Monday, May 17, 2010

Inilah akibatnya bila chef dan ko-chef malas masak..aaahahaha

Hari Ahad 16 Mei yang sungguh panas. Huh? buat apa kerje pun rasa tak selesa. Semua serba tak kene. Sementelah kami pun sebenarnya ingin keluar mencari hadiah sempena Teacher's Day...alang alang dah keluar rumah suruh lah orang kedai masakkan dinner untuk kami hehehehe...

Bonzer malu malu harimau pulak!

Kita posing dulu lah sementara tunggu makanan.

Nina, sopan sikit. Anak dara kene sopan! Don't make me feel shame with you darling.

Little princess Aishah Iman.

  Amboi! merahnya lipstik Ummi...heheh!

Sori la erk...tak ambik gambar makanan nyer la pulak...hihihi..ala biasa biasa jer. Sesekali makan kat luar seronok jugak sebab tak payah sibuk sibuk cuci pinggan mangkuk dan periuk belanga bersih jer dapur,kan?...ngeh ngeh ngeh. Tapi kalau selalu makan luar...tak boleh tak boleh kene ajar anak anak berjimat cermat. Sebulan 1 atau 2 kali saja.  

Sunday, May 16, 2010

Babah a.k.a Chef d Mission.

Dear hubby a.k.a babah a.k.a bonzer 3princess. Itulah chef d mission kami sekeluarga. Errmmmm...kadang kadang ada jugak suara suara sumbang yang mengejek dan juga mengutuk aku sebab suami yang masak. Secara tak langsung ngutuk suami aku jugak sebab dia sanggup buat kerja pompuan a.k.a isteri! Sukahati korang la nak cakap aper, kan? Abis, dah rezeki aku dapat suami rajin dan pandai masak nak wat camne,kan? Sakit hati lah jugak sebenarnya tapi malas nak balas cakap. Paling kuat pun aku buat muka kerang 'wangi' dan terus blah....kwang kwang kwang... Malas nak layan orang yang perasan bagus ni! Dia ajer la yang betul. Ceh!

So, apa yang chef d mission masak? Mari kita tengok...

Ni rendang kerang. Babah masak. Kurang garing sikit, katanya. Kitorang makan okey jer rasanye tapi chef kata, kureeeeng... Dia masak dia komplen tak pe. Kita jangan banyak komplen. Tak baik.

Ni telur dadar. Ummi masak. heee...

Ni sayur kobis + lobak. Ummi yang masak jugak.

Ni air sirap terlebih merah tapi kurang manis. Ummi buat. Jugak!

Inilah hidangan makan malam sabtu hari tu. Ringkas jer kan? Balik kerja dah petang badan pun dah penat tak larat nak masak yang bukan bukan. Apa yang ada dalam fridge jer la...hehehehe.

p/s: Bukan semua babah masak okey? 1 lauk jer... Well, frenzz....apa yang penting? KERJASAMA....hihihi pinjam kata kata hikmat Wonder Pets.



Menganyam Ketupat Palas 2 - 3 Talam...

Bukan selalu dapat keluar jalan jalan dengan ofismate. Hari Jumaat lah yang paling sesuai untuk berpoya poya sambil menganyam ketupat palas barang dua tiga talam...hahahahahaha... So, geng menganyam untuk tengahari Jumaat kali ini ialah....jeng jeng jeng..

Cik Sue n Kak June...ya ampun....aku masukkan gambar korang kat blog aku ni!

Me n sifu..heheheh K.Sari

Korang cerita tau..aku dengar jer

Hausnya....asik membedah jer ni...

Pastu kan june...ko nak tau...bla bla bla....

Membedah tu membedah lah jugak makan tetap makan...

Alhamdulillah...habis licin! Sambil membedah sambil makan..

 Serius! dah tak larat. Duduk pun dah tegak jer.


Gendang gendut tali kecapi kenyang perut senang hati....
Perjalanan yang ditaja oleh X-trail k.sari. TQ x-trail!hahahahahaha..

HEY! Frenz out there, korang caya ker kitorang ni menganyam ketupat palas sampai dua tiga talam? Tak baik betul la korang ni. hahaha...Tak kuasa nak membedah bedah depan rezeki ni oiiii....Dosa yang ada pun berlambak lambak lagipun ape kelazz nak bagi pahala free kat orang, kan? Hari Jumaat tu me n sifu dapat duit terpijak so apa lagi ajak lah sue n k.june join d party! bayar sendrik sendrik la tapi...hehehehe.. 

Moral of the story: Jangan mudah percaya pada tajuk entry! Baca sampai habis dulu barulah tau kisah yang sebenarnya. Okey?

Wednesday, May 12, 2010

Good Luck My Dear...Qiqin n Nina

Hari ni 13 Mei 2010, my two princess start their Mid Year Exam. Sekolah pagi punya means Sekolah ABIM or sekolah Agama. Tak tahu lah princess ummi yang dua orang tu dari pengamatan seorang Ummi princess berdua tu tak minat sekolah pagi/sekolah agama. Tak tahu lah kenapa. Nak cakap susah...agak lah..budak budak mungkin kot rasa susah dengan tulisan Jawi dan bahasa Arab nyer. Ummi yang basic sekolah Arab ni pun kadang kadang ambik masa bila tengok homework bahasa Arab princess Qiqin n Nina tu..ngeh ngeh ngeh.. Lagipun sekolah agama diaorang ni lain macam sikit silibus nyer.

Walau apa pun, Qiqin n Nina good luck both of you! Ummi dan Babah selalu dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak anaknya. Dan, seperti biasa kalau result best adalah present nyer walaupun tidak lah semahal mana kadang tu hadiahnyer cuma makan McD dan pergi playground jer. Itu adalah sebagai satu penghargaan dan dorongan untuk terus maju dalam pelajaran.


p/s: Tak de pulak gambar sekolah pagi ni. Nanti ummi ambik gambar sekolah Qiqin n Nina tu ye..

Aku dan Diri ku...ngeh ngeh ngeh

Perkara : Menghadiri Taklimat
Tarikh : 12 Mei 2010 (Rabu)
Masa : 9.30 am - 12.00 noon
Tempat : Di Salah Satu Dewan dalam UiTM

Aduyyaaaii...macam manalah nama aku boleh naik ni? hish...taklimat cenggini pulak tu. Disebabkan rasa tanggungjawab aku hadirkan diri jugak lah.

10.00 am - bermula taklimat
10.08 am - huwaaagh....(menguap)
10.26 am - k.mai...ngantuk la.... (cakap ngan kawan kat sebelah)
10.40 am - bila nak habis ni? (cakap dalam hati)
10.46 am - Nab, ko faham tak? (k.mai tanya)
                   Langsung!Tak faham....kih kih kih...(mengekek berdua)
10.55 am - huwaaaagh...(menguap lagi)
11.05 am - Jakel...Gulatis...Ariani...SACC...Komplex PKNS...
                  (hahahahha kepala otak dah merayau sekitar Bandaraya Shah Alam ni!)
11.24 am - toleh kiri kanan sambil tengok baju, tudung, kasut, handbag orang yag ditoleh...muahahahaha
                  (ada ke patut!)
11.30 am - makan KFC ke?McD? ke A&W? Pizza ok jugak atau Seksyen 6 banyak choice...tak pun kat Komplex PKNS tingkat atas sekali tu...hehehehehe....(kepala otak sekali lagi merayau mencari tempat makan yang best)
11.45 am - hah! dah dekat nak abis ni... hehehehe...
11.52 am - ish....lambat plak nak sampai pkul 12.00 ni..
11.55 am - mata ku dah layu.....huwaaaaa!
12.00 noon - huhuhuhu! akhirnya abis jgk taklimat ni....
                     Legaaaaaa......

p/s: Kalau macam ni lah gaya nyer ko hadiri sesi taklimat baik buang jauh jauh perasaan nak sambung belajar tu Cik Nab Oiiii!!!! Ada hati nak sambung belajar konon! hahahahhahahaha.....

Apa Nak Jadi Ni???

Aku dilanda kemalasan untuk meng'hup-date' blog ku ini.....begitu banyak cerita yang ingin dikhabarkan tapi...aku tak de mood! Macam mana nak bagi mood menulis ni datang balik? Idea ada mood yilek!

Tunggu je lah sampai i ade mood erk...can cin cau...

Saturday, May 8, 2010

Tidaaaaaaak....!

Lihatlah apa yang telah terjadi pada meja jati kesayangan ku ini...Gerangan siapakah empunya angkara ini?

Di mana kan ku cari ganti serupa dengan mu....





Thursday, May 6, 2010

Ketentuan Illahi

Tidak ada KEBETULAN dalam Islam. Everything is fated. Only interchanged by God's will, effort and doa.

Ya. Dan ketentuan Allah itu datang dengan bermacam bentuk dan rupa. Samada kita rela ataupun tidak terpaksa mengharungi dugaan dan ujian tersebut.

Jangan dilupa kegembiraan, kebahagiaan, kekayaan, kejayaan juga adalah dugaan dan ujian dari Allah s.w.t. Yang pasti setiap kejadian Allah punya hikmahnya yang tersendiri.

p/s: hmmmmm....1malaysia & 1israel...satu kebetulan or what? heheheheh...

Tuesday, May 4, 2010

Sesekali Poyo Apa Salahnya...hehehehhe..

Ahaks! apa lah punya tajuk entry aku kali ni! Bukannya haper kadang kadang geram dibuatnya bila baca status orang orang yang POYO kat 'mukabuku' tu...huhuhu! 'Ntah apa la motif diorang tu berbuat begitu...suka hati diorang lah. Aleh aleh hari ni aku pulak nak poyo kat 'mukabuku',bley?

Hari ni bila nak hup-date blog Butterflies & Flowers ni tak boleh plak. Agak hangin suam suam kuku sikit la sebab tengah ada idea hehehe... Sifu Wan pulak bagi idea baeeeek punya, "pakailah berukben". Ha'ah erk apasal tak terpikir dari semalam. Ni Sifu Wan ngan Sifu Reza punya kerja lah yang dok menggodik godek PC opis ni. TQ Sifu!

Hah!hambek kau. 'Korang' main kasar erk? Tak pe tak pe....jeng jeng jeng....aku guna 'berukben' aku! muahahahahha....

Selepas berlagak minor poyo ni idea nak menulis tadi terus hilang....conclusionnya, aku memang tak boleh nak poyo. Allah marah terus ditarik balik idea aku tadi. Padan muka aku! Insaflah wahai ummah...

p/s: Berhati hati lah sebab sifat dan sikap poyo ni kalau tak dibuang jauh jauh akan berjangkit kepada anak anak pulak. Bapak borek Anak rintik...

Monday, May 3, 2010

Nasi Lemak Sambal Sorong Telur Goreng Mata Kerbau, Satu!

Kriuuukk...Kriuuukk...

Ala...perut dah berbunyi mintak di isi...

Mata memandang tanpa berkelip.

Aroma terus menerpa hidung.

Kecur air liur dibuatnya.

Tangan tanpa berlengah mula menyudu.

Mulut terus menganga minta di isi.

Dapat juga akhirnya Nasi Lemak Sambal Sotong Telur Goreng Mata Kerbau kat kafe hotel ni.

Ku kunyah perlahan lahan sekali.

Bukan kerana ingin menikmati keenakannya.

Bukan juga kerana ingin mengunyah 40 kali.

Juga bukan kerana ingin menghayati kehebatan masakan hotel.

Tetapi kerana....

Gigi geraham ku dah tak cukup korum....huwwaaaahhh!!!

Moral of the story: Jangan makan makanan yang keras seelok eloknya makan je lah bubur...ngeh ngeh ngeh.

Anak anak Melayu Kita...Di mana?

Kes A
Tempat : Stesen stesen Petrol
Pekerja : Warga asing - Bangladesh dan yang serumpun dengannya.

Kes B
Tempat : Kilang kilang Industri
Pekerja : Warga asing - Bangladesh, Indonesian dan yang sewaktu dengannya.

Kes C
Tempat : Tokey Restoran @ Warung makanan dan Kedai runcit
Pekerja : Warga asing - Indonesian, Bangladesh dan yang seiras dengannya.

Kes D
Tempat : Kawasan pertanian eg. ladang kelapa sawit
Pekerja : Warga asing - Indonesian dan yang sewarna dengannya.

Ini hanyalah beberapa kes yang sering saya lihat di sekeliling kita. Walaupun secara dasarnya kerja kerja yang dinyatakan di atas adalah bidang kerja yang tidak glamour (langsung!) tapi kalau dah semua warga asing yang buat....mana perginya anak anak muda melayu kita?

Well...kalau nak cakap semua anak Melayu kerja pejabat sedia maklum pejabat pejabat di kilang industri biasanya dimonopoli oleh pekerja berbangsa Cina atau pun India dan bangsa Melayu golongan minoriti sajer. Hmmm....mungkin berada di pejabat pejabat kerajaan. Boleh diterima tapi berapa banyak Jabatan kerajaan dan badan berkanun kat Malaysia ni? Tertampungkah? Itu pun ramai yang dah veteren, yang dah kerja berpuluh puluh tahun tunggu pencen 5 6 tahun lagi! Berapa peratus yang muda?

Persoalannya sekarang ke mana dan di mana anak anak melayu muda kita?
A. Pusat pusat Serenti
B. Penjara
C. Pusat pusat Pemulihan Akhlak
D. Tanam Anggur dan Berpeleseran
E. IPTA & IPTS

Risau sungguh bila melihatkan fenomena ini sementelah saya juga ada 3 anak dara yang sedang membesar. Fuh! berpeluh dingin kalau difikir fikirkan pasal anak anak ni. Sama-samalah kita sentiasa berdoa semoga anak anak kita sentiasa dibawah lindungan san kesejahteraan Allah SWT. Amin....

Menurut Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w bersabda dalam sepotong hadis yang bermaksud, “Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka kedua ibu bapalah yang mencoraknya sama ada menjadikannya Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.”

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...