Mesti memasing dah terbayang kampung halaman (ntah2 dh sampai kampung). Sibuk bercerita tentang persiapan terakhir hari raya. tak lupa juga yg bercerita nostalgia raya dulu dulu. Begitu la...
Dikesempatan ini haruslah cik apple hijau membuat posting nangis nangis ni. Ye la nak mintak maaf kene lah sedih sedih. Ucapan ini khas untuk semua:
1. kawan2 opis - atei udah hari hari kerja bersama. sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula kalau tergigit cili of coz lah pedas! huhu...
2. kawan2 blogger dan followers - teruskan perjuangan mu. raya tu raya la juga jgn lupa hup date belog. sifu, selamat hari raya sifu... sila berkenalan dengan sifu i che pearl .
3. kawan2 FB - lama betul tak buat statement poyo kat FB tu. mana2 yg tak terbalas kata kat fb tu paham2 la ye. rambang mata.
4. kawan2 sekolah rendah - ada ker yg bukak belog haku ni? ingat lagi ke kat haku? lepas ni rajin2 lah bukak belog haku ni ye. eerrrrr...raya ni buat gathering raya tak? jangan biarkan Meru sepi di Aidilitri ini.
5. kawan2 sekolah menengah - haku teringat zaman2 kita semua naik bas sekolah. dan duduk kat hostel. adeeeeh...
6. kawan2 kolej/dip - yang ini memang sorang dua jer yang terjumpa balik. yang lain tu tak tahu manalah pegi nyer. miss u guys n ladies.
7. anak anak buah ku sekelian- raya tahun ni acik raya kat Pahang (turn sana) so bila datang rumah nenek tu (rumah mak haku ler) pandai pandailah bawak diri. kuih muih semua dah acik beli makan la apa yang ada jangan segan buat macam rumah sendiri. cuma nya....kurang meriah lah sikit sebab acik tak ader...miahahahha..
8. sepupu sepapat ku sekelian - lebih kurang macam kat atas ni jgk ucapan nya tambah sikit jer...nanti haku balik meru haku bagilah duit raya kat anak korang tu...itupun kalau ada lebih la...hikhikhik
9. pengunjung2 blog yang tersesat di hari raya - jemput lah datang lagi ke belog i ni. heheh!
10. my lovely frenz - Roshafiza (nama penuh lagi kau) dan GG. Nanti raya kita jumpa kita snap snap yer hehehe nak letak muka korang kat belog i ni...boley?
hmmmm...ramai jugak kawan haku ni ye. hehehe..
Kepada mereka semua haku ucapkan:
Selamat Hari Raya
selamat pakai baju baru, kasut baru, kete baru, henpon baru, rumah baru, gelang emas baru, serba serbi baru la kan?
Maaf mana mana yang terlebih dan terkurang
Halal kan yang termakan terminum.
Terasa terusik itu semua biasa.
Jangan disimpan di dalam hati.
Berhati hatilah di jalan raya.
Semoga kita bersua kembali dan sambut raya sama2 di sini. Kalau ado rezoki den buek lah openhous kalau tak do den ontok ontok yo la (tak do openhaus la tu..) ekekekkeke..
eh udah udah la ye..aku nak balik ni kain baju tak kemas lagi malam ni nak balik kampung.
~Adios!~
2 comments:
alaaaaaaaaaaa...cik xde ke??wuu~~wuu~~xsyiooookkkk laaa... :(
wawawaaaa....:"(
sedihnya...menitis air mate prince...ewah..ehehe
kak Nab aka apple hijau..Salam LEBARAN dari Prince.. slmt pulang ke kg mertua..muke hepi2 sket xnk moyok2 taw..hahaha
Post a Comment