quran yang mana setiap hujung minggu kene tidur dan berqiamullail di sekolah. Sekurang kurangnya Qiqin sudah ada pengalaman macam tu. Lega la sikit...

Dalam tentatif program, agenda untuk ibubapa pun ada juga. Jam 8.00 hingga 11.00 malam - solat hajat, bacaan Yaasin & solat Isyak berjemaah. Layar malam pun ada. Tapi yang ni CAH tak gi ler... Yang ni babah/big apple je pergi. go go chaiyok babah.. ha ha..

Bukan senang babah nak join tau kakak (panggilan Qiqin kat rumah) babah tu tau la kerje dia..Non-stop! Sok pun babah kene gi johor sampai hari Jumaat. Silap2 hari Sabtu baru balik sebab majlis perasmian tu hari Sabtu. Tapi demi anak anak kene lah curik masa sikit,kan babah? he he..

Dah besar rupanya anak CAH ni ye. Dulu dengar jer anak orang gi camp, gi motivasi, gi sana, gi sini. Sekarang anak sendiri pulak. Ya! sebab anak2 dah besar dan makin membesar lah kita sebagai ibu dan bapa harus berubah sama.

Berubah menjadi yang lebih baik. Berubah menjadi yang lebih pantas. Beubah menjadi yang lebih bijak. Berubah menjadi yang lebih berani. Berubah menjadi yang lebih maju. Berubah menjadi yang lebih matang. Semua demi anak2.

Bagi CAH...kalau kita tidak mahu anak2 menghampakan harapan kita sebagai ibubapa begitu juga harapan anak2 kita tidak mahu ibubapa yang mengabaikan mereka. Berubahlah demi kebaikan bersama. (Penuh makna..ngehngehngeh)

Sekian.

Salam sayang
dari haku yang bergelar seorang ummi.. hi hi hi

peace with love... :)

Saturday, February 12, 2011

Happy 1st Anniversary


Daaah setahun umur dia
Macam baru semalam dia lahir

walaupun baru setahun
dia sangat memahami

pada dia diluahkan segala
tapi tak mungkin dia faham

hari hari sama dia
belai dia
sangat menyayangi dia

tiba tiba...eerrrrr..
nak wish happy birthday ke happy anniversary eh?

dialah buah hati pengarang jantung 
moga kami akan terus bersama

Butterflies & Flowers
Layar Lara : Cik Apple Hijau
Tebar layar : Big Apple, Apple juice, Apple merah & Baby Apple
Kapal layar : family & frenzz & others
Teraju utama : Panji Semerah, Delima Cahaya

psssstt...1st n3 ialah pada 12Februari2010 - my3princess.

peace with love... :)

Thursday, February 10, 2011

Doaku Hari ini dan hari esok dan esok...

Bismillah,

Ya Allah,
semoga hari ini aku tabah menghadapi pekerjaan ku
semoga hari ini aku boleh senyum bila orang berkata yang macam macam
semoga hari ini aku lebih tenang menangani orang sekitar

semoga kesabaran ku hari ini tidak diperkotak katik kan
semoga kegembiraan hari ini tidak dicemari oleh mana mana pihak
semoga kesetiaan ku hari ini kan tetap utuh seperti semalam

semoga kesihatan ku, suami dan 3princess berada dalam prestasi yang baik
semoga rezeki yang diperoleh mendapat barakah dari-NYA
semoga kebahagiaan sentiasa melingkari perjalanan kami

semoga permohonan pertukaran ku cepat cepat di proses
"Pihak kami telah menerima permohonan pertukaran puan ke UiTM Kampus Puncak Alam. Permohonan tersebut adalah di dalam proses tindakan pihak kami."
~kiriman emel dari pihak bertanggungjawab beberapa hari lepas..heheheh! Syukur Alhamdulillah...

semoga niat suci ku untuk menaiktaraf diri sendiri dan keluarga turut di restui
Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi Staf Pentadbiran UiTM (Kumpulan Sokongan Gred 17 hingga Gred 40) ~ Pekeliling Pendaftar Bil 05/2011 ...ngeh ngeh ngeh! Amin Ya Rabb...

dan
semoga hari esok kita ketemu lagi
InsyaAllah.

peace with love... :)

Wednesday, February 9, 2011

berpoya2 @ Dewan Agung Tuanku Canselor sempena Amanat VC 2011


Hapuskan tensi dengan berpoya poya..

Layan...

PNC Korporat.

Dari aras 3 sebelah kiri.

Sebelah kanan aras 3.

i like! :) Dato' VC sangat bersemangat. oyeahhh! :D

Like too. PPS tuh...

Very der... Rancangan Malaysia Ke-10 by PPS lorh... Bangga. Bangga. ha ha

Ya ampun...udah udah la tu...

Abang Fenn & Abang Z. hu hu!

~Wawasan Setia Warga UiTM~
Bersatu kita warga UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setia ku untuk negara
Penuh semangat waja
Kita...jangan mudah terlupa
Pengorbanan perjuangan anak bangsa
Kita...jangan mudah terleka
Kemajuan keamanan yang ada
Kita...berterima kasih
Pada pemimpin-pemimpin negara
Kita...rasa penuh bersyukur
Kerahmatan kemulian dari nya
Kamilah pendukung pewaris bangsa
Kamilah pendaulat bangsa Malaysia
Kamilah warga berwawasan
Untuk...NE GA RA ku..
(naik syeikh woo nyanyi lagu nih...nanti lah free free mak download yer..)

Ini jer la.. Ate udoh teman nih duduk di aras 3. Tak banyak boleh snap sesuka hati. Ramai nyer umat. Sesak seksyen 1 nih!  Lagipun N3 'lepas tekanan' jer ni dek noon...

salam sayang,
dari haku yang tertekan dengan pe'el 'lebih sudu dari kuah'...eerrrr...ke 'lebih kuah dari sudu'??

peace with love... :)

Monday, February 7, 2011

kata kata tanpa suara 4




~ Kadang kala kita terpaksa hipokrit untuk kebahagiaan orang lain ~


salam sayang,
i'm just nobody.


peace with love... :)

~Adios!~

Sunday, February 6, 2011

Dan...tetiba


Selamat hari Isnin...

Senyum senyum... Asal Isnin jer tak best. Asal tak best jer Isnin. Isnin jer asal tak best..haha..

Dan...tetiba haku pening kepala lagi.
bukan kerana banyak memikir
cuma memikir
macam mana nak langsaikan fail meja haku ni
tapi yang paling utama
haku pening sebab tadi makan kerepek ubi
padan muka haku!
adeeeh...

Dan...tetiba haku menjadi seorang stalker lagi
bukan kerana admire pada dia
cuma ingin memujuk hati
macam mana nak hapuskan rasa itu dari hati ini
tapi yang paling penting
haku menjadi stalker pada seorang wanita lain
percayalah pada haku
ngeh ngeh ngeh...

Dan...tetiba haku rasa nak buat n3 pendek
bukan kerana ketandusan idea
cuma ingin mencari kelainan
macam mana nak kasi korang jangan bosan
tapi yang paling pasti
haku sudah ada peminat sendiri
tak abis abis perasan!
huhuhu...

salam sayang
dari haku yang mereng (hari ni jer..) ahaks! maafkan lah haku... :)

peace with love...

~Adios!~

Thursday, February 3, 2011

Cebisan Kehidupan


Salam 'alaik...

Selamat bercuti semua..Amboi...balik kampung eh? Big apple senyap jer..CAH pun senyap jer la. Lagipun banyak kenduri kawin dan big apple pun kerja Sabtu ni.

Dalam semua orang sibuk bercuti, berjumpa dengan sanak saudara, bergembira... CAH terima text dari best fren malam tadi. Terkedu seketika. Besarnye dugaan yang dia terima.

Okey, start the story... CAH ada 2 orang kawan baik dari zaman sekolah. Ros and GG. Masa tu kami sama sama masuk form 6.  Dua tahun berkawan tidak habis di situ saja. Kami terus membesar bersama sama. Makan sepinggan tidur sebantal itu perkara biasa. Carik kerja sama sama. Outing bersama. Berpoya poya bersama. Beli baju bertunang sama sama. Nak shopping baju nikah pun sama sama. Bukan takat itu jer.

Kau nak pinjam tak kerusi aku masa nak nikah nanti?
Eh aku nak pinjam langsir kau hari tu untuk majlis aku nanti boleh?
Kau pakaila tudung aku masa nikah nanti.
Majlis potong kek kau tu nanti kek aku sponsor tau.
Bunga telur kau nak berapa ratus? kitorang sponsor.

Yeah..begitulah kami. Melampau tak?

Kalau Ros menangis...yang lagi dua ni kompem meleleh air mata. Kalau GG ketawa...yang lagi dua ni pasti terkekek kekek juga. If i got problem? Yang lagi dua tu la yang jadi mangsanya menadah telinga. Begitu lah juga sebaliknya. Family? don worri. they know each other. Emak bapak tok nenek pak sedara mak sedara adik beradik anak beranak semua kenal. Alhamdulillah..

Dan hari ini...Ros menangis lagi. Kompem kompem CAH yang ratu air mata ni pun nangis juga. GG pun ratu air mata gak. heheh! Ros pregnant anak ke4. Dah 7 bulan masuk bulan ke 8. Ros kata mengandung kali ni lain macam sikit. Naluri seorang ibu... pergi check up walaupun belum waktunya.

"Alfatihah untuk baby ku yang masih dalam kandungan. Mungkin esok hari lahir dan hari pengkebumiannya."
Text from Ros malam tadi.

Sehingga kisah ini ditulis Ros masih lagi di labour room. Dan airmata ku pun mula nak keluar semula. Moga Ros & Fadhil kuat menghadapi semua ini. :((

Beberapa tahun lalu...lebih kurang 7-8 tahun la jugak...GG pun mengalami peristiwa yang sama. Anak ke 2. Bleeding yang teruk mengakibatkan GG dimasukkan ke ICU. Doktor menasihatkan GG untuk tidak mengandung lagi. It's okey dear, U already got Alia, rite? Alhamdulillah sekarang semua okey.

Ya Allah, besarnya dugaan Mu terhadap sahabat sahabat kesayangan ku ini. Engkau tabahkan lah hati hati mereka untuk menerima ujian Mu ini. Kuatkan juga hati ku untuk berhadapan dengan mereka nanti. Bagaimana harus ku tahan airmata ini.

Ingatlah wahai sahabat2 ku..
Allah tidak akan membebani hamba-Nya melainkan kesanggupan hamba-Nya untuk menempuh ujian itu,ujian yang diberi oleh Allah adalah untuk mengangkat martabat. Bersabarlah...sesungguhnya Allah amat menyayangi kita sebab itu diberi ujian yang berat ini..(untuk diri sendiri juga.)

Sekian, secebis kisah benar.

peace with love..
~Adios!~

Wednesday, February 2, 2011

Syiok Sendiri


Bismillah...

Dari tadi dok merenung PC depan mata ni. Khonon nak hupdate tapi idea tak de mari. Hari tu idea ada mood tak de. Hari ni mood ada idea tak de. uish..ish..ish...

Sok dah cuti. Jalan raya pun lengang jer tadi. Syiok ajer. Kalau lah hari hari jalan lengang, kan best. Kau hengat kau sorang jer ker yang ade kete cik tipah oii..

Once upon a time... zaman i muda muda gitu.. ha ha sekarang pun muda juga. Makin muda. hu hu! Kalau tak de mood atau kepala tengah 'tak berapa nak betul' CAH suka pandu kereta laju laju. heheh! tapi sebenar nyer idok ler laju bebenor. Ate, teman yang syiok sendiri jer. ngeh ngeh ngeh... Paling laju pun satu dua satu tiga satu empat. Tidak pernah lebih dari itu dek noon cayalah cakap mak nih. Feel tu memang lain bila dapat layan corner, tukar tukar gear. Memang release tension. Bunyi macam bagus jer. Ceh! 

Tapi itu dulu lah...cerita lama.. Sekarang? Mak dah pencen la nyiah oii.. tak sesuwey... Ate, big apple yang kaki speeding tu pun dah insap. heheh! Bukan sebab faktor usia jer faktor kenderaan nyer pun...tak sesuwey. Langsung!

Jadinyer untuk menangani masalah mood dan masalah kemerengan nih....CAH layan...

Novel. Bulan ni dua jer. Tak cukup bajet. heh!

Membeli dan membelah.
Kalau ada diskaun 50% baru beli kalau tidak jangan harap! Tengok jer!! Pegang pun jangan!!!

Layan kete control pun jaaadi lah... Itu pun pinjam 3princess punyer jer.

Tetiba tak tau macam mana nak buat conclusion. blurrr... Entri paling poyos haku rasa. Sekurang kurang nyer bila dapat meluahkan apa yang ada dalam hati, boleh meredakan rasa tidak enak, mengurangkan rasa sakit kepala, melegakan kesenakan...kira ok la tu kan menulis kat belog nih.

So, conclusionnya... jangan simpan kesakitan itu sendiri. Jangan pendam kelukaan itu sendiri. Jangan perap kesedihan itu sendiri. Jangan suka syiok sendiri!! ha ha..

"Things are easier said then done."

salam sayang,
dari haku yang seringkali kelu lidah untuk berkata-kata.

~Adios!~

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...