Sunday, December 2, 2012

disember datang lagi, semoga saya kuat!


cuti saya dah abis sebaik saje saya menghidupkan enjin kereta pada jam 2.15petang tadi. perjalanan dari klang ke melaka tidak lah jauh mana tapi penatlah juga. sedih tetap ada walaupun dah setahun saya mengharungi situasi yang sama saban minggu. setiap jumaat habis je kelas saya akan rushing balik ke klang. pagi pagi buta hari isnin saya sama laju dan sibuknya memandu ke melaka macam orang nak pergi kerja je gayanya. rakan2 'serumah' saya yang lepas memang sedia maklum hari ahad dan isnin adalah hari 'mata merah' bagi saya...ha ha ha.

kesian anak2 kene tinggal lebih2 lagi time cuti sekolah.. hmmmm....tapi kadang2 saya terfikir juga...ada juga ibu bapa yang sibuk bekerja dari pagi hingga malam dan tak jumpa anak2 pun...sibuk mencari RM RM RM...senang cakap pegi bulan balik bulan (anak2 belum bangun tido dah pegi kerja, anak dah tido baru balik rumah) ramai je yang macam tu di luar sana. hujung minggu pula sibuk main golf! yang membezakan mereka ni fulusnya menimbun2 sedangkan saya??...hu hu hu.

rasa rindu pula dengan rakan2 sekerja. cuti hari tu sekali jer saya menjenguk ofis. huh!bizi benar saya ni kan sampai nak jenguk rakan2 dan bos yang jauhnya cuma 15minit tu pun tak terpergi pergi. biasalah kerja rumah memang tak pernah abis. alasan! saya memang rindu rakan2 sekerja saya semua juga rakan2 di PPS tapi malangnya saya tak pernah rindu nak kembali bertugas semula!walaupun dugaan saya di sini sangat-sangat menggugat kesabaran dan kekuatan saya. sungguh tidak patut saya ni kan...ish ish ish.
  
Eh! apa sebenarnya yang saya nak cerita tadi ye? macam dah lari tajuk plak...maafkan la saya ye. halmaklum la lama tak berbelog...he he he.

sampai jumpa lagi...salam sayang dari persisiran selat melaka

p/s: kes pujuk hati sendiri & semoga saya kuat :(

2 comments:

a.samad jaafar said...

blog boleh menjadi 'pendengar yang setia'..maka curahkan sahaja di sini.. lama jugak rehat berblog ye..

shameel Iskandar said...

syukur kpd Allah dgn kecanggihan teknologi(HP,FB,Twitter) rakan yg jauh di mata sentiasa dkt di telinga n mata..

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...