Thursday, March 11, 2010

Si Kaya Raya Yang Pemurah & Baik.

Nowadays,cewah speaking London mak kali ni, nyiahhh. Ahaks! Sesuaiiii gitu ngan entry kali ni le Si Kaya Raya kan selalu speaking London. Orang kampung kampung macam mak ni baca dalam hati boleh lah. Cuba suruh bercakap...heheheh tak keluar langsung! Ok sambung cerita. Kat ofis i ni ramai yang layak di gelar Si Kaya Raya lebih lebih lagi yang duduk dalam 'bilik' hmmmm...fahamkan maksudnya?Ketua or bos la tu. Tapi dalam ramai ramai tu ada seorang tu yang sangat pemurah dan baik. Kenapa tak cakap baik hati?Babe, itu hati duduk dalam tarak nampak so, baik sudah cukup,ok? Balik cerita tadi. Si Kaya Raya yang seorang ini sangatlah rajin membawa makanan or barang barang or wutaver lah untuk dikongsi bersama rakan rakan dan staf.

Si Kaya Raya ini tidak berkira. Nampak dari gaya, raut wajah senang cakap body language nya itu dia ikhlas. Ikhlas babe...bukan semua orang boleh ikhlas. Ada juga Si Kaya Raya yang sungguh berkira ala ala kuda berlari tu....hehehehhe kedek**. Itu pun tak tau ke? Ish....hang ni Limah, lemau lah. Ada juga Si Kaya Raya yang suka memberi tapi tidak ikhlas. Ada udang sebalik mee. Ada...ramai  je yang macam tu. Ops! Ustaz kata jangan cerita perkara yang kita tak tahu...tak baik.

Moral of the story, ikhlas dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Didik hati agar sentiasa ikhlas. Jangan mengharapkan balasan. Walau siapa pun kita, Si Kaya Raya @ Si Papa Kedana kita adalah sama di sisiNya.

p/s: Hmmm...tajuk macam tak relevan ngan isi cerita la. Lantak kau la labu...hahahahha

KEMARAHAN

"Kemarahan itu berpunca daripada syaitan. Syaitan itu berasal daripada api. Air boleh memadamkan api, maka sesiapa yang marah hendaklah segera dia berwudhuk" - Hadis Nabi.

Grrrrrhhhhh.....Argh!

Marah - sekejap tadi.
Sekarang?
Lega sedikit.
Marah pada siapa? Tak tahu. Bukan pada siapa siapa. Mungkin pada diri sendiri.Hmmm...
Panas Hati - masih lagi...

Sudah luahkan pada hubby. 2 kali dia call. Risau agaknya.

Wednesday, March 10, 2010

Kasih Ayah @ Ibu Kejam???

Sayu hati bila membaca kisah seorang ayah yang ditinggalkan bersama 5 orang anak yang masih kecil oleh si ibu. Hanya kerana tidak tahan dengan kesusahan dan keperitan hidup!alasan?Keluar nak cari kerja. aik kenapa baru sekarang sibuk nak cari kerja??Mana hilangnya perasaan sebagai seorang ibu??Tidak adakah perasaan sayang dan rindu pada anak-anak??

Hati mak lagi sayu bilamana umur anak-anak itu sebaya dengan anak-anak mak,nyiahhh! 9, 7 dan 3 tahun!Mak ni kalau boleh tak nak kerja duduk rumah ngadap budak 3 orang tu je tapi paham-paham je la kan zaman sekarang mana boleh duduk goyang kaki dik non oii!No money no talk,man...

Huhu!Emo nya....ofcoz i emo becoz i looove my3princess very much! Lebih dari segala-galanya!

Monday, March 8, 2010

Scorpions - Moment Of Glory Live With The Berlin Philharmonic DVD

Makcik ni idak le suke benor dgn grup Scorpions ni tapi disebabkan suami makcik tu berjiwa muda rock gitu maka makcik kekadang layan la juga...ngeh ngeh ngeh. Makcik ni sebenornya nak masukkan youtube tapi tak reti la pulak...hehehhe jap makcik cuba..hish payah ghupanyer...nantilah makcik gi nuntut ilmu ngan sifu Wan ke sifu Yim ke sifu Apad ke....Layan cover DVD je la!


Tak hairanlah grup ni masih fofular walaupun dah tua..orkestra Berlin pulak memang kelazzz!Walaupun concert ni zaman tuk nun dulu...evergreen tu...

Friday, March 5, 2010

Cuti hujung minggu???

Mana nak gi ye?

Luangkan masa bersama anak-anak...

Di mana atau ke mana dan bagaimana?? Itu tidak penting. Yang penting kualiti bersama anak anak. Kan Ms Pearl?

Ms Pearl...walaupun masih muda tapi...jangan disangka yang muda itu tiada ilmu!

To My Dear Aszil

Dear Pn. Aszil,

I wish U all the best, yea...

Pasti akan merindui suara halus mu itu...kihkihkih

Seperti yang biasa saya ucapkan "Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya dan bersabarlah..."

Ala bukan jauh pun gi bangunan atas bukit tu jer, kan?ada masa kita gi makan kat JM tu ye...ngan wan, k.sari, k.shida, ila...open table ma...

Uols nak tahu tak siapa Pn Aszil ni? one of my boss yang baik, cantik, rajin, sporting, sabar jer orangnya...
I will miss her...

Nah!ambik bunga ni. i ambik dari taman bunga i tadi..simpan tau!hehehehe


what's on newspaper today???

1. Lagi kanak-kanak meninggal didera! tolonglah...memang i tak baca berita2 mcm ni. i tak sanggup okey!apalah yang anak anak kecil itu tahu?walau apa bangsa sekali mereka tetap umpama kain putih yang bersih! Laknatullah!!

2. Zulkifli protes Lembaga Disiplin PKR, MCA akan adakan pemilihan baru and bla bla bla - 'Dacing Buruk' ke 'Bulan yang Bermimpi Terbit di Siang Hari' ke '2 Anak Bulan Terbit Sama' ke Roket ke (ini istilah2 cipta sendiri,okey) what ever! Tolong jangan cakap pasal politik depan i!Pembohong!Penipu!Semua gila kuasa!   

3. Cinta Que, Kak Pah mencari jodoh  - hmmm...semoga bahagia berkekalan dunia dan akhirat.

4. Lemas dihimpit warga asing - Turut lemas!sebab kat ofis i pun ada warga asing. Cleaner. Bukan memandang rendah tapi mereka tidak boleh diberi muka sangat sebab??? buat baik berpada2...

5. Kilauan Emas di Geneva: Emas Kebanggan Proton - i tau ramai yang suka mencebik bila dengar dan sebut PROTON, betul tak? proton ini proton itu tin milo...huh!macam2 la...jangan suka sakitkan hati orang lain walaupun itu pendapat peribadi anda tapi tolonglah lihat sekeliling. Sikap anda membuatkan orang menyampah dengan anda! 'kerana mulut badan binasa' bukan sebab i pun pandu Proton (dulu) tapi tolonglah hormati kemampuan orang lain. Hidup Thundercat!huhu..

Lima sudah la babe...janji i puas...heheheheh

Thursday, March 4, 2010

Butterflies & Flowers a.k.a Rama-Rama & Bunga!

Uols pernah tak dengar or baca kisah rama-rama dan bunga?nak tau tak kisah tu?heheheheh...ups! sori, i bukan nak tulis about butterflies n flowers 'yang itu' but i promise akan tulis jugak untuk pengetahuan kita semua nanti. Keep my promise!i nak cerita kenapa i pilih butterflies n flowers as title for my blog. silap2 haribulan boleh double meaning tu!
1. butterflies - sebab dia cantik, so colourfull! budak2 suka butterflies kan?my3princess pun suka sangat ngan butterflies sesuai la ngan i punya url blog ni pu3ofmine. template pun tajuk butterflies n flowers!background pun pink! bukan pink sinonim dengan perempuan ke?
2. flowers - sama la mcm rama2 cuma bunga ada extra, baunya yang harum wangi...budak2 pun suka kan ngan bunga2 ni?my3princess pun...habis bunga nenek kat rumah dipetik untuk buat air mandi. mandi bunga!hahahaha..
3. rama-rama dan bunga adalah kejadian Allah s.w.t - sama macam kita. Kitaran hidup kita pun lebih kurang sama (kene selak buku sains ni!). Cuma, kita diberi kelebihan akal dan fikiran.
4. kedua2nya saling bergantungan untuk meneruskan kehidupan. saling memerlukan antara satu sama lain untuk meneruskan kehidupan sesama umat. mana boleh hidup sorang sorang babe..kan?kan?kan?
5. warna2 indah kat kepak rama2 dan kelopak bunga2 juga sama mcm warna2 kehidupan kita. Sukaduka manis pahit kehidupan.hmmmm.....kita yang mudah terleka dibuai keindahan duniawi. termasuk lah i!!!
6. sampai waktu dan ketika nya warna2 indah rama-rama akan pudar...kelopak2 bunga yang berwarna-warni juga akan layu dan jatuh satu persatu.....Samalah mcm kita juga, kan???


Ini je lah gambar yg i berkenan.


Wednesday, March 3, 2010

Alahai Nina Sakinah - my2ndprincess

Aduh...sabar aje la dengan anak yang seorang ini. Wajah matangnya tidak menggambarkan wataknya yang sebenar. Nurul Sakinah nama sebenarnya yang bermaksud Cahaya Ketenangan. Sangat manja dan 'cengeng'. Tahun 1 walaupun sebenarnya umur tak sampai 7thn lagi dah habis tahun 1 nanti baru cukup umur sebab date of birth 1 Dis.  Kita tengok je la ye...

 
Umur 2 tahun.


Tak ingat umur berapa waktu ni tapi yang pasti belum menjadi 'kakak' sebab dialah yang bongsu adik panggilannya. Mak tak sangka nyiahh akan mengandung dan si Nina ni dapat adik. Jeles yang amat kat little princess tau budak Nina ni. Biasalah anak no. 2 memang mcm tu.


Ayu bertudung semasa di Majlis Konvokesyen umur 6 tahun hujung tahun 2009. 


Jangan tak percaya walaupun anggunjelita berambut panjang masih minum susu botol lagi my2ndprincess ni...ish ish ish - kenduri walimahtul urus kat kampung tahun lepas.


Suka sangat2 menyakat little princess. Ni kat kampung babah raya tahun lepas. Rambut dah potong pendek sebab tak suka ikat rambut. Apa lagi zassss kasi pendek la. Tapi Nina tak sesuai rambut pendek, sekarang sedang berusaha bersabar untuk tidak memotong rambutnya biarkan panjang macam dulu. Masalahnya dia tak suka sikat atau pun ikat rambut. Aduuuh...kita yang rimas!


Kat belakang rumah 'nenek jauh' - dah penat menyakat little princess pi menyakat babah plak. Sebijik perangai babah dia!Muka pun fotostat muka babah, kan? Sorilah erk...belakang rumahlah katakan...
Kalau Nina demam atau tak sihat sunyi rumah!naik risau dibuatnya!!


Nina the latest!ngan ummi...ops!terinterpremla plak.

"Nina yang manis jangan nangis nanti anak ummi tak cantik..." bukan apa Nina memang suka nangis pantanglah silap sikit sakit telinga dibuatnya. Walaupun begitu, (ceh! macam buat surat pulak) Nina rajin menolong ummi atau siapa saja yang perlukan pertolongan. Kadang kadang keluar jugak ayat ayat yang tak sedap di dengar..

Nina : Asyik kak nina jer...
          Ayoo...apa nak jawab ni? 
Ummi : K.Nina kan baik, rajin, nanti dapat pahala tau ummi ngan babah pun dapat pahala sebab anaknya rajin dan baik.

Walau apa pun Nina, ummi n babah sentiasa menyayangi anak anak dan mendoakan kesejahteraan serta semoga kita semua hidup bahagia. Jangan lupa mendoakan ummi dan babah juga kak Qin dan adik Iman ye. Kasih sayang kami tiada tolok bandingnya. Sayu la pulak....




Tuesday, March 2, 2010

jawapan kepada persoalan korang...sahabat2 ku sekelian

Rentetan dari kisah 'my baby boy' yang telah diwar-warkan dalam fb maka banyak soalan2 yang perlu dijawab dan diterangkan tapi takkan lah mak nak jwb kat laman sesawang tatapan umum tu dik non2 sekelian...bukan mudah sebenarnya nak melepaskan apa yang telah kita miliki apatah lagi kalau benda itu memang telah menjadi idaman kita sekian lamanya. Tapi...kita hanya mampu merancang, Tuhan jua yang menentukan. Apa kita perlu lakukan seterusnya hanyalah berdoa dan bertawakkal.

Dik non2 sekelian...every month i have to 'give' satu perempat dari gaji kepada bank. Korang tau la kan keje gomen mcm i ni jawatan biasa2 jer bukan taraf pegawai atau lecturer pun. Berapa sen sangat la yg i dapat setiap bulan dengan anak 3 orang yang semakin membesar bekerja pulak di bandar yang bertaraf ala ala bandaraya. Walau apapun syukur Alhamdulillah atas rezeki Allah swt. Suami isteri kerje pun...zaman ni bukan mcm zaman dulu cik kiah oiii! You have to pay everything!!! Dalam keadaan ekonomi dan enviroment sekarang kami kena cari alternatif lain untuk jaminan masa depan kehidupan kami for my3princess terutamanya. Jadi...we make an investment but not for a car! again not for a car okey.

Banyak pendapat dan tentangan terutamanya form my mom mcm2 dia cakap bla bla bla bla bla.... Uols taula orang tua ni pendapat dan pandangannya lain lebih2 lagi kalau berfikiran ortodoks sorry to say but that's the reality. Yang penting bila kita buat sesuatu itu kita tahu tujuannya dan sentiasa berpegang pada prinsip agar apa yang diimpi dan dicita2 kan itu tercapai. Semua yang kita buat ada pro n kontra, bersiap sedia sahajalah untuk menghadapinya. Apa yang penting?kerjasama...

So, i pakai kete apa sekarang? adakah itu penting? Yeah....orang sekarang melihat pada luaran sahaja. Ada orang kata kereta melambangkan siapa kita yelah ke hulu ke hilir orang NAMPAK lebih2 lagi bila kereta iteww baru lagi besar maka tentunya dia orang yang kaya, berpangkat dan terhormat!Nonsense! this is my opinion okey and my blog too hehehe i punya suka laa..kan Ms Pearl?

Nak tau i invest kat apa? or buat investment apa?hahahhahah itu rahsia mak n hubby la nyiahh! belum masanya lagi la nak war-warkan. Sok kalau dah okey dan sudah berjaya dengan cemerlang gemilang terbilang i akan war-warkan kat fb lagi, kelazzz gitu.

Monday, March 1, 2010

MY BABY BOY

Apa? uols ingat i pregnant ke? oh!tidak tidak...don't say that...bukan tak nak la tapi tak larat nak melayan...kesian my3princess nanti. Masing masing dah sekolah homework menimbun ummi yang kena tolong diorang settlekan homework. Kalau ada baby lagi...fuh!tak dapat nak dibayangkan..and sapa kata i tak de baby boy?apa ko merepek ni nyiahh?(alamak dah terfollow dialog Ms Pearl la...). I know la i ada my3princess tp tak bermakna i tak de baby boy tau…hehehe nak kenal tak ngan my baby boy yang juga menjadi kesayangan my3princess ni?handsome tau…ngeh ngeh ngeh…

tak nak cerita panjang panjang just layanzzzzz....


ganaz tak?ganaz tak?bulat jer...macam tuan dia hahahahha



1.6 tuuu....ceh!berlagaks las pulaks


I jatuh cinta pandang pertama dengan lampu belakangnya yang sungggguh....!tergoda auwww...


hahahhaha...sape yang tak kenal dengan ini nombor? the one 'n' only...walaupun cap 'thundercat' jer..



manual jer...sebab i tak pandai bawak auto...hehehehhe


ruang belakang ni walaupun kecil selesa tau.errrr....ye ke?untuk anak anak...


tayar cap 'kuda' saiz 16' jer...


Ini mesti ada kalau tidak...bersoal jawablah ngan pak guard tu. Tak kuasa i!


Black is Beauty. I loooove Neo! very much!!!!!


Apa yang suka sangat tu????


My2nd princess selalu 'miss' bila nak berposing mcm ni.


My3princess belum mandi...busuk lah!Tak kisah lah nak oiii...ini lah last anak anak bergambar dengan neo...

Untuk pengetahuan uols pembaca blog sedih nak bagitau This Satria Neo Does Not Belong To Me Anymore...sedih!hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya nak berpisah dengan nya begitu juga dengan my3princess. I'm waiting for 10 years to 'catch' this car but tidak mengapa kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita tidak dapat melihat hikmah itu sekarang mungkin esok mungkin bulan depan mungkin tahun depan mungkin juga 10tahun lagi...memujuk hati sendiri.

me      : kenapa kita mesti korban kan neo?
hubby : bukan ke sudah perjanjian kita macam tu
me      : sedih
hubby : belum masanya untuk kita ada sorang 1 kete...
me      : hmmmm....sok kalau semua dah settle beli lain tau! Honda Jazz!tau dahling?
hubby : ceh!

p/s: jangan tanya apa2 pasal neo lagi kalau tak nak tengok ada orang melalak....promise?and i sudah tak de 'my baby boy' and ofcoz d real baby boy to. Itulah realitinya.

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...