cik apple hijau dah dapat jawapan kepada soklan-statement cepumas yang berikut:
1. bila nak pregnant lagi? kan U belum dpt baby boy..
2. tak nak cuba lagi ke kot dapat lelaki pulak.
3. suami kau tak kisah ke anak semua girl?
4. kau tak nak anak lelaki ker??
5. anak 1st lelaki, nanti 2nd nak anak pompuan pulak la. takkan lelaki lagi. kan?
hamboi hamboi hamboi soklan-statement....membunuh! hahaha...tapi tak kecik hati pun...tak kuasa mak nak kecik kecik hati ni nyah. mak yang gila nanti nyah oiii! Semua itu kan kuasa Allah Yg Maha Mengetahui, kan? Kekadang penyoal penyoal ni lupa pada Kekuasaan itu. Maafkan lah mereka....ahaks!
Nak tau apa jawapan kepada soklan-statement iteww?? jeng jeng jeng....
1. Saya suka beli gaun!
2. Saya memang suka tengok, pegang pegang dan beli baju budak perempuan.
3. Baju, kasut, stokin budak perempuan semua lawa lawa.
4. Aksesori untuk budak perempuan (getah, cekak, sepit rambut etc.) peeeerrrgh...fashionable dan sunggggguh menggeramkan. cute jer semua tu.
5. Budak pompuan boleh pakai gelang tangan, rantai leher, gelang kaki... (walaupun haku tak mampu sebenar nya emas mahal giler weeyy..)
Hah!waktu bercakap tu buatlah gaya selamba. Gerenti orang yang buat soklan-statement cepumas a.k.a membunuh tu bengang dengan kepoyoan cik apple hijau.
Miahahahahhahaa....hambik kau! Gatal mulut lagi...
Agak agak ada gaya anak bedah tak my3princess ni? hahahaha..
2 comments:
jawapan itulah yg kite cari cik apple hijau..haha..org tanye selamba jer jawab..baru otai..hehe
otai tu yg mahal tu....heheheh..
Post a Comment