Thursday, September 2, 2010

Alhamdulillah

Salam Jumaat Ramadhan yang terakhir...

isk isk isk...sedih jer bunyi nyer kan? ye la Jumaat depan kita dah dengar takbir raya pulak InsyaAllah. Di hari Jumaat yang berbahagia ini bertambah tambah mulia di bulan Ramadhan ini cik apple hijau dan rakan rakan telah menghadiri program...jeng jeng jeng...

Jom kita layan gambar. sambil tengok gambar sambil bercerita (ker menceceh?)

Ni tau baca jawi ke tak ni? Meh sini i tolong ye.. Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Bantuan Hari Raya 2010M/1431H. Anjuran Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), PEWANI & KKUiTM.

Geng tadarrus PPS. iols ber4 ajer...kesian kan? Alhamdulillah habis juga part kami.

Ketibaan YBhg Datin PM Dr Hanizah Abd Hamid isteri kepada Dato' VC UiTM. sori gambar tak clear sebab nak cepat. 

Inilah 1 of my fav. bos kat Uni ni. Pengarah CITU. Orangnya lembut, sopan, nak cakap tak senyum tapi macam senyum...ish susah lah nak cakap.

Sekelompok kecil staf kaum Adam. Di mana mana tempat pun sama kaum Adam ni memang payah nak join apa jua aktiviti. Betul kan kaum Adam?

Sebahagian staf kaum Hawa yang bersemangat. Ramai lagi kat belakang tu tapi i malu lagi silu nak snap bebanyak nyiah oiiii....

Seperti biasa tentatif program mestilah ucapan dari pengarah dan ucapan perasmian dari Y bhg Datin. Tak payah lah cerita ye. Kemudian...yang ni best he he penyampaian cenderahati dan sijil kepada peserta peserta tadarrus untuk seluruh UiTM Shah Alam. Juga sumbangan Hari Raya untuk mereka yang tidak berkemampuan. Ups! lupa plak sebelum majlis penyampian ada Khatam Al-quran. Diketuai Imam besar UiTM. Tak snap tapi ada rakam (tak payah masuk sini la ye)

K.Sari, sori tak sempat nak snap masa you ambik cenderahati & sijil tu. Apa apa pun k.sari tetap champion sebab semua orang kenal dia. Glamour betul! 

Inilah 1st time kitorang masuk masjid ni. sebab....baru siap 2minggu. Cantik betul. Apa tak cantiknya berjuta juta rege nya.

Tak pasti berapa kapasiti sebenar masjid ni. Tapi memang besarlah. Dan cantik. Benda baru beb...  

Uols jeles la tu. Sijil dan cenderahati yang iols terima.

Naskah Cinta. Kelazzz gitu. Hello...ini bukan novel ye.

Inilah Naskah Cinta yang iols terima. Cantiiiiik.... again, uols jeles la tu! hahaha...

Moral of the story: lain kali kalau orang ajak untuk perbuat pekara kebaikan jangan beri macam macam alasan yang menyakitkan. sekarang sapa yang rugi? uols jugak. Sesungguhnya tidak rugi membaca kalimah kalimah suci Allah. Cik apple hijau pun bukan pandai sangat mengaji, bukan baik sangat pun dan yang penting bukan nak menunjuk nunjuk (nau'zubillah) tapi benda baik macam ni elok lah kita sama sama buat. Kalau suruh buat perkara begini macam2 alasan tapi bila nak pergi makan makan (contoh paling senang) semua nak join. Sanggup walaupun menyusahkan. Yang susah pun jadi senang lah. aiyaaaaakkkk...susah mau celita..

~Adios!~

3 comments:

shida mj said...

tahniah..semoga Allah memberi ganjaran pahala yang setimpal kepada uols berempat..itu lebih bermakna daripada sekeping sijil dan cenderamata.. tq kerana mewakili pps..bertuah pps memiliki uols..ingat kan kaum adam yang tampil rupanya kaum hawa lagi gagah berani..hehe..
tahniah sekali lagi.

Prince Halilintar said...

pertama sekali prince ucapkan syabas kpd uols b4 eh..

tapi prince dtg bg mempertahankan kaum adam..bukan kaum adam xnk join,tapi prince pon xtaw ade majlis tu..bile tgk kat masjid yg wat qiammulai kaum adam lebih ramai taw..hehe

yg penting kite sama2 mengejar ibadah di bulan mulia ini..

apple hijau said...

Terima kasih k.shida n Prince...Tahun depan kita semua ramai ramai gi CITU ye.

Hebat ke

"sebagai manusia kita ini tidak sempurna ada saja yang kurang tapi jangan lah jadikan kekurangan itu menjadi ejekan dan bencian t...